Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

February 24, 2012

He's 3 months old already!

Assalamualaikum semua ^_^

Kali ni tak nak sambung ceritera Tuan Zuhayr Al-Mundzir lagi.
Sebab hari ni ulangtahun 3 bulan beliau.
Ummi yang excited lebih.
Tuan Zuhayr cool je.

Buat muka bodek Ummi.

Alhamdulillah, syukur yang teramat sebab masih dikurniakan peluang untuk menjalani kehidupan. Of course lah dengan Abi Zuhayr n Tuan Zuhayr!

Banyak perubahan perkembangan Tuan Zuhayr. Selain dah kurang menangis2, Tuan Zuhayr dah pandai berborak. Balik je dari rumah Tok Ndak nye, mesti ada je yang dia nak ngadu kat Abi. Antara vocab Tuan Zuhayr sekarang; 'haaa', 'huuu', 'nggaaa', 'haauuuu', 'hafffuu' (lebih kuranglah) dan ada lagi vocab yang takleh nak describe dengan menaip kat sini. Kena dengar sendiri. hehe..

Hayr suka betul dengan Mr. Hilal ni. Lagi2 kalau bergoyang2. Bulat mata dgn mulut beliau!

Perkembangan fizikal pulak. Tuan Zuhayr ni jenis yang kecik molek. Beratnye pun malu-malu nak naik. Tapi panjangnye panjang betul. Susah dah nak ubah2 posisi dukung beliau sekarang.

Dari segi masalah kesihatan, Alhamdulillaah Tuan Zuhayr belum pernah demam. Cuma sekarang ni macam ada kahak pekat terkumpul kat salur nafas beliau. Susu pun kurang, tidur pun susah. Akhirnya berat pun turun sikit. Tapi alhamdulillaah dah rujuk ke pakar kanak-kanak dan Tuan Zuhayr pun semakin sembuh. Tuan Zuhayr kan kuat! ^_^

Tuan Zuhayr Al-Mundzir @ 3.19am/ 23Feb2012
 
Sekarang ni, Abi n Ummi perlu buat lesson plan pulak untuk Tuan Zuhayr sebab beliau dah pandai behave. Ummi ada try2 tunjukkan video2 nasyid arab kat laptop dengan iphone. Dalam banyak2 video tunjuk kat beliau, video nasyeedul arqaam yang beliau sangat2 suka. Tersengih2 bila lagu tu sampai kat 'ashraaaah'.

video
Bila sampai tang 'ashraaaah' tu menyengih je beliau

Alhamdulillaah, segala puji hanyalah untuk-Nya. Ummi sangat2 bersyukur dapat lalui semua pengalaman pahit manis ni. Ummi doakan semoga anak Ummi, Tuan Zuhayr Al-Mundzir membesar dengan sihat, inshaAllah.


p/s: Buat khalah2 dan ammu2, aunties and uncles, gran2 yang masih belum lawat Tuan Zuhayr, bile nak datang nye? Hehe..

3 comments:

juicy X said...

comeynya baby kak nailah ^^

Nor Atiqah Abd Talib said...

in sya ALLAH.. satu hari nanti khalah Tiqah dtg jenguk Zuhayr ye.. Skrg ni keadaan x mengizinkanla Hayr.. Wpun khalah blm dpt jenguk Hayr, khalah salu doakan Hayr, ble tgk gmbr2 Hayr yg Ummi upload..

Semoga membesar dgn sihat ye Hayr!
Slm peluk cium.. ^_^

أم زهير محمد فضلي said...

dear juicy X...

Alhamdulillah..terima kasih =)


dear Nor Atiqah Abd Talib...

hehe..datangla anytime ye. Zuhayr tunggu je..

Thanks for d du'a..May Allaah bless u!