Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

February 9, 2012

Welcome Back Ummi!

Salam to all

Hehe lama betul tinggal blog ni. Nampak tak sawang kat atas2 tu? Banyak kan? Haa meh Ummi Zuhayr nak cuci bersih2 ^_^

Pasca kelahiran Tuan Zuhayr Al-Mundzir, memang Ummi dan Abi tak menang tangan. Macam-macam nak kena uruskan sendiri. Tambahan lagi Ummi beranikan diri berpantang sendiri selama 2 minggu last. Memang mencabar.

Alhamdulillaah 'ala kulli ni'mah! Syukur tak terhingga sebab Allah amanahkan Ummi dan Abi Tuan Zuhayr Al-Mundzir. Kenapa Ummi bersyukur sangat? Haa..tunggu Ummi ceritakan sikit demi sikit dalam next posts ye.

Sebelum pape, buat pembaca blog Umm Zuhayr @ Mrs. Azhar yang tak jemu2 klik link blog ni, Ummi ucapkan Selamat tahun baru 2012, dan yang terkini, Salam Maulidurrasul 1433H =)
Moga kehidupan Tuan-Tuan, Puan-Puan, Kawan-Kawan dan semuanyalah dilimpahi barakah Allah SWT. Ameen.

Ceritera Kelahiran Tuan Zuhayr Al-Mundzir

Ummi ingat lagi ke? Of course lah! Detik demi detik yang takkan Ummi lupakan selagi dikurniakan kekuatan Akal oleh Allah SWT.

Ceritanya panjang betul. Sakitnye pun lama yang teramat. 17jam to be precise, Ummi bertarung nyawa demi putera kesayangan Ummi. Kesimpulan kelahiran Tuan Zuhayr macam ni:

22 Nov 2011/Selasa

2.00am - Dah tak boleh tidur malam. Bukan sebab sakit contraction (Ummi tak rasa sakit langsung). Tapi sebab perut mengeras makin lama dan makin dekat masanya. Abi dah cuak. Pujuk Ummi pegi klinik. Ummi menurut. Buat final touch barang-barang, lepas tu bertolah ke Barakah. Ya Allaah..bawak barang macam nak duduk sebulan kat tempat bersalin! Hehe. Lepas dah sampai, ada midwife, Kak Timah. Cek bukaan masih 1.5cm. Walaupun ada perubahan 0.5cm tapi progres tetap slow. Lepas consult dgn Dr. Khairiah, Ummi disuruh admit ward. Mujur wad 1 katil kosong. Bolehlah Abi teman Ummi sepanjang proses.


Abi rehat sementara Ummi belum sakit

8.00am - Dr. Khairiah datang, cek bukaan. Siap tolong 'strech' kan. Masih lagi 1.5cm dan permukaan servik masih tebal kata Dr. Dr. bagi 2 pilihan. Pertama tunggu secara natural. Maknanya tunggu sampai sakit datang betul-betul. Tapi pilihan ni berisiko. Disebabkan contraction yang sangat kuat dan rapat, kemungkinan baby boleh ter'berak' dan telan air ketuban lalu menyebabkan fetal distress. Kedua, induce. Dr. kata sakitnya lebih sikit je dari sakit biasa. Untuk segerakan proses. Lepas dah bincang dengan banyak pihak, Abi putuskan untuk induce. Ummi menurut je. Enema diberi untuk buang segala najis.

9.00am - Dos pertama induce diberikan. Apa tah nama pil tu. Dimasukkan ke permukaan serviks. Dr. gunakan suku je dari satu pil tu.

12.00noon - Dr. datang cek bukaan. Tak bergerak. Tapi permukaan serviks dah semakin menipis.

3.00pm - Baru terasa sakitnya. Sms Abi nak mintak pain killer (Abi ada urusan penting). Abi cakap tunggu Abi balik. Lepas Abi balik, Ummi diberikan dos pitocin pertama. Lepas inject je terus pengsan. Berkesan betul.

7.00pm - Family dari Gurun sampai. Time ni sakit boleh senyum2 lagi. Lepas maghrib sakit dah tak tertahan. Mintak pitocin lagi. Dr. benarkan. Masa ni bukaan ada progress. Dah 2cm lebih. Dr. Strechkan jadi 3cm.

8.30pm - Dapat tidur sekejap je. Pitocin dah tak berkesan lagi. Sakit tak terkata. Makanan last yang sempat dijamah burger McD. Tu pun petang tadi. Tenaga dah abis. Nak ke toilet pun perlu dipapah. Abi dah mula risau.

9.00pm-4.00am - Dalam tempoh masa ni memang menahan sakit je. Sakit tak terkata. Tak tahu macam mana nak gambarkan. Sampai menggigil kepala. Tangan Abi Ummi genggam sekuat hati setiap kali sakit datang. Sakit nye dah 3 minit skali. Dahsyat betul sakit tunggu nak bersalin ni. MashaAllaah!

