Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

December 26, 2012

Budak Bertuah!

Ape punya tajukla pulak kali ni kan.. Nak dijadikan cerita, cukup seminggu perangai lama si kecik ni datang balik. Perangai apa?

Al-Kisah, Tuan Zuhayr ni memang kuaaat sangat menangis. Maklumlah, masa lahir dia tak menangis langsung. Abi Ummi sibuk sangat suruh menangis. Lepas da discaj dari NICU, seminggu pertama kat rumah, dia ter'sangat'lah good boy. Tidur je seharian. Macam baby tipikal lain. Tapi start dari minggu kedua sampailah 4 bulan lebih, zuhayr jadi susah sgt nak tido. Menangis je keje. Dah macam-macam kaedah digunakan nak ubat dia. Berat ummi turun sampai 20kg ok!

Setelah research dibuat, tanya sana sini, rupanya memang ada HIE baby yang ada sleep disoder. And zuhayr is one of them! ^_^ Pasti ada hikmahnya.

Pengalaman? Hmm, mula-mula dulu memang stres. Bukan saja dugaan tak cukup tido. Ditambah pulak dengan menangis semahu-mahunya. Memang mencabar. Pernah menangis kepenatan dan hadapi simptom post partum depression. Namun, Maha Benar firman Allah, bahawa Dia takkan timpakan ujian, cabaran melainkan Maha Tahu kemampuan seseorang hambaNya. Alhamdulillah, semakin lama Abi dan Ummi dah boleh handle macam2 situation pelik Tuan Zuhayr.

Ummi 'pakai' zuhayr di karnival Demi Palestin


Nak dijadikan cerita, sepanjang minggu lepas, perangai itu datang lagi. Disebabkan dah lama sangat zuhayr tak berperangai macam tu, Ummi macam terkejut. Susah nak tune balik otak ni jadi macam otak era 4 bulan pertama zuhayr. Haha macam ape je. Ramai sahabat2 beri macam2 pandangan. Memang ada benarnya. Tapi untuk zuhayr, boleh jadi banyak sebab yang buatkan dia menangis tak tentu pasal. Antaranya termasuklah sebab muscle spasm. Sebab zuhayr dikategorikan sebagai stiff. Bahasa melayunya-otot tegang.

'Ala kulli haal, Alhamdulillaah. Keadaan dah tenang. Walaupun ada lagi masa2 Tuan Zuhayr menangis tak tentu arah, tapi dah berkurang. Oh ya, apa kaitan post ni dengan tajuknya? Hehe. Sepanjang minggu ke'tantrum'an zuhayr terserlah tu, ummi sampai panggil zuhayr budak bertuah. Geram agaknya. Itu je la. Heee..

Semoga dugaan, ujian dan cabaran yang Allah sediakan buat ummi sekeluarga dapat mematangkan kami. Dan lebih istimewa, semoga semua itu menjadi kaffarah dosa kami.

Sekian dulu untuk kali ini.
Wassalam.

December 21, 2012

Zuhayr @ 1 Year

Zuhayr dah pun berumur setahun lebih. Alhamdulillah, zuhayr membesar dengan sihat tanpa banyak masalah kesihatan. Phlegm, selsema, kembung perut (unpleasant tummy) ada la jugak sekali sekala menempek kat zuhayr. Biasalah, budak nak develop immune. Masalah sukar tidur berkurangan. Takdela kurang sangat. Tapi taklah setiap hari mood susah tido dia datang.

Perkembangan fizikal pula, sampai sekarang ni dah tak ada leg crossing. Leg crossing ni tak bagus. Sebab boleh dislocate tulang peha n pinggul. Thanks to babywearing. Lepas belajar DIY sling pakai shawl, Ummi rajin 'pakai' zuhayr. Bila kena pakai, automatik kaki zuhayr akan terkangkang seterusnya dapat kurangkan tabiat suka leg crossing.

video

Next, setelah beberapa sesi fisioterapi, banyak perubahan besar dan kecil yang ummi nampak pada zuhayr. Contohnya, dah tak menangis lagi kalau meniarap. Sebelum ni, kalau pusing je terus menjerit. Mungkin susah untuk zuhayr support berat badang guna tummy. Sekarang dah boleh tergelak-gelak lagi. Dah pandai rehatkan kepala kalau penat. Lagi best, dah berjaya menyusur dengan lajunya seperti dalam Video di atas. Seronok berlumba dengan Pak Su Haziq dia.

