Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

March 6, 2012

A Year of Ups and Downs

05-03-11 ----> 05-03-12

Sekejap sangat masa berlalu. Terasa macam baru semalam je Ummi disahkan jadi zaujah Abi. Sedar-sedar dah cukup setahun pun. Alhamdulillah, rumah tangga Abi dan Ummi masih penuh dengan kasih sayang. Credits to Abi sebab terlalu banyaaaaak bersabar (sbb Ummi jenis yang kurang sabar). Well, after all we complete each other kan, Abi?

Semua memori, best dan tak best, akan sentiasa ada dalam kotak fikiran Ummi selagi Allah izinkan. Dari awal perkenalan di Pusat Asasi UIAM, sepanjang perjuangan demi menghalalkan hubungan, saat kehadiran Tuan Zuhayr disahkan, sepanjang proses mengandung, dengan alahan yang agak teruk, ditambah dengan macam2 ragam, sepanjang proses melahirkan Tuan Zuhayr, menyaksikan Tuan Zuhayr berjuang untuk hidup, melihat Tuan Zuhayr membesar hari demi hari, Allaahu Akbar! Terlalu baaaanyaaak nikmat yang Allah dah kurniakan buat kita, kan Abi? 

Jadi, sempena Ulangtahun perkahwinan kita yang pertama ni, xde hadiah mahal yang Ummi mampu sediakan untuk Abi. (Al-maklum, kte masih dalam proses menstabilkan kewangan keluarga) Tapi semoga pemberian Ummi ni dapat dijadikan kenang-kenangan. (Ummi baru nak pegi beli tengah hari ni sebenarnye..Hehe.)

Happy 1st Anniversary Abi Zuhayr! 
Moga cinta kita kekal hingga ke syurga. 
Moga Abi akan terus bimbing Ummi ke syurga.
Moga Abi akan jadi Imam keluarga 
yang cemerlang gemilang dan terbilang.
Moga kita akan sentiasa cuba menjadi yang lebih baik.
Maafkan salah silap Ummi selama ini, ya? 
So, pics kat bawah ni bolehlah dijadikan compilation of our journey together.

Pasca akd nikah, 050311. 
Jarang dapat tengok Abi senyum sampai telinga macam ni ^_^


Walimah di Gurun. Masa ni Zuhayr ada dah.
Bertiga lebih baik, kan?
2 months pregnant ^_^

Majlis sambut menantu di Kuala Terengganu.
Ummi makin membesar. Abi pun sama, kan?
3 months pregnant ^_^

Aidilfitri 2011. First time beraya bersama.
Ni on the way gi Penang.
5 months pregnant ^_^


10.10.11 - Konvo bersama Abi dan Zuhayr!
8 months pregnant ^_^

Last Shopping b4 giving birth to Tuan Zuhayr.
Ummi sarat sangat. Tapi nak jalan gak.
9 months pregnant ^_^


Pasca kelahiran Tuan Zuhayr. 
(13 hari menyaksikan si kecil ni berjuang untuk 
terus hidup bersama Abi dan Umminye). 
Abi sangat tabah menghadapi macam2 dugaan.
The strongest person i've ever meet.
May Allaah bless him!


Ummi snap pic ni masa Abi tengah ikatkan bengkung untuk Ummi. 
He was already exhausted but never complain anything. 
Love you, Abi!


Abi's first attempt untuk tidurkan Tuan Zuhayr.
At HTAR, Klang. Masa ni Ummi room-in dengan Tuan Zuhayr.


 Latest pic of my sweethearts, Tuan Zuhayr & Tuan Azhar.
Semoga Allah sentiasa melindungi mereka.

Okay, cukup dulu setakat ni. Anniversary kali ni tak sempat nak buat surprise pape. InsyaAllah next Anniversary Ummi plan dari awal. heee.. nak cakap lagilah; I love U lah Abi ^_^ 

March 2, 2012

Mubaarak ya Bunayya!

Assalamualaykum wbt

Entri kali ni tentang perkembangan positif Tuan Zuhayr Al-Mundzir.

Beberapa minggu lepas Ummi sangat risau sebab Tuan Zuhayr ni takut air! Nangis menjerit-jerit bila dimandikan. Air suam tak jadi, air sejuk lagilah! Pakai direct paip tak jadi. Rendam dalam tab mandi pun tak jadi.

Kadang2, dengar bunyi air pun beliau dah 'bukak' soundnya. Risau betul Ummi n Abi.
Tapi lepas dapat tunjuk ajar ramai-ramai, Ummi pun try n error cara yang orang suggest.
Akhirnya cara Senior eksekutif Ummi di ofis yang berkesan. Alhamdulillah. Sekarang Zuhayr sangat happy bila mandi.

Caranya sangat simple. Tapi memerlukan masa, ketabahan dan kekuatan tulang belakang. Hehe. Ummi buat masa weekend.

Mula-mula, Ummi pastikan Zuhayr cukup tidur. Kalau malam kurang tidur, Ummi akan biar Zuhayr tidur lama sikit masa siang. Pernah jugak terlajak sampai 12 tgh hari. Ini demi menjamin mood Zuhayr.

Then setiap kali sebelum mandi, Ummi dan Abi create suasana happy. Sentiasa ulang phrase "Yeay! Bestnye mandi!". Ini pula nak 'psiko' psikologi Zuhayr. (maen hentam je buat camni sebenarnya..)

Pastu Ummi susukan Zuhayr. Ini juga untuk mengekalkan 'good mood' beliau.

Masa dah standby baringkan Zuhayr, mulut Ummi tak henti2 bebel cakap kenapa kena mandi, Allah suka orang yang bersih, mandi leh hilangkan najis dan sebagainya. (harapnye Zuhayr faham..hee)

Sebelum buat apa-apa (mcm buka baju beliau), Ummi akan minta izin dulu. "Ummi bukak baju sayang ya? Kita nak mandi, nak bersih2". Ayat nilah yg Ummi selalu guna. Alhamdulillah kalau tidur cukup n perut pulak kenyang, Zuhayr akan ok je. Siap leh tersenyum2 lagi.

Bila dah setel buka-membuka, Ummi bedung Zuhayr dengan kain lampin (bedung tangan je..sebab bila tangan free, Ummi yang letih nak control. hehe).

Then basuh kepala Zuhayr dulu tanpa merendamkan badan beliau. (oh, pastikan air suam dulu ye..Air tu dicampurkan dengan baby bath n baby oil.) Time ni, daripada terlonjak-lonjak n lompat-lompat, beliau akan senyap tiba-tiba. Itu tandanya best orang main kepala beliau!

Lepas dah setel kepala, tanpa buka bedung tu, Ummi basahkan badan beliau. (Zuhayr masih di riba Ummi) Dengan Ummi skali basah..(tak nak bagi Zuhayr terkejut kena air). Tapi first time je buat camni. Sekarang ni rendam terus je.


Lepas tgk zuhayr ok je, barulah Ummi buka bedung tu dan terus mandikan beliau sampai selesai. Oh ya, di sepanjang proses mandi-manda ni, mulut Ummi tak henti2 membebel. Demi nak 'create' suasana happy.

Lepas siap semua, Ummi pass Zuhayr kat Abi. Abi pula take charge bebel2 kat Zuhayr sambil lap2 badan beliau. Then Ummi take over balik untuk make up Zuhayr. At last, anak Ummi dah wangi! yeay! 

Alhamdulillah..dengan cara slow tp berkesan ni, Tuan Zuhayr dah tak takut air. Kalau dulu, mula dari bukak pampers sampai pakai baju balik, beliau menjerit dengan jayanya! heh. Sekarang ni dah sampai boleh mengekek gelak pulak. Ummi lega, Alhamdulillah.

Tadaaa...saya dah tak takut air lagi!

So, tahniah ye anak Ummi. Maaflah baru sekarang Ummi try cara slow tapi berkesan ni. Dulu Ummi hentam je mandikan Zuhayr. Ummi kan ibu muda baru nak belajar..hehe.