Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

March 24, 2012

4 bulan sudaa

23/11/11  ---------------> 23/03/12

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillaah, usia Tuan Zuhayr dah mencecah 4 bulan.
Cepat sangat masa berlalu
Anak Ummi makin membesar =)

Perkembangan Fizikal

Dari segi fizikal, tak banyak yang berubah
Cuma muka je obviously lain dari masa lahir dulu
Ramai yang cakap muka Tuan Zuhayr mirip Ummi
Hehe...sedih je Abi.

Detail perkembangan fizikal yang terkini:

Berat : 5.1 kg. (Mungkin turun balik sbb semalam beliau demam + muntah2)
Panjang : 60cm
Ukur lilit kepala : 39cm

Perkembangan pergerakan motor
(hehe zuhayr naik motor ke?)

Tuan Zuhayr dah mula nak capai benda yang tarik perhatian beliau. Kalau dulu, tengok sambil sengih2 je. Sekarang ni da nak pegang2. Kaki dan tangan beliau semakin kuat. Kalau bagi minum guna botol, beliau boleh tepis botol tu sampai terpelanting! Kepala pun dah boleh angkat tinggi. Nampak kuat dan kawalannya pun semakin baik.

Excited nak pegang bell ball

Ini semua tanda-tanda Tuan Zuhayr dah ready untuk meniarap kan? Haa sebut pasal meniarap, Tuan Zuhayr dah semakin ligat nak pusing. Yang kelakarnya, kepala yang dipusing dulu baru badannya. Bila tak lepas, menjerit sekuat hati. Sekarang ni Tuan Zuhayr suka melonjak-lonjak badan. Dah 2 kali beliau terjatuh dari 'katil' beliau (car seat sebenarnya) gara-gara kecuaian Abi dan Ummi tak pakai kan safety belt.

Beliau tak bagi ikat belt atas bahu. 
 Jadi, ikat bawah je. Janji tak jatuh.


Sekarang Tuan Zuhayr dah boleh angkat badan sendiri. Tak lama lagi dah tak boleh tidur dalam car seat ni. Kena cari tempat tidur barulah nampaknya. Tapi car seat ni masih boleh digunakan dalam kereta. Beliau lebih nyenyak tidur dalam car seat berbanding dipegang (yelah, Ummi asyik tertidur je, tangan jatuh, Zuhayr pun terkejut. hehe..)

Zuhayr dan Mr. Hilal masa on the way pegi HTAR.

Perkembangan deria

Memang dari umur 3 bulan Tuan Zuhayr dah pandai memerhati. Ummi slalu tunjukkan video arqaam arabiyyah dan english alphabet. Kalau mood beliau bagus, beliau akan nyanyi sama. Tapi bunyinya hanya aaa, uuu je lah. Hehe.

 Khusyuk tengok bola. Kalau abi sorak gol, beliau akan join Abi.

Masa nak tinggalkan Tuan Zuhayr di rumah Tok Ndak nye, mesti beliau perhatikan Ummi sampailah dah tak nampak lagi dah. Pantang dipanggil, mesti tercari-cari suara yang panggil beliau tu. Masa di HTAR hari tu, time timbang berat, ada seorang baby sebulan lebih kot kat sebelah beliau. Baby tu menangis2 sbb sejuk kot (nurse suh bukak sume baju dan pampers). Zuhayr dari mood bagus, sengih2, sembang terus menjerit2 nangis lepas dengar baby tu nangis. Masa nak tidurkan beliau (di HTAR gak), dengar je budak nangis, mesti terbangun dan terbulat matanya. Ummi wonder kot2 telinga Zuhayr terlebih peka ke. Wallahu a'lam.

 Sekarang ni kebanyakan gambar Tuan Zuhayr mesti yang terkeluar lidahnya. Dah nak tumbuh gigi ke sayang?


Abi & Tuan Zuhayr ^_^

Ummi & Tuan Zuhayr ^_^


Alhamdulillaah..semua perkembangan Tuan Zuhayr nampak positif. Tuan Zuhayr pun dah tak banyak meragam2 macam dulu. Ummi doakan agar Tuan Zuhayr sentiasa sihat dan dilindungi Allaah SWT.

Happy 4months birthday dear...

Wassalam =)

No comments: