Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

November 5, 2012

Khass Means Special

Salam to all readers.

Sebelum teruskan pembacaan, note that I already warned u. Post kali ni berbaur emosi. Jadi jika sesiapa yang selalu berburuk sangka dan takut terasa, tolong jangan teruskan pembacaan. Aku tak tujukan post ini kepada sesiapa secara spesifik. Cuma meluahkan apa yang terpendam.

Entahlah kenapa rasa terganggu sangat sepanjang minggu ni. Mungkin terlalu banyak unsur gangguan. Aku sendiri pun salah. Melayan sangat perasaan tu. Tapi bukan ke 'layan perasaan' tu one of women's specialty?

Setiap kali ziarah atau diziarahi, mata-mata yang merenung Tuan Zuhayr pasti akan buatkan tuan-tuan mereka cakap: masyaAllah! Hemsemnya! (alhamdulillah). Ingatkan tu aje. Rupanya mesti ada sambungannya. 'berapa bulan dah ni? Dah boleh buat apa? Keciknya dia!! Tak bagi makan ke?'.

Banyak isu boleh ditakwilkan daripada dialog tersebut.

Pertama, isu makan.

Wallahi, aku ni tak pernah catu kuantiti makanan zuhayr. Cuma kualiti yang selalu aku catu dan agak berkira dan cerewet. Alhamdulillah bersyukur sangat sebab Tuan Zuhayr bukan seorang picky eater. Apa saja makanan yang aku suap, pasti beliau makan dengan sepenuh semangat. Tapi nak buat macam mana, berat badan dia susah nak naik. Bukannya salah sesiapa. Mungkin kadar metabolisme dia tinggi. Mungkin jugak sebab tak cukup tidur sebab zuhayr memang susah sangat nak ditidurkan. Atau mungkin zuhayr ni dari spesies small-sized babies. Bagi aku, selagi zuhayr aktif dan kuat, dah cukuplah tu dia makan. Pasal jenis makanan pulak, aku berharap sampai bila2 pun aku berkuasa mutlak tentukan apa yg akan masuk ke perut dia. He's my son, my future n my choice. Kenapa? Cukuplah dengan cakap aku mahukan yang terbaik untuk anak aku. I believe this is what all moms want and strive for.

Kedua, isu milestones.

Ya, memang zuhayr lambat catch up milestones yang digariskan oleh pembuat carta milestones tu. Ini pun mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab. Bukan semata-mata kerana HIE walaupun secara umumnya HIE lah penyebabnya. Sampai sekarang, aku tak pernah anggap he's an abnormal baby. No and never. Zuhayr sendiri berusaha untuk jadi seorang bayi normal. Dia berusaha dengan sangat gigih untuk catch up milestones yang pernah ditinggalkan atas banyak sebab. Aku sendiri jadi saksi kepada usaha gigihnya demi membuktikan dia boleh buat itu dan ini. Kau orang tahu apa? Aku ni yang berada 24-7 dengan dia. Naluri aku paling hampir dengan naluri dia. So, I know him better than all of you do. So, untuk semua pembaca yang mungkin akan berjumpa dengan aku satu hari nanti, please know that soalan macam yang aku sebut di atas sangat menyentuh hati. Yes, aku boleh berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi hati yang menangis, siapa yang tahu, kan? Setakat bertanya tak apa. Tak ada masalah. Aku masih boleh jawab, dia masih meniarap, menyusur. Belum boleh duduk. Apatah lagi merangkak atau berjalan. Dia masih berusaha. Aku boleh jawab macam tu. Tapi itu sajalah. Tak payahlah sampai nak buat muka dan kata "Haa! Tak boleh duduk lagi? Dah 11 bulan kan? Anak dia tu, dia ni dah berlari pun." Ayat-ayat macam ni lah yang buat aku meradang. Sekali dua tak apa. Berkali-kali, penat jugak telinga nak tadah. Cuma luahan hati. Aku tahu, masih banyak yang perlu dikoreksi.

Oleh itu, aku nak umum secara rasmi kat sini. Antara punca zuhayr lambat kejar milestones (yang juga merupakan tanda-tanda CP-Cerebral Palsy) adalah kerana komplikasi yang kami (aku dan zuhayr) hadapi semasa proses melahirkan dan dilahirkan. He was diagnosed with HIE stage 3 (the worst stage) sampaikan doktor2 pakar cakap, paling kurang pun, dia boleh masuk sekolah tapi tak pandai. His brain MRI dan EEG came out with no abnormality detected. Cuma according to his doctors, muscle tone of his lower limbs is quite high. Sebab itulah zuhayr susah nak catch up milestones. Lagi beberapa hari je lagi he'll turn 1. Tapi masih tak boleh duduk sendiri. Apatah lagi merangkak atau berjalan. Lain-lain developmental, sepanjang pemerhatian aku, dia ok. Cakap yang banyak sangat. Suka bila kita senyum, sedih kalau kena  marah, tahu bila disuruh jaga-jaga. CP dan jenis-jenisnya hanya boleh ditentukan bila umur baby mencecah 2tahun. Tapi aku harap tak ada sesiapa sibuk nak tahu sebab aku sendiri pun tak nak tahu. Selagi zuhayr aktif as he always be, alhamdulillah! Itulah sedikit sebanyak zuhayr's medical history.

Setelah banyak research aku dah buat, kebanyakan outcome dari anak-anak yang seangkatan dengan Zuhayr (HIE stage 3), langsung tak macam zuhayr. Ada yang dah berumur 4 hingga 5 tahun, tapi tak boleh kawal kepala sendiri. Ada yang tak berbunyi langsung. Ada juga yang  bertahun-tahun makan melalui tiub. Kau orang nak tahu? Aku ni bersyukur sangat sebab walaupun dikategorikan dalam the worst stage, outcome zuhayr dari segi kognitif sangat positif. Mereka yang kenal zuhayr tahu betapa cerianya dia. Sentiasa tersenyum (kalah anak orang lain yang tak ada masalah tau!). He's very responsive. Dah boleh lambai bye2, boleh jawab pertanyaan, pandai memilih orang. In fact, dah mula tunjukkan tantrum pun kalau mainannya diambil secara paksaan. Zuhayr tak pernah makan guna tiub (melainkan masa dalam NICU dulu). Walaupun doktor2 pakar kata Zuhayr kena balik dengan Tube tu, zuhayr sendiri berusaha memandaikan diri untuk latch on and breastfeed dengan jayanya. Zuhayr cuba angkat badan sendiri since berumur 2 bulan lebih. Lulus hearing and visual tests. Tak pernah kena fits walaupun pernah demam mencecah 39.8 degrees. Syukur sangat. Alhamdulillah! So, aku tak ada alasan lain untuk bersedih mengenang nasib zuhayr. Zuhayr boleh dikatakan anak yang super special. And that makes me a super special ummi. Zuhayr tak pernah mengalah dalam berjuang. So, kenapa aku kena mengalah dan kecewakan dia? No n never.


Zuhayr with his habit - always smiling.
He's my everything!

Kesimpulannya, yes, we have to admit that he is a special baby. Kami sebagai orang tuanya harus terima ketentuan yang telah ditakdirkan oleh Allah ke atas dia. He's going to be a dweller of Jannah. So, we, as his parents should rasa berbesar hati dapat menjaga dan memelihara seorang ahli Jannah.

Diharapkan dengan penerangan serba ringkas dan maaf kerana melibatkan emosi (as i am a normal lady, with feelings and emotions) dapat menjelaskan serba sedikit situasi dan masalah yang zuhayr dan kami (his parents) hadapi.

Mungkin pesanan ni agak berguna.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Please doakan saya khususnya, supaya tabah.

Luahan hati Ummi Zuhayr.
Maaf jika ada pihak yang terasa.

Wassalam.

10 comments:

aki_san said...

salam...
sy kawan tuan azhar..anyway saya ikot kisah zuhayr dr awal lg,,he is really good fighter...jgn mengalah, jgn hirau ape org cakap...mereka tu xmerasa ape yg u, azhar n zuhayr rasa...tp serius zuhayr sgt hensem..da la suka senyum...(:

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

Terima kasih aki_san. Whoever you are, thanks for understanding us.

As said...

We'll always walk, run and fight with you! :)

Farha said...

Zuhyr memang sentiasa istimewa di mata insan yg pernha mengenali dia...

Nurul said...

Salam..
Just wanna give you a virtual hug.
Be strong (tho I know you are).

Peluk cium utk Zuhayr.

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

Dear As..
I know u do ^_^

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

Kak ha,

Thanks..semua babies are special indeed ^_^

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

Dear Nurul...

Wslm. Doakan kitorang sume terus kuat :) Rasa mcm nak pegi duduk dalam iglu nih. hehe

~candlesky~ said...

"The greatest pleasure in life is doing what people say you cannot do."

you always in the pleasure pathway, dear. always.. indeed..

yes nael, keep fighting!

*bawak rotan kejar sape ckp sesukii hatii tu*

buatmu anak syurgaku said...

Insyaallah zuhayr pasti boleh