Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

February 27, 2012

Hmm...?

Gambar yang di'cut' dari sidebar



Salaamullaahi 'Alaykum

Entri kali ni tentang wedding anniversary Abi dan Ummi yang pertama yang bakal menjelang tak lama lagi dah. Sungguh tak tahu nak buat apa. Nak celebrate n nak buat surprise. Tapi tak tau nak buat ape n macam mana nak wat tanpa Abi tau.

Hmmm...

Ada idea tak?

February 24, 2012

He's 3 months old already!

Assalamualaikum semua ^_^

Kali ni tak nak sambung ceritera Tuan Zuhayr Al-Mundzir lagi.
Sebab hari ni ulangtahun 3 bulan beliau.
Ummi yang excited lebih.
Tuan Zuhayr cool je.

Buat muka bodek Ummi.

Alhamdulillah, syukur yang teramat sebab masih dikurniakan peluang untuk menjalani kehidupan. Of course lah dengan Abi Zuhayr n Tuan Zuhayr!

Banyak perubahan perkembangan Tuan Zuhayr. Selain dah kurang menangis2, Tuan Zuhayr dah pandai berborak. Balik je dari rumah Tok Ndak nye, mesti ada je yang dia nak ngadu kat Abi. Antara vocab Tuan Zuhayr sekarang; 'haaa', 'huuu', 'nggaaa', 'haauuuu', 'hafffuu' (lebih kuranglah) dan ada lagi vocab yang takleh nak describe dengan menaip kat sini. Kena dengar sendiri. hehe..

Hayr suka betul dengan Mr. Hilal ni. Lagi2 kalau bergoyang2. Bulat mata dgn mulut beliau!

Perkembangan fizikal pulak. Tuan Zuhayr ni jenis yang kecik molek. Beratnye pun malu-malu nak naik. Tapi panjangnye panjang betul. Susah dah nak ubah2 posisi dukung beliau sekarang.

Dari segi masalah kesihatan, Alhamdulillaah Tuan Zuhayr belum pernah demam. Cuma sekarang ni macam ada kahak pekat terkumpul kat salur nafas beliau. Susu pun kurang, tidur pun susah. Akhirnya berat pun turun sikit. Tapi alhamdulillaah dah rujuk ke pakar kanak-kanak dan Tuan Zuhayr pun semakin sembuh. Tuan Zuhayr kan kuat! ^_^

Tuan Zuhayr Al-Mundzir @ 3.19am/ 23Feb2012
 
Sekarang ni, Abi n Ummi perlu buat lesson plan pulak untuk Tuan Zuhayr sebab beliau dah pandai behave. Ummi ada try2 tunjukkan video2 nasyid arab kat laptop dengan iphone. Dalam banyak2 video tunjuk kat beliau, video nasyeedul arqaam yang beliau sangat2 suka. Tersengih2 bila lagu tu sampai kat 'ashraaaah'.

video
Bila sampai tang 'ashraaaah' tu menyengih je beliau

Alhamdulillaah, segala puji hanyalah untuk-Nya. Ummi sangat2 bersyukur dapat lalui semua pengalaman pahit manis ni. Ummi doakan semoga anak Ummi, Tuan Zuhayr Al-Mundzir membesar dengan sihat, inshaAllah.


p/s: Buat khalah2 dan ammu2, aunties and uncles, gran2 yang masih belum lawat Tuan Zuhayr, bile nak datang nye? Hehe..

February 10, 2012

Ceritera Tuan Zuhayr Al-Mundzir

Assalamualaikum WBT

Rajin Ummi update blog sekarang kan? Bolehlah buat ubat hilangkan mengantuk di ofis ^_^. Pantang ada masa sikit, mesti teringat kat Tuan Zuhayr. Rasa macam nak balik je. Kesian Tuan Zuhayr kena tinggal hari-hari. Setiap kali Tuan Zuhayr kena tinggal, bila balik mesti macam susah nak tidur. Dah pandai protes kot agaknya.

Jom sambung cerita

Ceritera Tuan Zuhayr Al-Mundzir (The Chronicle)

Dah macam nama filem dah ^_^.

Dalam entri lepas (klik sini), Ummi dah ceritakan tentang susah payah yang Ummi kena tempuhi demi melahirkan Tuan Zuhayr. Alhamdulillaah.. Walaupun tak mudah macam sesetengah ibu-ibu lain, Ummi tetap bersyukur sebab Allah masih bagi peluang untuk Ummi bernafas di muka bumi Allah ni. Ada Tuan Zuhayr pulak tu! Alhamdulillaah..

