Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

September 27, 2011

Bahagia dalam kesakitan

Alhamdulillah
Dah hampir 8 bulan Tuan Zuhayr membesar dengan selamat dalam rumah pertamanya
Hampir 8 bulan jugalah Ummi dapat tempuhi macam-macam pengalaman mengandungkan permata sulung Abi dan Ummi ni

3D USD. Muka Tuan Zuhayr dah jelas kelihatan. 
Persis siapa ya? Abi atau Ummi? Mata terpejam. Tapi kaki kuat menendang.

Ya, saat ni Ummi tengah sakit, Tuan Zuhayr
Sakit sangat-sangat di bahagian tulang belakang
Dah berbincang dengan Dr. Khairiah
Setakat ni InsyaAllah tak ada masalah saraf
Memang perkara biasa yang akan dilalui ibu-ibu yang kekurangan kalsium
Bezanya cepat atau lambat je
Ada orang next week nak bersalin baru rasa sakitnya
Ada orang pula seawal sama macam Ummi sekarang
Doktor cakap lagi, dengan penuh lemah lembutnya
Kalau awak dah 36 atau 37 minggu
Memang kita bagi bersalin je
Itu saja penyelesaian untuk hilangkan sakit ni
Tapi sekarang baru minggu 30
Jadi ada dua bulan lagi Ummi perlu bertahan
Ummi boleh!

Doktor nasihatkan supaya Ummi kurangkan berdiri
Tapi untuk mudah bersalin kan kena banyak berjalan
So, kat situ Ummi kena nilai sendirilah Pro n Con nye
Bagi Ummi, Ummi sanggup lakukan apa saja asalkan kamu dapat dilahirkan dengan selamat

Apapun, walaupun teramat sakit
Sampai kadang-kadang susahkan Abimu
Ummi bahagia. Tersangat bahagia.
Jadi Ummi tak kisah pun sakit-sakit ni
Moga ia menjadi Kaffarah dosa-dosa Ummi yang lalu

Moga Tuan Zuhayr jadi pejuang yang lebih kuat dari Ummi
Stay safe ye dear...

September 21, 2011

Debaran

19 September baru ni selesailah satu lagi sesi Check up.
Kali ni bersama doktor pakar
1st time kena jumpa doktor lelaki
Lepas sebulan kena jumpa lagi
(Tapi xmau dah)

Start bulan depan nak check up dengan Barakah je
Sampailah hari bersalin nanti

Alhamdulillah, hasil check up semuanya ok
BP, Hb level, Urin, berat, keadaan baby
Sumenye di tahap yang bagus

Berat dah mula naik dengan tetap
Tak perlu risau lagi
Walaupun naik sikit je
Doc cakap biasalah tu
Lain orang, lain ragamnye
Asalkan jangan turun kurang dari berat sebelum mengandung

Start minggu ni, dah kena mula catat pergerakan baby
Mula 9 am hari-hari
Pastikan cukup 10 gerakan sebelum 9pm
Kalau tak sampai 10, kena refer hospital
Dah dua hari buat tracker ni
Dalam sejam, lebih 20 kali Tuan Zuhayr bergerak2
Memudahkan keje Umminye
Sejam je dah leh setelkan catatan untuk hari ni
Soleh betul Zuhayr kan?

Habis pasal check up
Cite pasal selera makan pulak
Sekarang ni, pantang nampak makanan
Nak sambar je sume
Mungkin bawaan sindrom raya hari tu kot
Mungkin juga keperluan Tuan Zuhayr bertambah

Keadaan fizikal badan pulak
Sekarang dah rasa macam 3 bulan awal dulu
Sakit-sakit seluruh badan
Belakang kat tulang ni takyah cakap la
Sampai kadang-kadang kena solat duduk
(sakit sangat rasa bila nak bangun dari sujud)
Sepanjang hari letih je
(mengalahkan bulan puasa tau!)

Mengenai emosi pulak
Dalam keta kalau dengar lagu sedih2
Terasa nak menangis
Walaupun takde kaitan pape pun
Mungkin sebab terlalu banyak fikir
Memang sangat banyak ada dalam kepala sekarang

Kawan-kawan kat ofis ada yang baru perasan
"La, mengandung rupanya. Bila kawin?"
"Saya ingat awak ni budak-budak je.
Datang wat praktikal.
Baru last week saya tahu awak mengandung.
Brape bulan dah?"
"Umur berapa? Nampak macam muda. Saya baru 25"
"Saya 24 kak. Baru grad. Convo pun belum lagi"
Terkedu kakak tu.
Agaknya kalau beliau datang UIA
Tahu ada insan sebaya ada dua anak
Agaknya boleh pengsan kot?
Semua ni antara dialog yang perlu dilayan dalam seminggu dua ni
Al-maklum, Tuan Zuhayr dah besar. Sape yang tak perasan lagi
Kemungkinan rabunlah tu! (P.Ramlee cakap pendek umur)

Ramai yang mengambil berat di ofis ni
Berikan macam-macam petua
Ceritakan pengalaman masing-masing
Alhamdulillah, taklah rasa terbeban sangat

Tapi yang paling mendebarkan
Bila senior exec cakap
Kalau hidung dah kembang2
Tanda dah dekat nak bersalin

Allahu Akbar! Tersentap dengar.
Dalam kepala tngiang2
Eh, baru nak masuk minggu 30
Pastu baru la sedar
30 tu dah banyak tau!
Tak lama dah tu
Moga Allah mudahkan semua urusan

Gambar terkini (semasa 'pot luck' department)
Kembang kan hidung tu?


Ummi cuma berharap
Tuan Zuhayr keluar ikut waktunya
Janganlah awal sangat ye, nak.
Bagilah Ummi dan Abi peluang
Untuk kumpul dana sebanyak yang mungkin
Sebagai persediaan menyambut kamu
Barang-barang kamu pun belum tersedia lagi
Sabar tau Tuan Zuhayr
Duduk baik-baik dalam rahim Ummi
Kuatkan fizikal dan mental kamu dulu
Sebelum boleh bergusti dengan Abi ^_^

Sabtu ni Ummi nak intai Tuan Zuhayr lagi
Kali ni versi 3D n 4D pulak
Jangan malu-malu dengan Ummi tau
Jangan tutup muka tu =)

Ya Allah, murahkanlah rezeki ku, suamiku dan anak yang sedang membesar dalam rahimku ini.
Allahumma Ameen..

September 12, 2011

Berharganya beliau


Tanggal 5 Mac 2011/30 Rabiul Awal 1432
Ummi dan Abi disatukan
Orang cakap Ummi kuat
Tak nangis pun usai akad nikah
Tapi nangis jugak waktu sahabat2 semua nak balik


Sepanjang  4 tahun suka duka
Banyak sangat dah air mata yang mengalir
Jadi, bagi Ummi sempena hari kemenangan kami
Tak perlulah Ummi bazirkan air mata lagi

Sebulan usai pernikahan
Hadir khabar gembira dari Dia
Dia utuskan kamu ke dalam rahim Ummi
Cepatnye! Ummi pun susah nak percaya
Abi pula dari awal lagi dah yakin
Dan mula berterima kasih kepada Ummi


Awal-awal cuma Ummi ceritakan
Kepada orang yang dekat2 saja
Banyak responnya
"Sharp shooter la!" "Eh cepatnye!"
"Rasa macam baru semalam je kau kawen"
Tak kurang juga yang berpendapat negatif
"Kenapa tak tunggu sebulan dua lagi?"
"Dah sedia ke korang?"
"Keje tak stabil lagi, boleh ke?"

Positif dan negatif
Ummi terima dengan rela hati
Sebab dah lama sangat pun
Ummi pakai nama gelaran Umm Zuhayr
Bermakna dah lama sangat
Ummi dah sedia untuk bergelar Ummi

Bagilah Ummi jaga baby pelbagai umur
Ummi pasti akan suka
Ramai juga yang perasan sikap unik Ummi ni
Especially yang betul-betul rapat

Bagi Ummi, kehadiran kamu
Ibarat permata yang tiada tara nilainya

Hadirnya kamu
Sebagai hadiah cinta Ummi kepada Abi
Sebagai lambang usia penyatuan kami
Sebagai bukti kemampuan kami
redahi segala kesusahan selama ni
Juga sebagai pengukuh ikatan Abi dan Ummi

Melihat Abi mu gembira saat kamu
memberi respon kepada sentuhannya
Melihat kebahagiaan Abi menanti kelahiranmu
Melihat keterujaan Abi saat melihat
ombakan perut Ummi dek kerana kamu bersilat di dalam

Tak ada nilai harta yang boleh tandingi semua itu
Andai kata Ummi ditakdirkan untuk pergi dulu
Ummi dah cukup bahagia dapat lalui
Semua pengalaman ini bersama kamu dan Abi

Dalam meniti 78 hari lagi ni
Ummi sangat berharap dapat bertemu kamu
Ummi nak cakap sendiri pada Abi
"Abang, ni hadiah dari *** untuk abang."

Ya Allah,
Jadikanlah impianku ini satu kenyataan
Ameen..

وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