Alhamdulillah dah berakhir 2 hari di bulan Ramadhan 1432H.
Alhamdulillah juga kerana dapat lalui cabaran berpuasa semasa mengandung & bekerja sepenuh masa dengan baik walaupun banyak sangat kebimbangan yang timbul dek si kecil dalam rahim ni tak senang duduk. Sebelum start puasa, takdelah Tuan Zuhayr ni menendang, berpusing, menumbuk sekuat hati dan terlalu kerap. Tapi sejak mula puasa, dari seawal 8am Tuan Zuhayr mula main wrestling dalam rahim Ummi sampailah nak dekat berbuka baru reda sikit. Rusuk Ummi dah rasa sengal-sengal. Tapi mungkin juga sebab Tuan Zuhayr tengah membesar kan?
Ummi memanglah seronok dapat rasa si anak aktif. Tapi dalam masa yang sama bimbang, "ish, anak aku ni lapar ke? Tak selesa ke? Aktif or meronta-ronta sakit or lapar? (nauzubillahi min zaalik)". Setakat ni, puasa masih lagi diteruskan setelah tanya pendapat mereka yang lebih pakar (siapa lagi kalau bukan Tok Umi Zuhayr). Abi Zuhayr pun terus sokong Ummi untuk teruskan puasa. Abi la yang selalu tenangkan Ummi kalau Ummi duk risau. Tuan Zuhayr gerak banyak n kuat Ummi risau. Tuan Zuhayr tak gerak langsung pun Ummi risau. Yelah, Ummi mana tak sayangkan anaknya kan?
Tak lupa juga untuk sahabat-sahabat yang banyak bagi tips untuk pastikan nutrien sepanjang puasa ni cukup especially untuk Tuan Zuhayr. Terima kasih banyak-banyak untuk khalah Balqis n mak cik Imah. Semalam dekat pasar Abi dan Ummi dah borong buah mangga, epal n oren untuk dibuat jus. Sebolehnya Ummi nak cuba campurkan dengan susu segar. Sayuran yang kaya dengan nutrien macam Broccoli, kacang peas, cendawan n tempe pun Ummi borong jugak untuk bekalan seminggu ni. Sumber nutrien tambahan yang Abi beli, DURIAN! Walaupun Ummi yang 'hantu durian' ni teringin sangat nak makan, tapi Ummi lebih pentingkan keadaan Tuan Zuhayr. Dahlah tak boleh nak makan sebab puasa, panas pulak sebab makan durian (hehe).
Di ofis, kerja makin bertambah. Maklumlah jadual siaran TV Al-Hijrah dilanjutkan. Jadi, makin banyaklah show yang perlukan subtitle. Kadang-kadang tu, mata sampai berpinar-pinar sebab lama sangat menterjemah sambil tengok skrin sambil dengar headfon. Tapi inikan sumber rezeki keluarga mini Ummi ni. Jadi Ummi akan terus bekerja kuat! Allahul Musta'an.
Weekend ni nak balik ke Terengganu. Dah lama sangat tak balik sana. Lagipun, raya tahun ni di Kedah dulu lepas tu baru balik Besut sebab sepupu Abi nak bertunang. Jadi, Abi n Ummi ambik kesempatan ni untuk berpuasa bersama dengan keluarga di sebelah Terengganu. (bestnye!!)
Banyak dah merepek. Tapi ok jugak sebagai perkara santai yang boleh dibuat di celah lambakan kerja kat ofis ni. Lain kali Ummi taip lagi ye! Be safe our little Zuhayr. Abi dan Ummi sangat rindukan kamu (^_^)
No comments:
Post a Comment