Dari jam-jam pertama Tuan Zuhayr dilahirkan, beliau dah dimasukkan ke NICU di HTAR, Klang. Hari pertama di NICU, Abi tak benarkan Ummi ke hospital sebab keadaan Ummi masih sangat lemah disebabkan tumpah darah (Alhamdulillah tak serius). Jadi, Abi dan kawan-kawan Abi sekali dengan Tok Wan dan Pak Su Hafeez yang ikut serta ke hospital dan terus-menerus bagi semangat kat Abi supaya Abi terus kuat. Ummi di pusat bersalin dengan Mak Tok. Tak boleh tidur sebab tak tahu perkembangan putera yang Ummi nanti-natikan selama ni.

Petang tu Abi datang tengok Ummi. Muka tak ceria. Ummi dah mula menangis. Masa tu Ummi masih ingat kata-kata Abi tentang Tuan Zuhayr. Macam ni bunyinya: "Sayang, apapun yang jadi, kita kena terima. Kalau ditakdirkan Zuhayr pergi, kita akan jadi ahli syurga. Kalau ditakdirkan Zuhayr kekal dengan kita, anggaplah ujian hari ini sebagai penghapus dosa dan kalau ditakdirkan Zuhayr jadi anak istimewa, bermakna Allah bagi peluang untuk kita pelihara seorang ahli syurga". Sambil menistiskan air mata Abi cakap macam ni kat Ummi. Ummi ape lagi, berderai jugaklah..


Sedih tak terkata. Jangan katakan nak pegang or susukan, Ummi tak ada peluang pun nak tgk muka anak sendiri. Hidung macam siapa. Muka bulat ke. (Waa...sedih bila teringat balik).


The next day (24 Nov 2011), Ummi dibenarkan discaj. Sebab tak ada tanda-tanda Ummi terkena sebarang jangkitan di rahim. Abi nak bawa Ummi tengok Tuan Zuhayr. Ummi nangis lagi! Yelah, baru lepas bersalin kan. Macam-macam serangan emosi datang kat Ummi. Ummi dah boleh berjalan. Tapi disebabkan tumpah darah, Ummi jadi cepat pening dan rasa nak pitam. So, Ummi ber'wheel chair' jelah seharian. Ummi kuatkan badan, kuatkan semangat nak pegi tengok Tuan Zuhayr.


Sampai di HTAR, lepas dapat wheel chair, Abi tolak Ummi sampai NICU. Di NICU, parents je yang dibenarkan masuk. Pelawat lain boleh tengok melalui tingkap je. Tu pun ada masanya.


First time melangkah masuk dalam wad 2 NICU, bunyi macam mesin buat Ummi pening. Ummi tanya Abi Tuan Zuhayr yang mana satu (yelah, ummi langsung tak tahu macam mana rupa anak Ummi). Bila Abi tunjuk, Ummi rasa berdebar-debar. Macam nak luruh jantung! (tak tahulah kenapa). Tuan Zuhayr dibalut dengan cooling blanket. Bernafas dengan bantuan oksigen. Puasa, tak diberikan susu. Dimasukkan air dan ubat2. Berselirat wayar dan tiub! Kesian sangat.


Ummi dibenarkan pegang Tuan Zuhayr. Sebelum bersalin Ummi dah belajar cara urut baby. So, Ummi applylah. Dari muka sampai kaki Ummi urut2. Sambil pesan suruh Tuan Zuhayr kuat. Ada respon. Die jeling-jeling je. Ummi pesan belajar bernafas sendiri. Ummi pesan jangan takut. Jangan ingat Ummi tinggal Zuhayr. Respon muka Zuhayr menunjukkan macam faham je.


So, inilah kisahnya kali pertama Ummi jumpa Tuan Zuhayr Al-Mundzir ^_^. Penuh dengan mainan emosi kan? Alhamdulillaah...ramai yang membantu. Terutamanya Tok Wan, Mak Tok. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik Tuan Zuhayr. Terima kasih semuanya! Hanya Allah selayaknya boleh balas jasa kalian semua.


Tuan Zuhayr @ day 70++. Dah pandai berborak. Alhamdulillaah.


Wah..dah panjang Ummi membebel. Ni sebab cerita kali pertama Ummi jumpa Tuan Zuhayr. Sambungan lepas ni akan dibuat secara summary je. Semuanya tentang perkembangan Tuan Zuhayr di NICU day by day sampai dibenarkan discaj.


Ummi pen-off dulu. InshaAllaah kalau ada kelapangan masa, Ummi taip lagi =)


Wassalam ^_^

February 9, 2012

Welcome Back Ummi!

Salam to all

Hehe lama betul tinggal blog ni. Nampak tak sawang kat atas2 tu? Banyak kan? Haa meh Ummi Zuhayr nak cuci bersih2 ^_^

Pasca kelahiran Tuan Zuhayr Al-Mundzir, memang Ummi dan Abi tak menang tangan. Macam-macam nak kena uruskan sendiri. Tambahan lagi Ummi beranikan diri berpantang sendiri selama 2 minggu last. Memang mencabar.

Alhamdulillaah 'ala kulli ni'mah! Syukur tak terhingga sebab Allah amanahkan Ummi dan Abi Tuan Zuhayr Al-Mundzir. Kenapa Ummi bersyukur sangat? Haa..tunggu Ummi ceritakan sikit demi sikit dalam next posts ye.

Sebelum pape, buat pembaca blog Umm Zuhayr @ Mrs. Azhar yang tak jemu2 klik link blog ni, Ummi ucapkan Selamat tahun baru 2012, dan yang terkini, Salam Maulidurrasul 1433H =)
Moga kehidupan Tuan-Tuan, Puan-Puan, Kawan-Kawan dan semuanyalah dilimpahi barakah Allah SWT. Ameen.

Ceritera Kelahiran Tuan Zuhayr Al-Mundzir

Ummi ingat lagi ke? Of course lah! Detik demi detik yang takkan Ummi lupakan selagi dikurniakan kekuatan Akal oleh Allah SWT.

Ceritanya panjang betul. Sakitnye pun lama yang teramat. 17jam to be precise, Ummi bertarung nyawa demi putera kesayangan Ummi. Kesimpulan kelahiran Tuan Zuhayr macam ni:

22 Nov 2011/Selasa

2.00am - Dah tak boleh tidur malam. Bukan sebab sakit contraction (Ummi tak rasa sakit langsung). Tapi sebab perut mengeras makin lama dan makin dekat masanya. Abi dah cuak. Pujuk Ummi pegi klinik. Ummi menurut. Buat final touch barang-barang, lepas tu bertolah ke Barakah. Ya Allaah..bawak barang macam nak duduk sebulan kat tempat bersalin! Hehe. Lepas dah sampai, ada midwife, Kak Timah. Cek bukaan masih 1.5cm. Walaupun ada perubahan 0.5cm tapi progres tetap slow. Lepas consult dgn Dr. Khairiah, Ummi disuruh admit ward. Mujur wad 1 katil kosong. Bolehlah Abi teman Ummi sepanjang proses.


Abi rehat sementara Ummi belum sakit

8.00am - Dr. Khairiah datang, cek bukaan. Siap tolong 'strech' kan. Masih lagi 1.5cm dan permukaan servik masih tebal kata Dr. Dr. bagi 2 pilihan. Pertama tunggu secara natural. Maknanya tunggu sampai sakit datang betul-betul. Tapi pilihan ni berisiko. Disebabkan contraction yang sangat kuat dan rapat, kemungkinan baby boleh ter'berak' dan telan air ketuban lalu menyebabkan fetal distress. Kedua, induce. Dr. kata sakitnya lebih sikit je dari sakit biasa. Untuk segerakan proses. Lepas dah bincang dengan banyak pihak, Abi putuskan untuk induce. Ummi menurut je. Enema diberi untuk buang segala najis.

9.00am - Dos pertama induce diberikan. Apa tah nama pil tu. Dimasukkan ke permukaan serviks. Dr. gunakan suku je dari satu pil tu.

12.00noon - Dr. datang cek bukaan. Tak bergerak. Tapi permukaan serviks dah semakin menipis.

3.00pm - Baru terasa sakitnya. Sms Abi nak mintak pain killer (Abi ada urusan penting). Abi cakap tunggu Abi balik. Lepas Abi balik, Ummi diberikan dos pitocin pertama. Lepas inject je terus pengsan. Berkesan betul.

7.00pm - Family dari Gurun sampai. Time ni sakit boleh senyum2 lagi. Lepas maghrib sakit dah tak tertahan. Mintak pitocin lagi. Dr. benarkan. Masa ni bukaan ada progress. Dah 2cm lebih. Dr. Strechkan jadi 3cm.

8.30pm - Dapat tidur sekejap je. Pitocin dah tak berkesan lagi. Sakit tak terkata. Makanan last yang sempat dijamah burger McD. Tu pun petang tadi. Tenaga dah abis. Nak ke toilet pun perlu dipapah. Abi dah mula risau.

9.00pm-4.00am - Dalam tempoh masa ni memang menahan sakit je. Sakit tak terkata. Tak tahu macam mana nak gambarkan. Sampai menggigil kepala. Tangan Abi Ummi genggam sekuat hati setiap kali sakit datang. Sakit nye dah 3 minit skali. Dahsyat betul sakit tunggu nak bersalin ni. MashaAllaah!

4.00am - Cek bukaan dah 4cm. Ummi ditolak masuk dalam labor room. Lagi terseksa rupanya tunggu dalam labor room ni. Langsung takleh turun katil (sbb pasang mesin ctg sume tuh). Menahan sakit yang teramat lagi. Menangis takyah cakap la. Berbaldi dah air mata. Besar kan pengorbanan seorang ibu?

7.00am - Bukaan dah 8cm. Kak Timah tolong stretch jadi 10cm. Dah ready nak bersalin. Ummi dah hilang fokus masa tu dek sakit yang kuat sangat. Lama menahan sakit. Tak makan. Tenaga xde. Kak Timah call Dr. Sekejap je Dr. datang. Dr. ajar cara teran. Ummi pun mula meneran. Ya Allaah, sekali lagi rasa terseksa. Sakit dah kurang. Tapi susahnya nak keluarkan kepala anak Ummi sorang ni. Ummi sampai muntah-muntah. Banyak kali mintak minum air. Sampai Dr. suh bagi air glukos. Lama + banyak kali Ummi teran. Last2 tgk muka Dr. dah berubah. Dr. pesan kali ni sakit atau tak, teran je sehabis tenaga. Ummi ikut cakap Dr. Episiotomi dibuat untuk mudahkan proses. Akhirnya 7.50am Tuan Zuhayr berjaya keluar. Dr. Letakkan atas dada Ummi. Zuhayr kaku. Tak menangis. Ummi dah hilang semua sakit. Cuma kaki rasa terketar2.

8.00am - Ummi saksikan macam2 benda Dr. ramai-ramai buat untuk sedarkan Zuhayr. Ummi dah mula menangis. Berdoa agar Zuhayr Allah selamatkan.Ummi nampak Abi pun menangis. Kejap Abi datang kat Ummi. Kejap Abi gi pegang2 Zuhayr dengan harapan Zuhayr boleh sedar.

8.20am - Semua sibuk nak selamatkan Zuhayr sampai terlupa Uri Ummi masih belum dikeluarkan. Dr. datang cuba keluarkan uri. Tekan-tekan perut uri tak nak keluar. Dr. tekan kuat lagi. Ummi dah menjerit kesakitan (sakitnya sampai tahap sanggup bersalin lagi sekali dari duk tekan-tekan macam tu). Ummi diberi etonox dan ubat tidur. Ummi pengsan.

10.00am - Ummi sedar. Semuanya dah siap. Proses jahit menjahit pun dah siap. Drip antibiotik diberikan sebab uri dikeluarkan secara manual (dengan tangan).

10.20am - Drip dah habis. Dr. datang jelaskan keadaan Ummi dan Tuan Zuhayr. Ummi terima dengan redha. Ummi tunggu Abi. Bila Abi datang kat Ummi, Ummi menangis teruk. Sedih fikirkan Zuhayr. Sebab masa Ummi lali nak pengsan tadi tu Ummi nampak macam2 jarum dicucuk dekat anak Ummi. Tuan Zuhayr dihantar ke HTAR. Ummi mintak nak ikut. Abi tak benarkan.

Tuan Zuhayr di NICU. Day 5. Kenapa? Nanti Ummi ceritakan ya ^_^

Sampai sini dulu ceriteranya. Ni part 1 tau. Perit bila ingat balik. Orang lain dapat pegang, susukan anak. Ummi pulak masih keseorangan =( Tapi semua ni ada hikmahnya. Sikit demi sikit Ummi dapat rasakan nikmatnya. Nanti Ummi cerita lagi dalam next post.

Oh ya, bukan Ummi je yang menanggung sakit. Sepanjang sakit, Ummi perhatikan Abi. Abi pun turut menitiskan air mata saat melihat Ummi menahan sakit. Abi dah tak tahu nak tolong ape lagi. Quran dah baca. Urut pun dah. Kesian Abi. So, kat sini Ummi nak bagitau tanpa segan silu lagi. Ummi sayang Abi sangat2. Terima kasih Abi!

_________________________