Kalau 3 bulan lepas doktor cakap perkembangan ukur lilit kepala zuhayr tak normal. Alhmdulillah terbaru, ukur lilit kepala Zuhayr dah normal. Kalau dalam graf, titik ukur lilit kepala Zuhayr duk kat tengah-tengah. Tinggi pun normal. Cuma berat yang tak normal2. Walaupun Zuhayr sangat bernafsu makan (10oz nasi sehari ok..) Tapi berat badannya susah naik. Doktor cakap sebab tak cukup calorie intake (sebab kalori dalam isomil tak cukup) dengan kurang tidur. Masalah kurang tidur memang diorang susah nak tolong. Tapi bab calorie diorang boleh tolong. So, 17 january nanti zuhayr kena jumpa nutritionist untuk bincang jadual pemakanan dan analyze kenapa susah sangat berat si kecik ni nak naik.

'Ala kulli haal, alhamdulillah, Alhamdulillah. Sebenarnya, ummi agak bangga (ummi ada hak nak berbangga sikit, kan?) sebab tak pernah sehabuk nestum pun masuk ke perut anak ummi. Bukan apa, disebabkan gagal fully BF sampai umur 2 tahun, Ummi bertekad, nak berjuang on this food matter pulak. Ummi always thanks myself sebab masih pertahankan kerajinan masak setiap hari. (hilangla sikit rasa penat bila say thanks kepada diri sendiri) Ummi sangat salute kepada ibu-ibu yang berjuang habis-habisan demi memastikan yang terbaik masuk ke perut anak-anak yang seterusnya akan menjadi darah daging mereka. You are what you eat. Tapi buat mereka yang kurang berjaya, tak mengapa. Bukanlah satu dosa kalau nestum tu masuk ke perut anak-anak. Boleh cuba lagi untuk sentiasa prepare home made food yang penuh dengan khasiat untuk anak-anak. Semua parents tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak, kan? So, NO processed food. Always give natural and fresh food.

Ok, next time, next entry, kalau rajin, ummi akan kongsi resepi2 makanan yang pernah ummi masakkan untuk zuhayr.

Jumpa lagi.

Wassalam :)

December 19, 2012

4th Physiotherapy Session

Pada 30 November, Zuhayr kena jalani fisioterapi. Sebenarnya ini dah kali ke-4. Tujuan fisioterapi ini untuk 'bantu' zuhayr catch up milestones seperti duduk, merangkak dan berjalan. Fisio jugak bertujuan untuk stimulate gross motor & fine motor. Tapi sepanjang 4 sesi lepas, fokus 100% ditumpukan kepada gross motor dulu. Alhamdulillah, selesai fisio pertama ditambah dengan intensive physio di rumah dan bantuan beberapa pihak yang sudi urut mengurut, Zuhayr berjaya menyusur ke depan dengan lajunya. Dah tak menangis lagi bila meniarap. Tulang belakang pun nampak makin kuat. Kawalan otot leher juga semakin bagus. Sekarang dalam proses bantu Zuhayr untuk duduk tanpa bantuan. Selepas ini fokus pada bantu Zuhayr berdiri dan berjalan pula.

Menurut pemerhatian Therapists, Zuhayr hanya manfaatkan LEFT LIMBS. Maknanya Tuan Zuhayr tak berapa gunakan anggota badan sebelah kanan.

Biasanya sesi terapi dimulakan dengan stretching. Urat2 dan otot2 kaki dan tangan diregangkan supaya kurang sakit untuk step seterusnya. Ada kalanya zuhayr bagi kerjasama. Tapi most of the time, dia 'menyanyi' di sepanjang sesi. Therapists kat situ dah kenal sangat dengan Tuan Zuhayr. Huhu. Kuat nangis! Ummi nak kata apa  lagi? Biarkan je lah. Mungkin memang betul dia nangis sebab sakit. Ummi kena kuatkan hati kalau nak tengok zuhayr cepat berjalan.

Lepas dan stretching, biasanya zuhayr akan ditiarapkan atas blog segitiga leper (tak tau namanya) untuk kuatkan tangan dan memudahkan proses merangkak. Susah sekali nak buat zuhayr fokus tegakkan tangan sambil ampu berat badan sendiri. Sama ada menangis atau sibuk nak pegang itu ini. Bila dipaksa, meraunglah  dia.

Lepas selesai exercise tangan, biasanya zuhayr akan digolekkan atas belon silinder (tak tau nama jugak). Tujuannya untuk menguatkan tulang belakang dan kawalan otot leher sekali dengan create rasa 'seriau' kalau nak jatuh sebab menurut therapists, zuhayr kurang ada rasa takut kalau nak terjatuh. Sebab itulah dia tak cuba tahan tangan ketika didudukkan. Selalunya, zuhayr akan menangis selagi therapists tak hentikan 'penggolekan' ni.

Kemudian beralih ke acara berkuda! hehe. Atas belon yang sama, zuhayr kena kangkangkan kaki macam duduk atas kuda. Dan belon akan ditekan2 ke bawah. Tujuan latihan ini untuk galakkan zuhayr tidak membongkok selain menguatkan pinggang dan kawalan keseimbangan. Haa, zuhayr suka betul bila tiba step ni.

Ummi sentiasa kena belajar


Step terakhir, zuhayr akan di'ikat'kan ke standing frame. Tujuan utamanya supaya zuhayr dapat rasa berat badan sendiri selain bantu berdiri dengan tegak dan tidak terjengket-jengket.



Zuhayr kena 'ikat' di standing frame

Susah betul nak pujuk si kecil ni kalau dah mula menangis
Itulah serba sedikit tentang pengalaman zuhayr berfisioterapi. Susah nak dapatkan appoinment kerap di HKL sebab selalunya penuh. In syaa Allah dalam masa terdekat Ummi akan aturkan supaya zuhayr dapat berfisioterapi dengan lebih kerap di pusat terapi persendirian. Mulai sekarang, ummi abi kena berjimat lebih daripada biasa.


Sibuk tengok orang lari sana-sini

Ini kuda merah dekat klinik kanak-kanak London. Ummi tergerak hati nak beli lepas tengok zuhayr tersengih-sengih bila diletakkan atas kuda ini. Setakat ni belum jumpa lagi. Susah jugak nak cari kuda ajaib ni.

Kalau terlebih fokus, maka terjelirlah lidah dia.

Ini pulak contoh latihan fine motor. In syaa Allah kalau mampu, ummi akan belikan zuhayr benda alah ni. Untuk zuhayr, demi zuhayr, semuanya boleh. Doakan abi dan ummi dimurahkan rezeki supaya dapat sediakan peralatan fisioterapi di rumah. So boleh berfisio at any time. Tak terikat dengan appoinment hospital saja.

Zuhayr, ingat pesan Ummi. There's always HOPE for u. Zuhayr boleh!!

A year of....

Alhamdulillah..dah setahun pun umur Tuan Zuhayr. (sebenarnya dah 1 tahun 3 minggu) Banyak yang ummi belajar sepanjang setahun membesarkan zuhayr. Bukan ummi saja. Seluruh keluarga pun rasa macam tu. Nak tahu betapa istimewanya Tuan Zuhayr? Seluruh keluarga ummi bernazar macam-macam untuk Tuan Zuhayr. Alhamdulillah semuanya dah dilunaskan kecuali nazar Ummi dan Abi. Kena ambil masa sikit.

Di usia setahun, saat anak-anak tipikal lain dah mula mengenal ABC, 123. Dah mula mengatur perkataan dan ayat. Dah mula bertatih, belajar berjalan. Tuan Zuhayr belum lagi berjaya lakukan semua itu. Tak apa. Masih banyak lagi masa untuk kamu berusaha. Ummi dan Abi takkan berhenti berusaha 'pulih'kan kamu.

Apapun, bukannya Tuan Zuhayr tak 'berkembang' langsung. Banyak perkembangan menakjubkan yang ummi perhatikan sejak kamu lahir. Contohnya, sekarang Tuan Zuhayr dah makin sensitif. Sangat susah berenggang dengan ummi. Ada masa, dengan Abi pun dia tak nak. Padahal Ummi lagi garang daripada Abi. Selain tu, Ummi perasan sejak kebelakangan ni banyak suku kata yang zuhayr sebut. "Hemma" untuk Ummi agaknya. "Hebba" untuk Abi kot. Hehe. Ummi main teka je. Ummi pulak dah pandai bezakan tangisan zuhayr. Nangis mengada-ada, nangis lapar n nangis sakit. Lama betul ummi amik masa nak faham. 

Lagi-lagi perkembangan, sekarang ni zuhayr pantang tengok Ummi bertudung. Terus 'menyanyi' mintak dukung. Then kalau ada orang berdiri dekat pintu, daripada nak melekat je dgn ummi, terus berubah fikiran nak ikut orang tu. Suka berjalan budak kecik ni.


Hadiah besday dari Ummi :)

Jauh dalam hati ummi, walaupun zuhayr didiagnosis dengan EVOLVING CEREBRAL PALSY, ummi yakin, banyak perkara yang zuhayr boleh capai sepanjang hidupnya. In syaa Allaah.


He''s a big boy now :)

Setahun yang penuh dengan suka duka, tangisan dan ketawa. Moga setiap detik yang berlalu dapat kita manfaatkan bersama.

Tuan Zuhayr Al-Mundzir, permata hati Abi dan Ummi. Semoga terus diberikan kekuatan untuk terus berjuang. Ameen.

Happy 1st Birthday!

From Ummi :)