Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

December 12, 2009

hai obat



zyrtec D - sume pun tau kan utk ape pil ni




patanol - elak keradangan mata yg disebabkan oleh allergik




avamys - elak "blocked" kt pangkal hidung yang leh membawa kepada sesak nafas


paling penting - Turbuhaler - memberi kelegaan cepat bila kna asthmatic attack. (Dr. kata lebih efektif berbanding inhaler)


Kesemua ubat ini akan diperlukan oleh UZ sepanjang hidup. Bukan menagih simpati, hanya sekadar peringatan buat pembaca: hargailah masa sihatmu.

December 11, 2009

kepada dia

dikala diri perlukan sokongan
dikau pergi

tatkala hati meruntun kemaafan
dikau tegar pergi

kala jiwa sudah meyakini
dikau bukan dikau lagi

tika hidupku buntu
dikau tiada lagi


*hold on Allah..He will never leave you
just reach into your heart and Allah will always there*

innocent

salam semua




nama saya Taqwa binti Muhammad
saya adik baru kak umi zuhayr
saya janji nak jadi adik yang terbaik buat kak umi zuhayr

innocent je muka Taqwa kan
Moga Taqwa bakal jadi anak umi baba yang bertaqwa

*terasa nak kembali ke zaman innocent mcm dulu2*

August 20, 2009

Warkah Buat Mama..



Hadirku pengubat laramu
Di kala dikau menantikan lahirnya sekuntum bunga

Mentarbiyahkanku ujian besar buatmu
Mengenalkan ku pahit getir mehnah dunia cabaran besar bagimu

Kasih yang kau hamparkan
Tidak akan ada tepinya

Mama,
Ampunkanlah dosa-dosaku
Andai kata-kataku pernah mengguris hatimu
Andai mimik mukaku bisa mencalar jiwamu yang tulus
Andai perbuatanku mengalirkan air matamu
Sedari kecilku hingga ke helaan nafasku saat ini

Seandainya dapat ku luahkan
Engkaulah wanita terulung dalam hidupku

"Angah sayang mama"

Syukur Nikmat



"Alhamdulillah Syukur Nikmat
Kepada Tuhan yang memberi Rahmat"

Bait yang terkenal di kalangan kita kan?

Sekitar 5 hari bebas dalam penjara (dalam erti kata lain - kuarantin)

Satu perkara sangat2 disedari

Ingat 5 sebelum 5

Sihatmu sebelum datang sakitmu

Jagalah kesihatan demi mereka yang menyayangi kamu

Jika terasa tiada sesiapa menyayangi

Lakukanlah demi menjaga Amanah dari Ilahi

nota : Syukur Alhamdulillah cuma demam biasa berpunca dari pembengkakan tonsil walaupun mencapai tahap yang membimbangkan. Alhamdulillah..

August 19, 2009

You Came to Me

video

You came to me when I was lonely
when I was lost..

Thank You Allah

You are my true love
All I want is to be with you..

nasihat : dengar dan ambil iktibar dari lirik2 single terbaru sami yusuf ini
moga Allah sentiasa memberkati kita

Bawa Diri?



Salam 1 Malaysia (ape tu?? heh terpengaruh dengan berita tv1)

ummuzuhayr.blogspot.com dah berwajah baru. Ape komen sedare sedari?

Sedikit sebanyak corat coret sepanjang ketidakupdatean blog ni.

"Bukan senang nak puaskan hati semua orang..biasalah tu"
"Bukan semua yg lain faham kita"

kadang2 rasa pelik
Even if kte sorang je yg tak berkenan dengan seseorang itu
Perlukah uar-uarkan bahawa satu batalion menentang org tu?

Buat mereka yang dianggap sebagai keluarga
Buat mereka yang menjadi tempat rujukan di kala akal dambakan jawapan
Buat mereka yang dijadikan tempat berpaut kala jiwa dilanda keresahan
adik2, kakak2, teman2
Perjuangan harus diteruskan

Jasa kalian tak akan dilupakan
Selagi hayat dikandung Badan

"Airmata yang tertahan waktu untuk dijatuhkan"

monolog : mesti ke dalam sesebuah kehidupan, setelah warna baru ditemui, warna yang lain perlu dilepaskan? xleh ke simpan semua warna itu?

ku bawa diri... (tiba2 je??)

June 20, 2009

join us!

Membership Form


Assalamualaykum wrbt

Barangsiapa yang berminat menyertai kelab debat bahasa arab uiam, sila muat turun dan penuhkan borang ini dan emel kan kepada umm_zuhayr@yahoo.com

Nak mahir berkomunikasi dalam bahasa arab?

Nak tahu kemahiran berdebat dalam Bahasa Arab?

Ahlain2!!

May 24, 2009

welcome to UZ world

The entrance



The Floor



The Bed





The stuffs











n many more..

so..UZ is welcoming all of u (especially d greenies) to her world

May 23, 2009

2nd Moment of Arabic Debating

Majmu'ah 'Ikhwan' (Al-Hukumah ) menentang Majmu'ah 'Aishah' (Al-Mu'aradhah)
Usul : Galakan pelancongan domestik penting
Keputusan :
Usul Diterima
Al-Hukumah (Pro) mengalahkan Al-Mu'aradhah (Kons)

Majmu'ah "Sunna' Al-Hayah" dah 3 kali menang dari 4 Jaulah (pusingan) yang telah berlangsung

Personal Comments:
UZ dah kurang nervous dari last week
UZ lebih bersemangat sbb disokong oleh teman2
UZ nak buat lebih3 baik untuk jaulah seterusnya
UZ suka debat arab

P/S:UZ doa Ust. Dr. will do better utk jaulah seterusnya

May 18, 2009

me & kids









Kids is my world..
I found peace in them..
Whenever i'm in grief, they enlighten me..

I love Kids..
Every child is special..
n of course..they are very cute!!

May 17, 2009

Selamat..



Mama..
Selamat Hari Ibu..
Selamat Hari Guru..
Selamat Hari Pekerja..

Selamat Semuanya..

Buat Ummi, Ibu, mama2 sekalian..Selamat Hari Ibu..

May 16, 2009

A first moment of Arabic Debating...

Wah2..umm zuhayr xsangka akhirnya she has d guts utk berdebat..bukan sebarang perang mulut tau...in arabic tu..=P



First minutes of debate...sume bercampur..nervous (walaupun berdebat dengan kawan2 yg hari2 jupe kt OR debate) risau..takut bace teks betul2 bace...ye la nk jage lughah kan (tp betul2 jadi pun)..



Ape2 pun pagi ni, Sunna'u al - Hayah menang utk game pertama..biar ape kata orang..yg penting umm zuhayr rase lebih bersemangat utk mengasah kebolehan berdebat..kepada senior2 arabic debate...berila tunjuk ajar ye..

p/s: tak perlu cari Umm Zuhayr dalam gmbar2 di atas...xkan ade...hehe.

May 15, 2009

Siapa tau?




Siapa tau tempat ni??




Ada apa dengan tempat ini??




or...ada apa dengan nama ini??

April 18, 2009

Seruan Mari Membaca disahut...

Salamullahi 'alaykum warahmatuhu wabarakatuh...

Jenguk ke blog Ustaz Dr. , post hari ni tentang mari membaca. Seronok gak ke Pesta buku tadi. Dapat tgk ragam golongan pencinta ilmu termasuklah adik2 dari pelbagai sekolah.

Umm Zuhayr pun tak terlepas beli bahan bacaan antaranya :






Mula2 ada gak rasa tak puas hati sbb harganya RM 100 sebelum diskaun. Lepas diskaun dapat RM 65. Tapi dengan muka xmalunye mitak lagi kurang. Last2 dengan pasrahnya tokei kedai bagi RM 60. 

Selepas ditelaah hampir 40 mukasurat, Umm Zuhayr sedar yg buku ni merangkumi hampir semua aspek ilmu, walaupun hanya sentuh perkara asas setiap cabang ilmu tersebut. Jadi, sangat berbaloi rasanya.



