Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

July 2, 2012

Hutang Cerita

Salam to all

Lama sangat dah tak update.
Sibuk tak terkata.

Malam ni takleh tido.
So, bolehla nak taip sikit2.

Banyak btul hutang cerita.
Hari tu janji nak cerita pasal perjuangan Tuan Zuhayr di NICU.
Sampai sekarang tak cerita lagi.
Hehe. Sebenarnya dah ada dalam draft.
Cuma belum ada kekuatan nak publish.
Doalah moga diberi kekuatan ^_^

Lagi satu, hutang nak cerita pasal zuhayr's semi solid food journey.
Haaa, yang ni meh nak cerita.

Sebenarnya Zuhayr dah mula makan dalam 4 hari sebelum masuk 6 bulan. Sebelum pandai meniarap betul2. Tapi masa tu belum beli blender lagi. Jadi, Ummi pun lenyek je la lepas dah tanya banyak pendapat veteran2 otai. Buah pertama yang Ummi try bagi, buah pir (pear). Sbb Ummi suka sangat pear! Hehe. Bukan itu je sbbnye. Ummi ada baca research yang cakap pear lagi mudah hadam berbanding apple. Risau anak teruna Ummi ni kena sembelit, so Ummi decided untuk bagi pear as Zuhayr's 1st semi-solid food.

Tapi malangnya, perkara yang ditakutkan jadi jugak. Zuhayr ke'sembelit'an. Yelah, dahla 1st time makan. Ummi tak blend pulak. Lenyek2 je. Then banyak pulak tu Zuhayr makan. Sudahnye, kenala bawak ke klinik. Dr. bagi ubat lawas. Lepas 2 malam mengamuk tahap super, Tuan Zuhayr sihat semula. Alhamdulillah.
So, sejak peristiwa tu, Ummi bertekad beli blender. Tanpa berfikir panjang, Ummi pun belilah Little Bean Super Trio Food Processor. Alhamdulillaah dan sangat2 lega sbb Food Processor ni sangat2lah memudahkan keje Super Ummi ni. Walaupun parts nye banyak nak dibandingkan dengan Avent 2-in-1 steamer and blender yang sangat mahal itu, Ummi rasa lega banyak. Mudah dan cepat untuk buat stok makanan Tuan Zuhayr.

Hadiah half birthday saya! TQ Ummi ^_^
So setakat ni Tuan Zuhayr dah makan buah pear, apple, brokoli, carrot, sweet potato, kurma, n bubur beras perang n setiap kali blend, ummi akan masukkan air zam zam n pecahkan beberapa biji habbatussauda'. Ummi nak cuba pelbagaikan lagi makanan untuk Tuan Zuhayr. Mudah2an dengan usaha Ummi ni, bila besar nanti Tuan Zuhayr tak jadi Picky Eater. Alhamdulillaah, setakat ni Ummi belum pernah bagi nestum lagi. Ummi akan elakkan benda-benda manis (gula) masuk ke badan anak Ummi ni. Kalau bukan Ummi yang ambil berat tentang kesihatan Tuan Zuhayr, siapa lagi kan?

Pureed Pear

Sukenye makan Carrot!

Yummy Broccoli!
Ummi pun dah tambah kekerapan makan Tuan Zuhayr. Sekarang dah makan 2 kali. Tengah hari bubur nasi + sayur-sayuran. Petang snek puri buah-buahan. So far, nampak ok. Dah xde sakit2 perut lagi.

Tapi masalahnye, setiap kali travel atau keluar jejalan, mesti Tuan Zuhayr tak makan. Bukan tak nak. Ummi yang tak bawak. Dah pernah cuba bawak. Ambil makanan yang dah di'frozen', letak dalam insulated bag. Sampai masa makan, kat tempat bukan restoran pulak tu, Ummi tanya Abi camne nak bagi Zuhayr makan. Hehe sudahnye, bawak balik semula makanan yang tak bersentuh tu. InsyaAllah Ummi akan dapatkan Food Jar so that sebelum keluar jalan2, Ummi panaskan siap2 makanan n letak dalam jar. Boleh tahan sampai 5 jam.

So, itu sajalah cerita tentang semi-solid food & Tuan Zuhayr. So far, Tuan Zuhayr makan je tanpa banyak cakap (dah takleh cakap kan). Ummi pun akan teruskan usaha bagi Zuhayr makan only Home made food with no sugar or salt. Sebarang tentangan takkan dilayan. Hehe.

InsyaAllah next entry Ummi akan ceritakan perkembangan Tuan Zuhayr pulak n betul ke Tuan Zuhayr dah tumbuh gigi? Stay tune!

Wassalam =)


****************************************************************

No comments: