Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

July 20, 2011

Pusat Bersalin Barakah

Dah register

17 Julai hari tu dah berkesempatan register dan terus buat check up di Poliklinik Barakah.
Tempat ini dipilih sebagai tempat bersalin nanti kerana kedudukannya dari rumah dan tempat kerja Abu Zuhayr sangat strategik dan cuma perlu guna lebuh raya KESAS saja untuk ke sana dan ke tempat kerja Abu Zuhayr jugak. Paling penting, Doktor perempuan yang akan sambut kelahiran Zuhayr nanti. Masa dah nak balik, dapat 1 box hadiah. Dalam tu ada car sticker yang bertulis 'mama to be on board', huggies diapers untuk newborn dan kupon untuk shopping di Momscare!

Inilah Pusat Bersalin Barakah. Tempat Zuhayr akan dilahirkan InshaAllah.



Gift Box yang Ummi dapat lepas check up =)

Zuhayr

Dah berani namakan baby. Sebab masa check up hari tu Doktor cakap tak confirm tapi 99.9% baby ni Zuhayr. Zuhayr memang nama yang akan ada pada semua anak ummi. Nama kedua akan diberikan oleh Abi. Tunggu hari ke-7 Zuhayr lahir nanti ye (InshaAllah)


Scan

Masa scan hari tu, Zuhayr sangat-sangat aktif. Abi dapat tengok macam mana zuhayr bergerak ke sana-sini (Al-maklum, bilik Zuhayr masih besar). Scan yang dibuat bukan sekadar tengok je. Tapi dengan semua detail doktor berikan. Sangat bersyukur. Doktor siap tunjuk mana kaki, peha, tangan dan siap boleh kira jari lagi. (Masa tu Zuhayr tengah buat Thumbs Up!). Sangat terharu dapat tengok zuriat Abi dan Ummi dari dalam perut. Apatah lagi bile dah lahir nanti kan? Moga Allah permudahkan segala urusan. Malangnye, Ummi dan Abi terlupa nak minta print gambar scan especially part Zuhayr buat Thumbs Up tu.


Shopping

Lepas je dapat tahu baby dalam rahim ummi ni Boy, Abi nye dah tak sabar nak beli barangan keperluan baby. Tapi memandangkan masanya belum sampai, Abi dan Ummi hanya dapat grab 3 helai rompers dari kedai F.O.S di Sunway Pyramid. Hanya nak mengelakkan Abi daripada kempunan (^_^). Next time kte shopping betul-betul ye.


Suplemen Tambahan

Masa consult dengan doktor, doktor cakap kandungan Ummi ini semuanya normal. Uri (placenta) pun dah tak 'Low Lying' lagi. Thanks to Tok Ma yang bagi cara alternatif. Doktor suruh terus ambil pil Kalsium walaupun ummi dah ambil Obimin. Sebab Kalsium dalam Obimin tu sikit. Tambah dengan Ummi tak minum susu, jadi kena ambil jugak pil Kalsium. Lagi satu, doktor sarankan Ummi ambil Neurogain PB, suplemen DHA untuk perkembangan otak baby. Brand itu yang dicadangkan kerana salutan kapsul diperbuat daripada tumbuhan. Bukan mana-mana bahagian haiwan. Lepas tu, terus Ummi dan Abi pergi beli dekat farmasi.

Inilah suplemen untuk DHA tu

Abu Zuhayr

Alhamdulillah Abi dah semakin banyak nak belajar tentang Ummi dan Zuhayr, apa perlu dibuat sekarang n masa depan. Abi pun tengah bekerja keras cari sumber pendapatan lebih untuk kegunaan di masa depan nanti. Thanks to Abi sebab bersungguh-sungguh jaga Ummi dan Zuhayr. May Allah rewards you. We love you soo much!

8 comments:

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Moga zuhayr dan umminya sentiasa dalam rahmat Allah..

Nak tanya berapa charge kalau bersalin kat sini?

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

dear Ishak Zaini...

Waalaikumussalam WBT

Thanks for the dua

Pakej bersalin Basic RM 1299 (4katil sebilik dan semua pakej asas termasuk pemantauan kesihatan baby dan ibu)

RM 1499 (1 katil sebilik)

Boleh rujuk dekat website diorang:

http://pusatbersalinbarakah.com/

Alia nz said...

Nael, 99.9% baby girl eh? Sorry nk tnye lg skali, ble due ye? nk pi ziarah nnti :)

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

dear Alia NZ...

99.9% Boy.
Zuhayr nama untuk boy =)
Zaheera nama untuk girl..

Due 11 Nov inshaAllah..

Ahlain2!

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

eh silap..

30 Nov..

manala dapat 11 Nov tu..

hehe..

Alia nz said...

boy eh? waa...sronoknye :) baik, 30 nov dh msk dlm planner! neway, if the baby is girl, zaheera?? wah, isteri agong tu. not to forget my adik perempuan bongsu as well. cuma ejaan dia lain cket. hehe.. take care dear. hope dh kurang muntah2 n lebih bersemangat!

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

deal Alia NZ..

Alhamdulillah selera dah btambah2 skrg.. muntah2 pun dah xde..

Hope to c u soon =)

Btw, Zuhayr n Zaheera nama wajib ada.. 2nd name Abi nye yang akan pilih =)

Thanks ye..

Unknown said...

ooo akk pon tak minum susu, ubat pon kureng je mkn, tp minum air dutch lady tuk tambah kalsium hehe

ni private hospital ea?? akk pon insya-allah nak dftr kat private, satu sebab anak sulung dan dijamin dr perempuan :D

korban kan sikit duit kan :D