Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

December 21, 2012

Zuhayr @ 1 Year

Zuhayr dah pun berumur setahun lebih. Alhamdulillah, zuhayr membesar dengan sihat tanpa banyak masalah kesihatan. Phlegm, selsema, kembung perut (unpleasant tummy) ada la jugak sekali sekala menempek kat zuhayr. Biasalah, budak nak develop immune. Masalah sukar tidur berkurangan. Takdela kurang sangat. Tapi taklah setiap hari mood susah tido dia datang.

Perkembangan fizikal pula, sampai sekarang ni dah tak ada leg crossing. Leg crossing ni tak bagus. Sebab boleh dislocate tulang peha n pinggul. Thanks to babywearing. Lepas belajar DIY sling pakai shawl, Ummi rajin 'pakai' zuhayr. Bila kena pakai, automatik kaki zuhayr akan terkangkang seterusnya dapat kurangkan tabiat suka leg crossing.

video

Next, setelah beberapa sesi fisioterapi, banyak perubahan besar dan kecil yang ummi nampak pada zuhayr. Contohnya, dah tak menangis lagi kalau meniarap. Sebelum ni, kalau pusing je terus menjerit. Mungkin susah untuk zuhayr support berat badang guna tummy. Sekarang dah boleh tergelak-gelak lagi. Dah pandai rehatkan kepala kalau penat. Lagi best, dah berjaya menyusur dengan lajunya seperti dalam Video di atas. Seronok berlumba dengan Pak Su Haziq dia.

Kalau 3 bulan lepas doktor cakap perkembangan ukur lilit kepala zuhayr tak normal. Alhmdulillah terbaru, ukur lilit kepala Zuhayr dah normal. Kalau dalam graf, titik ukur lilit kepala Zuhayr duk kat tengah-tengah. Tinggi pun normal. Cuma berat yang tak normal2. Walaupun Zuhayr sangat bernafsu makan (10oz nasi sehari ok..) Tapi berat badannya susah naik. Doktor cakap sebab tak cukup calorie intake (sebab kalori dalam isomil tak cukup) dengan kurang tidur. Masalah kurang tidur memang diorang susah nak tolong. Tapi bab calorie diorang boleh tolong. So, 17 january nanti zuhayr kena jumpa nutritionist untuk bincang jadual pemakanan dan analyze kenapa susah sangat berat si kecik ni nak naik.

'Ala kulli haal, alhamdulillah, Alhamdulillah. Sebenarnya, ummi agak bangga (ummi ada hak nak berbangga sikit, kan?) sebab tak pernah sehabuk nestum pun masuk ke perut anak ummi. Bukan apa, disebabkan gagal fully BF sampai umur 2 tahun, Ummi bertekad, nak berjuang on this food matter pulak. Ummi always thanks myself sebab masih pertahankan kerajinan masak setiap hari. (hilangla sikit rasa penat bila say thanks kepada diri sendiri) Ummi sangat salute kepada ibu-ibu yang berjuang habis-habisan demi memastikan yang terbaik masuk ke perut anak-anak yang seterusnya akan menjadi darah daging mereka. You are what you eat. Tapi buat mereka yang kurang berjaya, tak mengapa. Bukanlah satu dosa kalau nestum tu masuk ke perut anak-anak. Boleh cuba lagi untuk sentiasa prepare home made food yang penuh dengan khasiat untuk anak-anak. Semua parents tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak, kan? So, NO processed food. Always give natural and fresh food.

Ok, next time, next entry, kalau rajin, ummi akan kongsi resepi2 makanan yang pernah ummi masakkan untuk zuhayr.

Jumpa lagi.

Wassalam :)

No comments: