Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

August 7, 2010

Ahlan ya Ramadhan!!



Seketika tadi, saya bertungkus lumus menghias compartment dengan tujuan utk menyambut bulan maghfirah, RAMADHAN.

Nak buat program, satu dewan boleh dihias, malah flyers tergantung seminggu sebelum program berlangsung..

Nak berdebat pulak, prepare macam2. Kasut baru, tudung baru, blazer yang mahal pun jadi mampu beli. Kerana apa? Ingin menghidupkan suasana..

Nak bertemu suami, tunang atau boyfriend, berhias bukan main lagi..supaya sedap mata memandang..

So, saya menyeru...kepada diri sendiri serta sahabat2.. mari kita hidupkan penghayatan.. dalam diri juga dalam masyarakat. Ramadhan bukan setakat pada namanya sahaja, malah pengisiannya, 'ibrah dan mutiaranya.. moga kita berpeluang peroleh tarbiyahnya.

Sesungguhnya cabaran Ramadhan bukan setakat menahan lapar dahaga. Malah ia mencakupi keazaman seseorang utk koreksi diri. Terus bertekad menjadi lebih baik dari sebelumnya. Walau diri sentiasa terkandas.



Ahlain ya Ramadhan..

Ya Rabb,
Jangan jadikan Ramadhan ini Ramadhan terakhir buatku,
andai ini Ramadhan terakhir, maka sempurnakanlah ia buatku,
jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan2 sebelumnya,
jadikan Ramadhan ini Ramadhan penuh makna dan pengajaran buatku..
Allahumma Ameen~

June 26, 2010

Kembara Haramayn [Part 1]

Qabla bidayah,
coretan kembara ini bertujuan untuk direkodkan sahaja
buat tatapan anak cucu nanti


Salamullahi 'alaykum..
Alhamdulillah selesai sudah part 1 kembara hijrah kami sekeluarga
moga amalan diterima ilahi..

day 1 - 2 jun 2010, 7.20am
bertolak dari kediaman di gurun menuju ke KL meninggalkan along utk menjaga rumah. Setibanya di KL hotel De' Palma Ampang menjadi pilihan utk bermalam

sempat bergambar di De' Palma Hotel

day 2 - 3jun2010, 12noon
bertolak ke KLIA. Thanks Abu Hafiz sudi luang waktu utk hantar dan seterusnya menjaga kereta. Tiba di KLIA, solat serta berkumpul utk taklimat ringkas oleh wakil petugas IRNA YAKIN TRAVEL & TOURS. Diberi tag utk bagasi2.

Terharu dengan kehadiran seorang sahabat, Alia Najihah bersama mama serta adik bongsu beliau. Thanks Alia~!

bersama alia dan hafeez di KLIA

Dari jam 1600 lagi kami sekumpulan diminta turun ke ruang menunggu. Perut lapar, belum lunch. Alhamdulillah Allah permudahkan segala.

perut lapar..tp disebabkan excited, xpelah..lupe kejap lapa tu =)

1750 boarding time. MH780 heading to Bangkok. Pakat2 naik flight. Hafeez sangat teruja (his very first time naik flight). Dalam flight dapat duduk satu row sama family. Alhamdulillah.

1855 (local time)
Tiba di Bangkok. Terasa betul2 macam orang asing. Sampaikan receptionist pun tak tahu berbahasa ingggeris. Ish, 5 jam transit, "macam mana la keadaan dengan xde orang leh faham kte cakap.." But, Alhamdulillah, 5jam berlalu terasa macam 15 minit je.

Thailand International Airport (nama airport xingat, susah nak sebut)

1230 (local time)
RJ183 (Royal Jordanian) heading to Amman. "Wah, nama pun diraja. Service dalam flight pun diraja ke?" Alhamdulillah, layanan first class betul. Tiket kelas ekonomi. Seat berterabur. Each of us terpisah, tp lepas cakap dengan krew, diorang bg Umm Zuhayr duduk dengan Hafeez. Belum depart pun, Hafeez dah sedap dibuai mimpi..
Lepas dalam 2jam, Hafeez terjaga, mintak nak ke tandas. Masuk je tandas, "fuhh, mujur bersih, cantik lak tu.." Then Hafeez terus menjamah dinner yang RJ sediakan. Usai makan, Hafeez mula la menelaah kemudahan2 yang RJ sediakan. Mini Linux lengkap dengan movie, music, game, dan sebagainya menarik perhatian si cilik ni. Hampir 2 jam gak beliau memproses dan hampir penghujung filem animasi ICE AGE 3, Hafeez lena lagi..

kelas ekonomi pesawat RJ183 (dapat seat 2 tepi tingkap =])

April 6, 2010

kala resah

di kala kamu resah
kembalilah

di kala kamu resah
jangan punah

di kala kamu resah
bertaubatlah
bermunajatlah


December 12, 2009

hai obat



zyrtec D - sume pun tau kan utk ape pil ni




patanol - elak keradangan mata yg disebabkan oleh allergik




avamys - elak "blocked" kt pangkal hidung yang leh membawa kepada sesak nafas


paling penting - Turbuhaler - memberi kelegaan cepat bila kna asthmatic attack. (Dr. kata lebih efektif berbanding inhaler)


Kesemua ubat ini akan diperlukan oleh UZ sepanjang hidup. Bukan menagih simpati, hanya sekadar peringatan buat pembaca: hargailah masa sihatmu.

December 11, 2009

kepada dia

dikala diri perlukan sokongan
dikau pergi

tatkala hati meruntun kemaafan
dikau tegar pergi

kala jiwa sudah meyakini
dikau bukan dikau lagi

tika hidupku buntu
dikau tiada lagi


*hold on Allah..He will never leave you
just reach into your heart and Allah will always there*

innocent

salam semua




nama saya Taqwa binti Muhammad
saya adik baru kak umi zuhayr
saya janji nak jadi adik yang terbaik buat kak umi zuhayr

innocent je muka Taqwa kan
Moga Taqwa bakal jadi anak umi baba yang bertaqwa

*terasa nak kembali ke zaman innocent mcm dulu2*

August 20, 2009

Warkah Buat Mama..



Hadirku pengubat laramu
Di kala dikau menantikan lahirnya sekuntum bunga

Mentarbiyahkanku ujian besar buatmu
Mengenalkan ku pahit getir mehnah dunia cabaran besar bagimu

Kasih yang kau hamparkan
Tidak akan ada tepinya

Mama,
Ampunkanlah dosa-dosaku
Andai kata-kataku pernah mengguris hatimu
Andai mimik mukaku bisa mencalar jiwamu yang tulus
Andai perbuatanku mengalirkan air matamu
Sedari kecilku hingga ke helaan nafasku saat ini

Seandainya dapat ku luahkan
Engkaulah wanita terulung dalam hidupku

"Angah sayang mama"

Syukur Nikmat



"Alhamdulillah Syukur Nikmat
Kepada Tuhan yang memberi Rahmat"

Bait yang terkenal di kalangan kita kan?

Sekitar 5 hari bebas dalam penjara (dalam erti kata lain - kuarantin)

Satu perkara sangat2 disedari

Ingat 5 sebelum 5

Sihatmu sebelum datang sakitmu

Jagalah kesihatan demi mereka yang menyayangi kamu

Jika terasa tiada sesiapa menyayangi

Lakukanlah demi menjaga Amanah dari Ilahi

nota : Syukur Alhamdulillah cuma demam biasa berpunca dari pembengkakan tonsil walaupun mencapai tahap yang membimbangkan. Alhamdulillah..