Buku ini menghimpunkan soalan2 (macam soalan quiz & teka silang kata) dan disertakan dengan jawapannya. Yang pasti, buku ni berjaya menarik perhatian Umm Zuhayr utk terus baca..(sesiapa yang kenal Umm Zuhayr tau la kan betapa membaca ni jd "hobi" Umm Zuhayr)




Next,

Mana2 pun yang Umm zuhayr pergi, takkan leh lupe belikan sesuatu yang bermanfaat terutamanya apa2 yang dapat membantu proses pembelajaran adik kesayangan...

Jadi, semasa di booth inteam records, setelah di promote oleh rakan se universiti (yang bekerja di situ agaknya), maka Umm Zuhayr bersetuju utk beli "Mukhlis ; Jam Teleportal"





Video CD 
ini mengisahkan perjalanan 4 sekawan yang diketuai oleh Mukhlis (bertopi biru berbelang kuning). Sepanjang perjalanan, mereka diminta menjawab beberapa soalan yang berasaskan asas-asas penting dalam Akhlak. Menarik..tapi malangnya, asas - asas tu terlalu asas buat adinda Umm zuhayr. Semoga Video CD ini bermanfaat utk kawan2 hafeez..hehe.



Di Booth yg sama, setelah hampir 3 tahun tak beli CD atau Kaset yang original, Umm Zuhayr tergerak hati utk mendapatkan album terbaru Inteam yang berjudul Allahu Rabbi 





So, 
itu sahajalah yang di purchased oleh Umm Zuhayr di Pesta Buku tadi. Umm Zuhayr menyeru sahabat2 pembaca, mari kita membaca!!



p/s: ade satu buku ni..dihadiahkan pihak Petronas Fertilizer Kedah (PFKSB) semasa menjuarai pertandingan kuiz ketamadunan islam..sampai sekarang belum habis dibaca lagi..walaubagaimanapun, isi nya sangat menarik..





doakan agar Umm Zuhayr dapat habiskan buku ni..(baru nak semaikan hobi membaca)

April 6, 2009

You Are Never Alone

Sometimes, when the world's not on your side 

You don't know where to run to 

You don't know where to hide. 



You gaze at the stars in the sky 

At the mountains so high 

Through the tears in your eyes. 



Looking for a reason, 

to replace what is gone. 

Just remember, remember 

That you are never alone. 



You are never alone

Just reach into your heart 

And Allah is always there. 

You are never alone 

Through sorrow and through grief 

Through happiness and peace 

You are never alone. 



So now as you long for your past 

Prepare for your future 

But knowing nothings going to last 

You see this life is but a road 

A straight and narrow path 

To our final abode 



So travel well O Muslim 

And Paradise will be your home 

And always remember 

That you are never alone. 

Allah is always there...never feel that you are alone...

Allah is always with you...destining the best for you...








March 29, 2009

Harapan padaMu subur kembali...



Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

March 28, 2009

Berjalanlah tanpa henti...

Apa pun yang terjadi...
Berjalanlah tanpa henti...
Air mata yg tertahan...
Waktu utk dijatuhkan...

Bermakna btul bait2 ini buat diri umm zuhayr..
Tabahkan hatimu..tegarkan imanmu...

Bergantunglah pdNya selalu...stiap detik..tanpa henti...
Kamu akan berbahagia...

Setiap yang terjadi punya hikmahnya...
Tersurat atau tersirat...
Itulah KebesaranNya...

Buat diri yang lemah...
Teruskan hidupmu...
Banyak perkara lagi yg menantimu di sana...

(pesanan utk umm zuhayr n sesiapa sahaja yang sedang dibelenggu keluh kesah...)

March 9, 2009

Asal-asal aku taknak cakap pape, tapi

bila dalam rancangan Remaja semalam, diorang pergi buat survey, sorang pun tak tau bila date lahir nabi Muhammad s.a.w. Walau seorang pun, sume tatau.

fuh..

Jadi meh baca tarikh ni, 12 rabi'ul awal tahun gajah adalah birthday nabi muhammad s.a.w. Ok?

Tak silap aku zaman sekolah dulu ade kot nyanyi2 lagu kelahiran nabi nih, kire cam basic aa kan kena tau. Isk3..sebab tu penting jugak sambutan maulidir rasul, supaya yang tatau jadi tau.

Meh kita share satu kisah sket, zaman nabi Musa a.s dulu, ade seorang hamba Allah yang buat maksiat selama 100 tahun sampailah dia meninggal. Masyarakat pada zaman tu taknak uruskan jenazah dia, malah pergi ambil jenazah dia dan buang kat tempat sampah.

Kemudian Allah wahyukan pada nabi Musa a.s supaya pergi ambil jenazah tu dan solatkan. Jadi Nabi Musa a.s pun cakaplah pada Allah:

“ Wahai tuhanKU! Sesungguhnya Bani Israel telah menyaksikan bahawa orang ini ketika hayat hidupnya melakukan maksiat padaMU selama 100 tahun…”

Kemudian Allah bagi wahyu lagi:

“Setiap kali Taurat disebarkan, beliau pasti melihat nama Muhammad dan terus mengucup dan meletakkan nama itu ke dua belah matanya. Maka dengan apa yang dia lakukan, aku bersyukur (merahmatinya) dan memberi pengampunan padanya serta aku mengahwinkannya dengan 70 orang bidadari syurga.”

So ape kepentingannya? Ah sendiri faham lah. Boleh? 
Jadi harapnya, kekuatan dan semangat nabi menyebarkan Islam tu, jadi insprasi kita untuk terus kuat dan tabah hadapi setiap hari yang penuh ujian. Ameen~


hidup mesti bertanya, sumber rujukan:

1. Maulid An-Nabi Al-Akram Sayyiduna Muhammad, Al-Allamah Ja’afar Al-Barzanji, m/s : 4, Dar Al-Ansar- Kaherah

2. Kitab Hilyat al-Aulia karangan Abu Nua'im

3. Surah as-Soff: 6 (untuk cari bukti disebutnya nama nabi Muhammad dalam kitab Taurat)


p/s: hari ni public holiday kan? Kau tahu tak kau cuti hari ni sebab pe? Kalau kau tatau, aku pun tatau ah nak cakap pe..

March 3, 2009

UMMATIC ARABIC DEBATING AND PUBLIC SPEAKING COMPETITIONS

UMMATIC ARABIC DEBATING AND PUBLIC SPEAKING COMPETITIONS


مسابقة المناظرة والخطابة باللغة العربية بين أبناء الأمة


THEMES: TOWARDS GLOBALIZING THE ARABIC LANGUAGE


DATE: 7-9 MARCH 2009
VENUE: IRK & ADM BUILDINGS
ORGANIZED BY DEBATING AND PUBLIC SPEAKING CLUB IIUM



RULES & REGULATIONS :


DEBATE
-OPEN TO ALL IIUM STUDENTS (UNDERGRADUATE AND MASTER ONLY)
-EACH GROUP CONSIST OF 3 OR 4 MEMBERS


PUBLIC SPEAKING
-EACH PARTICIPANT WILL REPRESENT HIS / HER COUNTRY


FEES FOR EACH PARTICIPANT (RM20)


REFRESHMENTS ARE PROVIDED !!!


IF YOU ARE INTERESTED, PLEASE VISIT OUR BOOTH NEAR MOSQUE’S FEMALE ENTRANCE BEFORE

5TH MARCH 2009 (9 AM - 4 PM) FOR REGISTRATION

COME AND JOIN THIS COMPETITION !!!

THE PRIZE IS INTERESTING !!!

Any enquiry please contact:

bro. Mustaqim (014-2283934) @ sis. Najwa (017-2243762)

February 22, 2009

Kek Batik Kasih Sayang

Knp kek batik kasih sayang? sebab..pesan sahabat saya “masak kene penuh dgn kasih sayang, barulah sedapp!”, Jadi saya buat dgn penuh kasih syg, hasillnya, mmg lumayan!

Bahan-bahan:

- 3/4 cawan koko (nak sedap boleh guna koko vanhouten)

- 1 1/2 cawan gula (pandai-pandai agak)

- 1 paket biskut MARIE (dlm lingkungn 300gm)

- 3 biji telur

- 1 Cawan marjerin

- 1/2 cawan air suam (ni pon pandai2 agak, jgn cair sgt, jgn pekat sgt)

Methodologi:

1) Campur air suam + koko

2) Campur gula + telur + majerin + larutan koko

3) Masak atas api yang sederhana dan kacau sampai pekat

4) Bila dah nampak likat, matikan api, masukkan biskut Marie yang telah dipecah 4

5) Kacau-kacau (jgn kacau terlalu lama, nnt biskut lembik sgt, jgn kacau terlalu cepat, nnt biskut keras sgt, jd..ikutlah gerak hati anda..hehe)

6) Tuangkan adunan dalam loyang, nak bg sedap lagi, sadurkan coklat masakan kat permukaan kek dan taburkan kcg badam hancur, kemudian sejukkan sebentar

7) Jangan terus makan, simpan dalam peti ais semalaman

8) Siap untuk di makan




nmpak sedap kan?? try la ye..

*credit tu sue...

February 7, 2009

InshaAllah..

When you say something or giving a promise, in anything, dont forget to say InshaAllah, only with His willing.

FIRMAN ALLAH-
"Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "INSYA ALLAH". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini".
[SURAH AL KAHFI 23-24]


Apabila Nabi SAW ditanya oleh musyrikin Mekah tentang 3 perkara: pemuda yang memasuki gua di zaman awal, lelaki yang berjalan sehingga ke timur dan barat bumi dan tentang roh. Nabi menjawab: ‘Saya jawab soalan kamu esok’ tanpa menyebut insyaAllah. Selama 15 malam Nabi menunggu wahyu tanpa jawapan, sehingga penduduk Mekah gempar dengan perkara tersebut. Akhirnya Jibril turun membawa surah al-Kahfi. (Tafsir al-Munir; juz 15 ms 215)

Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda: ‘Nabi Sulaiman bin Daud berkata: ‘Aku akan berkeliling malam ini kepada 70 perempuan-dalam satu riwayat 100 perempuan- setiap perempuan dari mereka akan melahirkan anak lelaki yang berperang untuk agama Allah.’ Dikatakan kepadanya-dalam satu riwayat: Malaikat berkata kepadanya: Katakan: ‘InsyaAllah’ tetapi Nabi Sulaiman tidak menyebutkannya. Baginda berkeliling kepada semua isterinya itu. Akhirnya semuanya tidak melahirkan melainkan seorang wanita, itupun ‘separuh manusia’ (Dalam hadis disebut: nisf insan). Nabi SAW bersabda: ‘Demi diriku yang berada ditanganNya! Jika Nabi Sulaiman berkata: ‘InsyaAllah, ia tidak membatalkan sumpahnya dan tentu ia akan dapat apa yang ia hajati’ dalam satu riwayat: ‘Tentu mereka semua berperang fi sabilillah sebagai pejuang semuanya.’ (Tafsir al-Munir; juz 15 ms 228)

Thus, do not foget to say InshaAllah..nampak mudah dan remeh, namum impaknya besar dan menunjukkan pergantungan kita padaNya. InshaAllah, wallahu'alam

p/s: Saya rindu dengan lentok bahasa menyebut "inshaAllah" dari ummu zuhayr..lama sudah jauh di mata :D

February 4, 2009

Serahkan pada yang pakar !

Assalamualaikum, salam perjuangan…


Pedih! Panas! 


Begitulah perasaan ana tatkala membaca suatu artikel keratan akhbar Kosmo! semalam dalam ruangan Buku tulisan Shaharom TM Sulaiman (rujuk m/s 23, bahagian Kosmo! 2 bertarikh 3 Februari 2009).


Dalam penulisan beliau ini, secara terang-terangan beliau menyeru kepada pemikiran pluralisme (fahaman yang menyatakan semua agama adalah sama). 


Apa yang membimbangkan ana adalah tulisan beliau ini disiarkan di akhbar yang mendapat liputan meluas, dikhuatiri ramai pembaca akhbar yang cetek ilmunya mudah terpedaya dengan penulisan ini. 


