Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

April 16, 2012

100th |^_^|

Assalamualaikum WBT.

Lama betul tak update blog.
Busy sangat ke Ummi ni?

Banyak sangat nak diceritakan sampai tak tahu nak mula dari mana.

Zuhayr's Check Up

Minggu lepas, Abi n Ummi bawak Zuhayr pergi tempat lahir beliau. Ya, di Pusat Bersalin Barakah. Saje nak try dengan paed kat sana di samping nak berborak2 dengan Dr. Khairiah. Oh ya, Tuan Zuhayr sangat dikenali sebab kelahiran beliau yang sangat special (jarang jadi kes2 macam yg jadi kat Ummi di pusat bersalin ni).

Berat Tuan Zuhayr dah mencapai 5.6kg. Tu 2 minggu lepas. Sekarang naik lagi kot. Sebab seriously lutut Ummi nak patah dah duk mendodoi beliau. Hehe.

Dekat Barakah, Zuhayr dapat jumpa Dr. Maher Zain (Abi cakap camtu sbb Dr. tu bukan Malaysian. Ala-ala macam Maher Zain). Pandai sangat Dr. amik hati budak2. Ummi tengok Tuan Zuhayr seronok sangat sembang dengan Dr. tu.

Dr. (sampai tak tahu nama Dr.) ada ajar Abi n Ummi cara nak exercise untuk kuatkan muscle tangan n kaki Zuhayr. Sambil menggalakkan pergerakan motor beliau. Abi lah yang selalu praktikkan ajaran Dr. nih.

Alhamdulillah, Zuhayr dah dapat injection triplet untuk umo 2 bulan. Next week amik untuk yang 3 bulan pulak. Oh ya, Zuhayr punya jadual imunisasi terganggu sebab kekangan masa Abi n Ummi + Zuhayr selalu diserang batuk dan selsema. Jadi, Dr. tak nak tambah sakit dengan injection (kot2 demam)


Abi, Ummi & Zuhayr di Poliklinik Barakah ^_^

Kejap je Zuhayr nangis sebab injection. (terer lah anak Ummi ni). Lepas tu jupe Dr. Khairiah pulak. Sembang2 tentang keputusan test2 Zuhayr. Dr. cakap jangan risau. InsyaAllah Zuhayr sihat2 je. Bukan main seronok lagi Zuhayr bersembang dengan Dr.

Balik Kampung!

Rabu lepas (11 April 2012) Abi n Ummi bawak Tuan Zuhayr balik kampung. (Last Zuhayr ada di sana masa dalam pantang). Bukan main seronok lagi mak tok, tok wan, pak su, pak lang n ahli keluarga lain di Gurun. Zuhayr pun seronoklah makin ramai orang nak layan beliau! Pantang terjaga, senyum je memanjang.

Berkaraoke dengan Abi

 Zuhayr dengan Ummi kat buaian luar rumah

Ready nak pegi umah cik Imah.
Zuhayr dengan Mak Tok.

Dengan Tok Wan. Seronok betul anak Ummi ni!

Walaupun tak sempat jalan mana-mana (sebab mood Tuan Zuhayr tak menentu + Ummi selsema teruk), tapi percutian kali ni best sangat. Dah lama sangat tak balik Kedah ^_^. 

Balik Kedah dengan Pak Lang (sebab viva belum diservis). Balik semula ke KL naik bas. Abi n Ummi saspen je risau takut Zuhayr melaungkan 'azan' sampai pak cik driver pening. Tapi Alhamdulillah, kejap je ragamnye. Sepanjang jalan beliau nyenyak tidur.

 Baru lepas 'azan'. Waaaaa sekuat hati beliau.


Akhirnya sampai KL! 
(Zuhayr baru bangun tidooo)

InsyaAllah bulan 6 nanti balik Terengganu pulak. Boleh jumpa nenek, atuk n kawan2 kat sana ^_^. Ummi nak didik anak Ummi ni supaya rajin berukhuwwah. Sebab tulah banyak berjalan ke sana-sini.

Setakat ini dulu. Nanti Ummi tulis lagi.

p/s: Entri ke-100 ni. Ummi baru sedar. Dah hampir 3 tahun berblog, baru 100 entri Ummi hasilkan. Hihi..rajin kan Ummi ni?

3 comments:

FarHa said...

Kalau jadi balik kg bulan 6 roger kakha ye...leh dtg umah kakha kat kg :)

~candlesky~ said...

:))

conoknye zuhayr bejalan-jalan ^^ supo mummy dio la. kaki jaleeee jah :p

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

kak FarHa...

Orait no problem..


~candlesky~

Hehe..sbijik macam Ummi. Abi suka duk umah je.