4.00am - Cek bukaan dah 4cm. Ummi ditolak masuk dalam labor room. Lagi terseksa rupanya tunggu dalam labor room ni. Langsung takleh turun katil (sbb pasang mesin ctg sume tuh). Menahan sakit yang teramat lagi. Menangis takyah cakap la. Berbaldi dah air mata. Besar kan pengorbanan seorang ibu?

7.00am - Bukaan dah 8cm. Kak Timah tolong stretch jadi 10cm. Dah ready nak bersalin. Ummi dah hilang fokus masa tu dek sakit yang kuat sangat. Lama menahan sakit. Tak makan. Tenaga xde. Kak Timah call Dr. Sekejap je Dr. datang. Dr. ajar cara teran. Ummi pun mula meneran. Ya Allaah, sekali lagi rasa terseksa. Sakit dah kurang. Tapi susahnya nak keluarkan kepala anak Ummi sorang ni. Ummi sampai muntah-muntah. Banyak kali mintak minum air. Sampai Dr. suh bagi air glukos. Lama + banyak kali Ummi teran. Last2 tgk muka Dr. dah berubah. Dr. pesan kali ni sakit atau tak, teran je sehabis tenaga. Ummi ikut cakap Dr. Episiotomi dibuat untuk mudahkan proses. Akhirnya 7.50am Tuan Zuhayr berjaya keluar. Dr. Letakkan atas dada Ummi. Zuhayr kaku. Tak menangis. Ummi dah hilang semua sakit. Cuma kaki rasa terketar2.

8.00am - Ummi saksikan macam2 benda Dr. ramai-ramai buat untuk sedarkan Zuhayr. Ummi dah mula menangis. Berdoa agar Zuhayr Allah selamatkan.Ummi nampak Abi pun menangis. Kejap Abi datang kat Ummi. Kejap Abi gi pegang2 Zuhayr dengan harapan Zuhayr boleh sedar.

8.20am - Semua sibuk nak selamatkan Zuhayr sampai terlupa Uri Ummi masih belum dikeluarkan. Dr. datang cuba keluarkan uri. Tekan-tekan perut uri tak nak keluar. Dr. tekan kuat lagi. Ummi dah menjerit kesakitan (sakitnya sampai tahap sanggup bersalin lagi sekali dari duk tekan-tekan macam tu). Ummi diberi etonox dan ubat tidur. Ummi pengsan.

10.00am - Ummi sedar. Semuanya dah siap. Proses jahit menjahit pun dah siap. Drip antibiotik diberikan sebab uri dikeluarkan secara manual (dengan tangan).

10.20am - Drip dah habis. Dr. datang jelaskan keadaan Ummi dan Tuan Zuhayr. Ummi terima dengan redha. Ummi tunggu Abi. Bila Abi datang kat Ummi, Ummi menangis teruk. Sedih fikirkan Zuhayr. Sebab masa Ummi lali nak pengsan tadi tu Ummi nampak macam2 jarum dicucuk dekat anak Ummi. Tuan Zuhayr dihantar ke HTAR. Ummi mintak nak ikut. Abi tak benarkan.

Tuan Zuhayr di NICU. Day 5. Kenapa? Nanti Ummi ceritakan ya ^_^

Sampai sini dulu ceriteranya. Ni part 1 tau. Perit bila ingat balik. Orang lain dapat pegang, susukan anak. Ummi pulak masih keseorangan =( Tapi semua ni ada hikmahnya. Sikit demi sikit Ummi dapat rasakan nikmatnya. Nanti Ummi cerita lagi dalam next post.

Oh ya, bukan Ummi je yang menanggung sakit. Sepanjang sakit, Ummi perhatikan Abi. Abi pun turut menitiskan air mata saat melihat Ummi menahan sakit. Abi dah tak tahu nak tolong ape lagi. Quran dah baca. Urut pun dah. Kesian Abi. So, kat sini Ummi nak bagitau tanpa segan silu lagi. Ummi sayang Abi sangat2. Terima kasih Abi!

_________________________

3 comments:

ank_ayah said...

Subhanallah.. Sbb tu la pengorbanan seorg ibu tu tk bole dibalas kan. Mengalir air mata sy baca kisah akak,seolah2 sy turut sama alami apa yg akak alami. Subhanallah
Moga Tuan Zuhayr menjadi seorg ank yg soleh. Taat pd perintah Allah,bertanggungjwb dan menjadi kebanggaan ummi dan abinya dunia akhirat. InsyaAllah Amin

FarHa said...

Kembang kepala akk baca huhu sbb akk tak lalui plak saat yg menggerunkan, Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan...

Apa2 pon nimat tak terhingga kan :)

أم زهير محمد فضلي said...

dear ank_ayah...

Allahumma Ameen..pengorbanan ibu memang tak leh dibandingkan dgn apa2 nilai pun ^_^


dear kak FarHa...

kembang kepala? Hehe..dugaan setiap orang lain2. Moga semua yg sy dah lalui dpt jadi kaffarah dosa2 yang lepas...

Nikmat mmg nikmat! Sangat best! Alhamdulillaah..