Bagi mengukuhkan lagi pandangan sesat beliau ini, dikaitkan dengan tokoh-tokoh Islam Liberal terkenal seperti Nurcholis Madjid yang kononnya pemikir Islam tersohor Indonesia. Malah beliau tergamak memetik kata-kata tokoh pluralism Alwi Shihab yang memutar belitkan ayat suci Al Quran sesuka hatinya seperti : 

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَى وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ Surah Al Baqarah (1:62)


“Secara sepintas lalu, ayat itu menunjukkan jaminan Allah atas keselamatan semua golongan yang disebutkan dalam ayat tersebut. Jika demikian halnya, di mana letak keistimewaan umat Islam kalau semuanya akan selamat?” Alwi Shihab


Lihatlah bagaimana penulis jalanan ini mengunakan ayat-ayat Al Quran untuk menjustifikasikan fahamannya. Padahal jika dirujuk kepada kitab-kitab tafsir muktabar dapatlah kita rumuskan bahawa ayat ini merujuk kepada mereka-mereka yang beriman sebelum kerasulan Nabi Muhammad seperti Habib An Najar, Waraqah bin Naufal, Abi Zar al Ghifari, Salman al Farisi, Buhaira, Najasyi dan lain-lain. 


Ayat ini juga merujuk kepada kaum Yahudi yang berpegang kepada Taurat dan syariat Nabi Musa sehingga sampai masa diutuskan Nabi Isa. Maka sesiapa yang tidak mengamalkan Injil dan syariat Nabi Isa pada waktu itu telah sesat. Kemudian diutuskan Rasulullah, maka barangsiapa yang tidak megakui kenabian baginda juga telah sesat. 


Inilah akibatnya jika sesuatu urusan itu dipertanggungjawabkan kepada mereka-mereka yang jahil tentangnya. Benarlah iklan tv suatu ketika dahulu :

Serahkan pada yang pakar !




 

February 2, 2009

Nikah Connecting People


Jom beramai-ramai ke :

Kursus Pra Perkahwinan

14-15 Februari 2009

Auditorium Utama KAED, UIAM



Pelajar UIAM RM 35



Orang Awam RM 60







Anjuran MRC Mahallah Maryam

dengan kerjasama

Kelab Debat dan Pidato Bahasa Arab





Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Badrul Aini Sha’ari (019-4441920)

Wan Ashrul Amahl (012-2401964)





Jangan ketinggalan tawaran istimewa…

Kursus perkahwinan terhangat di pasaran...

February 1, 2009

Principal's Cup Bowling Tournament 2009




Bidan Terjun..umm zuhayr dijemput untuk menggantikan salah seorang anggota pasukan 'nervous' yang tak dapat menghadirkan diri ke perlawanan kali ini..

Bak kata2 siape tah...'untung badan'...umm zuhayr berjaya mandapatkan "1st Place Top 3 Female Bowlers"..(walaupun secara berkumpulan, kumpulan 'nervous' berjaya menduduki tangga ke9 daripada 10 kumpulan) Alhamdulillah..



Betul permainan ini bergantung pada ketenangan fikiran..tapi bagi umm zuhayr, takde la sangat kan...janji fokus dan 'aim' btul2..jgn berniat nak 'cuci longkang'..btul x?

January 31, 2009

Minda dan Boling....


Orang kata...permainan boling ni asasnya minda...kalau tenang, skor..kalau fikiran berserabut....atau dilanda tekanan...maka rosakla permainan...

Awalnya umm zuhayr tak begitu setuju kerana pada pendapat umm zuhayr, segala permainan atau sukan kuncinya adalah kemahiran...

Tapi akhir-akhir ni kebenaran mula terserlah...ternyata benar omongan sesetengah pihak tu benar...

Ape ye pandangan para pembaca?

January 11, 2009

Tercari-cari??


Tercari2 cara untuk mengekspresi kemarahan terhadap rejim kejam zionis?? Ayuh!!....boikot barang2 yang tertera di dalam gambar..

Allahu Akbar!!!

اللهم إنا نعوذبك من شرور أعدائنا


Hurry!! Raise your hands up and pray for the sake of our brothers there!

اللهم انصر إخواننا في فلصطين

January 10, 2009

Rindukan zaman kanak-kanak..



Terkenang zaman 'muda' dulu...xbanyak yg perlu difikirkan. Rumah tinggi.. Hidup susah.. tp tengoklah riak muka tiga beradik ini.. tenang, bahagia dan gembira..

Masa tidak mungkin dapat dikembalikan.. Biar yang lepas disematkan dalam ingatan..