Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

July 7, 2012

Pengubat rindu

Salaamullaahi 'alaykum

Tengah kebosanan tunggu abi dalam kereta, tiba-tiba teringat ummi dah download blogger apps dalam fon. Lama lagi nak kena tunggu final english debate musleh ni habis. So, merepek kat sini dulu lah.


Kali ni nak cerita pasal debat. Yes, ummi pernah join debat bahasa arab semasa di UIAM dulu. Tapi masa join tu dah final year. So, tak banyak sangatlah pengalaman yang dapat dikutip. Tapi alhamdulillaah kenangan termanis sepanjang terlibat dalam debat bila menang asean intervarsity arabic debating championship.

Paling sweet, abi drive sorang2 dari gombak untuk sokong team ummi (masa tu abi baru pandai bawak keta n abi bukan ABI pun lagi..hehe). Manis2..

Ummi minat sangat berdebat dalam bahasa arab. Mula-mula join memang takut. Ketaq lutut orang kedah cakap. Tapi lama-lama rasa macam satu kepuasan setiap kali habis 1 round debate tu.

Dah 2 kali ummi ikut abi untuk tengok pertandingan debat antara sekolah-sekolah. 1st dekat UIAM. 2nd ni dekat UTM jalan semarak. Bila dapat tengok adik-adik berdebat, terubat rindu. Punyalah khusyuk sampai tak sedar Tuan Zuhayr dah di pas2 dari sorang ke sorang yang lain (biasalah... orang mmg teruja bila nampak tuan zuhayr).
Bilalah agaknya ummi dapat berdebat lagi? Ummi masih boleh cakap arab ke? Dah lama tak praktik. Bidang kerja ummi sekarang dah xde kaitan dengan bahasa arab. Rasa berkarat sangat otak. Lepas ni nak cakap arab dgn abi n tuan zuhayr lah. Mudah2an nikmat ilmu tu tak ditarik balik oleh Allaah SWT sebab tak dimanfaatkan.


TEAM UIAM B


Sehingga berjumpa lagi di entri seterusnya :)

July 2, 2012

Lepas 16 bulan

Salamullaahi 'alaykum :)

Mesti readers pelik kan bila baca tajuk entri ni.

16 bulan tu hasil tambah 9bulan mengandung n 7 bulan post deliver.

Dah 16 bulan Ummi tak bersukan. Sejak tahu mengandung, semua aktiviti sukan dihentikan serta merta. Bowling pun tak boleh main. Boleh tengok abi main je. Naik turun tangga pun kena marah (awal2 pregnancy je).

Baru-baru ni company TV Al-Hijrah buat karnival sukan. Line clear la. Ummi rindu sangat nak bersukan. So, dalam banyak2 acara, ummi pilih bola jaring. Oleh sebab semua staf dibahagikan kepada beberapa pasukan, nama Ummi tersenarai dalam team Ejen Halal.

Mula-mula Ummi jadi reserve je. Al-Maklum, ramai lagi yang cergas2. Pas dah try main, Ummi disuruh main tukar2 antara GS (gol shooter) n GA (Goal Attack). Training sehari sebelum pertandingan. Fuh!! Semput.

Tiba hari pertandingan, game pertama Ummi jadi GA. Melekat sampai habis. Tak de tukar-tukar dah. Lepas berhempas pulas main 5 game, Ejen Halal menang! Alhamdulillah. Bukan main happy lagi tean Ummi. Ummi pun ape lagi, seronok tak terkata lah.


Team Ejen Halal. The Champion!

Disebabkan lama tak bersukan then tiba2 main berhempas pulas, the next day Ummi takleh bangun! Takleh jalan! (hiperbola pulak. Susah je takdelah sampai tak boleh terus). Sampai takleh dukung Tuan Zuhayr lama2. Hehe. Dalam 2 hari jugaklah terasa. Sekarang Alhamdulillah dah ok.

Apapun, mmg sangat puas hati. Sebab Ejen Halal menang secara keseluruhan. Tahniah team Ejen Halal! Tahniah Ummi!

Ummi, Zuhayr & our Trophy!

Entri percubaan

Ummi baru download apps untuk blogging di iPhone. 
So nak tengok keberkesanannya. 
Kalau cun, lepas ni boleh berblog di mana2 lah :)