Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

March 11, 2013

Baby Begedil

Salam semua.
Teringin nak kongsi resepi la pulak kali ni.

Baby Cheesy Begedil *agak pelik di situ*

Bahan2:
1. Russet potato (sebiji boleh buat 12 ketul begedil)
2. Labu atau sweet potato (oren untuk serlahkan warna)
3. Daun parsley-hiris halus
4. Daun bawang-hiris halus
5. Tomato - separuh, dicincang
6. Isi ayam - cincang halus, direbus sekejap.
7. Cheese (diparut)
8. Telur- 1 biji
9. POO (pure olive oil)

Cara2:
1. Rebus kentang, sweet potato/labu.
2. Lepas dah lembut, lenyekkan kentang dan sweet potato/labu.
3. Gaul bahan yang dilenyek tadi dengan bahan 3 hingga 6.
4. Masukkan cheese.
5. Pukul telur.
6. Bentukkan begedil sesuka hati.
7. Celup dalam telur dan goreng dalam POO dengan api perlahan.
8. Hidangkan dengan penuh kasih sayang :)

Senang, kan? Cubalah buat untuk anak-anak. Berkat kasih sayang ibu, mesti anak suka ^_^

Tips: Buat ibu yang bekerjaya, kalau takut kelam kabut di pagi hari, buat adunan di malam sebelumnya. Esok pagi tinggal goreng je :)





1 comment:

maria firdz said...

wah... macam sedap... bkn untk baby je nih.. utk mak abh nye sekali... blh cuba.. blh cuba... :D