Assalamualaikum WBT
Rajin Ummi update blog sekarang kan? Bolehlah buat ubat hilangkan mengantuk di ofis ^_^. Pantang ada masa sikit, mesti teringat kat Tuan Zuhayr. Rasa macam nak balik je. Kesian Tuan Zuhayr kena tinggal hari-hari. Setiap kali Tuan Zuhayr kena tinggal, bila balik mesti macam susah nak tidur. Dah pandai protes kot agaknya.
Jom sambung cerita
Ceritera Tuan Zuhayr Al-Mundzir (The Chronicle)
Dah macam nama filem dah ^_^.
Dalam entri lepas (klik
sini), Ummi dah ceritakan tentang susah payah yang Ummi kena tempuhi demi melahirkan Tuan Zuhayr. Alhamdulillaah.. Walaupun tak mudah macam sesetengah ibu-ibu lain, Ummi tetap bersyukur sebab Allah masih bagi peluang untuk Ummi bernafas di muka bumi Allah ni. Ada Tuan Zuhayr pulak tu! Alhamdulillaah..
Dari jam-jam pertama Tuan Zuhayr dilahirkan, beliau dah dimasukkan ke NICU di HTAR, Klang. Hari pertama di NICU, Abi tak benarkan Ummi ke hospital sebab keadaan Ummi masih sangat lemah disebabkan tumpah darah (Alhamdulillah tak serius). Jadi, Abi dan kawan-kawan Abi sekali dengan Tok Wan dan Pak Su Hafeez yang ikut serta ke hospital dan terus-menerus bagi semangat kat Abi supaya Abi terus kuat. Ummi di pusat bersalin dengan Mak Tok. Tak boleh tidur sebab tak tahu perkembangan putera yang Ummi nanti-natikan selama ni.
Petang tu Abi datang tengok Ummi. Muka tak ceria. Ummi dah mula menangis. Masa tu Ummi masih ingat kata-kata Abi tentang Tuan Zuhayr. Macam ni bunyinya:
"Sayang, apapun yang jadi, kita kena terima. Kalau ditakdirkan Zuhayr pergi, kita akan jadi ahli syurga. Kalau ditakdirkan Zuhayr kekal dengan kita, anggaplah ujian hari ini sebagai penghapus dosa dan kalau ditakdirkan Zuhayr jadi anak istimewa, bermakna Allah bagi peluang untuk kita pelihara seorang ahli syurga". Sambil menistiskan air mata Abi cakap macam ni kat Ummi. Ummi ape lagi, berderai jugaklah..
Sedih tak terkata. Jangan katakan nak pegang or susukan, Ummi tak ada peluang pun nak tgk muka anak sendiri. Hidung macam siapa. Muka bulat ke. (Waa...sedih bila teringat balik).
The next day (24 Nov 2011), Ummi dibenarkan discaj. Sebab tak ada tanda-tanda Ummi terkena sebarang jangkitan di rahim. Abi nak bawa Ummi tengok Tuan Zuhayr. Ummi nangis lagi! Yelah, baru lepas bersalin kan. Macam-macam serangan emosi datang kat Ummi. Ummi dah boleh berjalan. Tapi disebabkan tumpah darah, Ummi jadi cepat pening dan rasa nak pitam. So, Ummi ber'wheel chair' jelah seharian. Ummi kuatkan badan, kuatkan semangat nak pegi tengok Tuan Zuhayr.
Sampai di HTAR, lepas dapat wheel chair, Abi tolak Ummi sampai NICU. Di NICU, parents je yang dibenarkan masuk. Pelawat lain boleh tengok melalui tingkap je. Tu pun ada masanya.
First time melangkah masuk dalam wad 2 NICU, bunyi macam mesin buat Ummi pening. Ummi tanya Abi Tuan Zuhayr yang mana satu (yelah, ummi langsung tak tahu macam mana rupa anak Ummi). Bila Abi tunjuk, Ummi rasa berdebar-debar. Macam nak luruh jantung! (tak tahulah kenapa). Tuan Zuhayr dibalut dengan cooling blanket. Bernafas dengan bantuan oksigen. Puasa, tak diberikan susu. Dimasukkan air dan ubat2. Berselirat wayar dan tiub! Kesian sangat.
Ummi dibenarkan pegang Tuan Zuhayr. Sebelum bersalin Ummi dah belajar cara urut baby. So, Ummi applylah. Dari muka sampai kaki Ummi urut2. Sambil pesan suruh Tuan Zuhayr kuat. Ada respon. Die jeling-jeling je. Ummi pesan belajar bernafas sendiri. Ummi pesan jangan takut. Jangan ingat Ummi tinggal Zuhayr. Respon muka Zuhayr menunjukkan macam faham je.
So, inilah kisahnya kali pertama Ummi jumpa Tuan Zuhayr Al-Mundzir ^_^. Penuh dengan mainan emosi kan? Alhamdulillaah...ramai yang membantu. Terutamanya Tok Wan, Mak Tok. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik Tuan Zuhayr. Terima kasih semuanya! Hanya Allah selayaknya boleh balas jasa kalian semua.
|
Tuan Zuhayr @ day 70++. Dah pandai berborak. Alhamdulillaah. |
Wah..dah panjang Ummi membebel. Ni sebab cerita kali pertama Ummi jumpa Tuan Zuhayr. Sambungan lepas ni akan dibuat secara summary je. Semuanya tentang perkembangan Tuan Zuhayr di NICU day by day sampai dibenarkan discaj.
Ummi pen-off dulu. InshaAllaah kalau ada kelapangan masa, Ummi taip lagi =)
Wassalam ^_^
1 comment:
Go go go!
Post a Comment