Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

March 9, 2009

Asal-asal aku taknak cakap pape, tapi

bila dalam rancangan Remaja semalam, diorang pergi buat survey, sorang pun tak tau bila date lahir nabi Muhammad s.a.w. Walau seorang pun, sume tatau.

fuh..

Jadi meh baca tarikh ni, 12 rabi'ul awal tahun gajah adalah birthday nabi muhammad s.a.w. Ok?

Tak silap aku zaman sekolah dulu ade kot nyanyi2 lagu kelahiran nabi nih, kire cam basic aa kan kena tau. Isk3..sebab tu penting jugak sambutan maulidir rasul, supaya yang tatau jadi tau.

Meh kita share satu kisah sket, zaman nabi Musa a.s dulu, ade seorang hamba Allah yang buat maksiat selama 100 tahun sampailah dia meninggal. Masyarakat pada zaman tu taknak uruskan jenazah dia, malah pergi ambil jenazah dia dan buang kat tempat sampah.

Kemudian Allah wahyukan pada nabi Musa a.s supaya pergi ambil jenazah tu dan solatkan. Jadi Nabi Musa a.s pun cakaplah pada Allah:

“ Wahai tuhanKU! Sesungguhnya Bani Israel telah menyaksikan bahawa orang ini ketika hayat hidupnya melakukan maksiat padaMU selama 100 tahun…”

Kemudian Allah bagi wahyu lagi:

“Setiap kali Taurat disebarkan, beliau pasti melihat nama Muhammad dan terus mengucup dan meletakkan nama itu ke dua belah matanya. Maka dengan apa yang dia lakukan, aku bersyukur (merahmatinya) dan memberi pengampunan padanya serta aku mengahwinkannya dengan 70 orang bidadari syurga.”

So ape kepentingannya? Ah sendiri faham lah. Boleh? 
Jadi harapnya, kekuatan dan semangat nabi menyebarkan Islam tu, jadi insprasi kita untuk terus kuat dan tabah hadapi setiap hari yang penuh ujian. Ameen~


hidup mesti bertanya, sumber rujukan:

1. Maulid An-Nabi Al-Akram Sayyiduna Muhammad, Al-Allamah Ja’afar Al-Barzanji, m/s : 4, Dar Al-Ansar- Kaherah

2. Kitab Hilyat al-Aulia karangan Abu Nua'im

3. Surah as-Soff: 6 (untuk cari bukti disebutnya nama nabi Muhammad dalam kitab Taurat)


p/s: hari ni public holiday kan? Kau tahu tak kau cuti hari ni sebab pe? Kalau kau tatau, aku pun tatau ah nak cakap pe..

1 comment:

X!0M@N!A($ said...

Salamullah alaik...
Nice blog, but i juzz wanna share that when i read SS al fadhil ustaz dr MAZA's blog he stated that the actual date of he birth of our Beloved Prophet, Nabi Muhammad S.A.W is not that confirmed with various of opinions from the great ulama'. As for us, we can take it as 12 Rabiulawal the year of 'Fil', but as for increasing our level of knowledge, we have to read more! Nway..ilal liqaq, maassalamah!