Menurut pemerhatian Therapists, Zuhayr hanya manfaatkan LEFT LIMBS. Maknanya Tuan Zuhayr tak berapa gunakan anggota badan sebelah kanan.
Biasanya sesi terapi dimulakan dengan stretching. Urat2 dan otot2 kaki dan tangan diregangkan supaya kurang sakit untuk step seterusnya. Ada kalanya zuhayr bagi kerjasama. Tapi most of the time, dia 'menyanyi' di sepanjang sesi. Therapists kat situ dah kenal sangat dengan Tuan Zuhayr. Huhu. Kuat nangis! Ummi nak kata apa lagi? Biarkan je lah. Mungkin memang betul dia nangis sebab sakit. Ummi kena kuatkan hati kalau nak tengok zuhayr cepat berjalan.
Lepas dan stretching, biasanya zuhayr akan ditiarapkan atas blog segitiga leper (tak tau namanya) untuk kuatkan tangan dan memudahkan proses merangkak. Susah sekali nak buat zuhayr fokus tegakkan tangan sambil ampu berat badan sendiri. Sama ada menangis atau sibuk nak pegang itu ini. Bila dipaksa, meraunglah dia.
Lepas selesai exercise tangan, biasanya zuhayr akan digolekkan atas belon silinder (tak tau nama jugak). Tujuannya untuk menguatkan tulang belakang dan kawalan otot leher sekali dengan create rasa 'seriau' kalau nak jatuh sebab menurut therapists, zuhayr kurang ada rasa takut kalau nak terjatuh. Sebab itulah dia tak cuba tahan tangan ketika didudukkan. Selalunya, zuhayr akan menangis selagi therapists tak hentikan 'penggolekan' ni.
Kemudian beralih ke acara berkuda! hehe. Atas belon yang sama, zuhayr kena kangkangkan kaki macam duduk atas kuda. Dan belon akan ditekan2 ke bawah. Tujuan latihan ini untuk galakkan zuhayr tidak membongkok selain menguatkan pinggang dan kawalan keseimbangan. Haa, zuhayr suka betul bila tiba step ni.
Ummi sentiasa kena belajar |
Step terakhir, zuhayr akan di'ikat'kan ke standing frame. Tujuan utamanya supaya zuhayr dapat rasa berat badan sendiri selain bantu berdiri dengan tegak dan tidak terjengket-jengket.
Zuhayr kena 'ikat' di standing frame |
Susah betul nak pujuk si kecil ni kalau dah mula menangis |
Sibuk tengok orang lari sana-sini |
Ini kuda merah dekat klinik kanak-kanak London. Ummi tergerak hati nak beli lepas tengok zuhayr tersengih-sengih bila diletakkan atas kuda ini. Setakat ni belum jumpa lagi. Susah jugak nak cari kuda ajaib ni.
Kalau terlebih fokus, maka terjelirlah lidah dia. |
Ini pulak contoh latihan fine motor. In syaa Allah kalau mampu, ummi akan belikan zuhayr benda alah ni. Untuk zuhayr, demi zuhayr, semuanya boleh. Doakan abi dan ummi dimurahkan rezeki supaya dapat sediakan peralatan fisioterapi di rumah. So boleh berfisio at any time. Tak terikat dengan appoinment hospital saja.
Zuhayr, ingat pesan Ummi. There's always HOPE for u. Zuhayr boleh!!
No comments:
Post a Comment