Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

July 27, 2011

A Way of Life

video

A Way Of Life
Do you know what Islam is?
It's a way of life for all
It is taught in the Qur'an
For big and small
Chorus:
A way of life, a way of life
A way of life, a way of life
Islam is a way of life
A complete way
 
Do you know what Islam says?
It says that life's the greatest test
It says that life's a borrowed space
Returned upon rest
(Chorus)
 
Islam solves all of it's problems
Allah leaves no stone unturned
Perfect with no flaws at all
Are the laws of Allah
(Chorus)

Dah dekat seminggu dengar Abi Zuhayr duk nyanyi lagu ni dalam kereta
Jadi Ummi pun search la kat you tube untuk cari versi yang sedap dan sesuai untuk Zuhayr dengar dari sekarang (^_^)
Zuhayr dah diperdengarkan bacaan Al-Quran Sheikh Masyari sejak beliau mula menendang.
So, nasyid pertama yang Ummi akan perkenalkan untuk Zuhayr will be this nasyid: 'A Way of Life'.
Lagu ni ditulis sendiri oleh Bos Abi (baru tahu)
Sebab dari tadika lagi Ummi dah tahu lagu ni
Moga Zuhayr sentiasa ingat hanya Islam cara hidup manusia yang lengkap

p/s: Lepas ni kte blajar lagu Bismillah & Alhamdulillah pulak ye sayang ^_^

July 20, 2011

Pusat Bersalin Barakah

Dah register

17 Julai hari tu dah berkesempatan register dan terus buat check up di Poliklinik Barakah.
Tempat ini dipilih sebagai tempat bersalin nanti kerana kedudukannya dari rumah dan tempat kerja Abu Zuhayr sangat strategik dan cuma perlu guna lebuh raya KESAS saja untuk ke sana dan ke tempat kerja Abu Zuhayr jugak. Paling penting, Doktor perempuan yang akan sambut kelahiran Zuhayr nanti. Masa dah nak balik, dapat 1 box hadiah. Dalam tu ada car sticker yang bertulis 'mama to be on board', huggies diapers untuk newborn dan kupon untuk shopping di Momscare!

Inilah Pusat Bersalin Barakah. Tempat Zuhayr akan dilahirkan InshaAllah.



Gift Box yang Ummi dapat lepas check up =)

Zuhayr

Dah berani namakan baby. Sebab masa check up hari tu Doktor cakap tak confirm tapi 99.9% baby ni Zuhayr. Zuhayr memang nama yang akan ada pada semua anak ummi. Nama kedua akan diberikan oleh Abi. Tunggu hari ke-7 Zuhayr lahir nanti ye (InshaAllah)


Scan

Masa scan hari tu, Zuhayr sangat-sangat aktif. Abi dapat tengok macam mana zuhayr bergerak ke sana-sini (Al-maklum, bilik Zuhayr masih besar). Scan yang dibuat bukan sekadar tengok je. Tapi dengan semua detail doktor berikan. Sangat bersyukur. Doktor siap tunjuk mana kaki, peha, tangan dan siap boleh kira jari lagi. (Masa tu Zuhayr tengah buat Thumbs Up!). Sangat terharu dapat tengok zuriat Abi dan Ummi dari dalam perut. Apatah lagi bile dah lahir nanti kan? Moga Allah permudahkan segala urusan. Malangnye, Ummi dan Abi terlupa nak minta print gambar scan especially part Zuhayr buat Thumbs Up tu.


Shopping

Lepas je dapat tahu baby dalam rahim ummi ni Boy, Abi nye dah tak sabar nak beli barangan keperluan baby. Tapi memandangkan masanya belum sampai, Abi dan Ummi hanya dapat grab 3 helai rompers dari kedai F.O.S di Sunway Pyramid. Hanya nak mengelakkan Abi daripada kempunan (^_^). Next time kte shopping betul-betul ye.


Suplemen Tambahan

Masa consult dengan doktor, doktor cakap kandungan Ummi ini semuanya normal. Uri (placenta) pun dah tak 'Low Lying' lagi. Thanks to Tok Ma yang bagi cara alternatif. Doktor suruh terus ambil pil Kalsium walaupun ummi dah ambil Obimin. Sebab Kalsium dalam Obimin tu sikit. Tambah dengan Ummi tak minum susu, jadi kena ambil jugak pil Kalsium. Lagi satu, doktor sarankan Ummi ambil Neurogain PB, suplemen DHA untuk perkembangan otak baby. Brand itu yang dicadangkan kerana salutan kapsul diperbuat daripada tumbuhan. Bukan mana-mana bahagian haiwan. Lepas tu, terus Ummi dan Abi pergi beli dekat farmasi.

Inilah suplemen untuk DHA tu

Abu Zuhayr

Alhamdulillah Abi dah semakin banyak nak belajar tentang Ummi dan Zuhayr, apa perlu dibuat sekarang n masa depan. Abi pun tengah bekerja keras cari sumber pendapatan lebih untuk kegunaan di masa depan nanti. Thanks to Abi sebab bersungguh-sungguh jaga Ummi dan Zuhayr. May Allah rewards you. We love you soo much!

July 8, 2011

Be safe dear..

6/7/2011
Hari untuk check up ke-4
Berseorangan sebab Abu Zuhayr dah kehabisan cuti

Buku merah ni dah hampir lunyai gara-gara air tumpah hari tu

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar
Berat dah naik 1.1kg (sepatutnya 2kg setiap bulan)
Tapi dah naik tu, bersyukur sangat

Nurse cakap Tuan Z****** aktif sangat
Nak ambil bacaan heart beat pun susah
Nurse cakap: Mentang-mentang la bilik die besar lagi

Perasaan setakat ni
Tak boleh nak digambarkan
Sangat-sangat tak sabar nak dukung baby yang dikandung sendiri
Selama ni asyik pegang anak orang je

Semalam join kutu Breastpump FS
Alhamdulillah jupe group tu
Takdelah nak kena pening kepala nak list bajet
untuk beli barang2 baby
(Breast pump antara barang keperluan yang mahal)
Lepas ni boleh fikir untuk beli barang2 lain pulak

Ummi dan Abi Zuhayr (5 months pregnant) Abi nye pun sama naik kan?

Rancang dengan Abi nye, tengok bulan puasa nanti
Mesti banyak promosi sana promosi sini
Plus Ummi nye kena banyak berjalan bila dah masuk 7th month
Moga Allah permudahkan semuanya

Minggu lepas dapat jupe kawan-kawan se'U'
Dapat lepas rindu
Masing2 pun suruh letak nama diorang kat baby
Hai laa...panjangla nama baby nanti

Banyak dah merepek guna tangan ni
Tapi dalam hati ni
Tak tau macam mana nak gambarkan rasa syukur pada Pencipta kita
Atas segala kurniaan yang diberi
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Lepas satu, satu rezeki datang (Alhamdulillah)
Moga dalam rezeki ini ada keberkatanNya

Buat baby kesayangan Abi dan Ummi
Be safe ye sayang