Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>
Showing posts with label My baby. Show all posts
Showing posts with label My baby. Show all posts

February 24, 2012

He's 3 months old already!

Assalamualaikum semua ^_^

Kali ni tak nak sambung ceritera Tuan Zuhayr Al-Mundzir lagi.
Sebab hari ni ulangtahun 3 bulan beliau.
Ummi yang excited lebih.
Tuan Zuhayr cool je.

Buat muka bodek Ummi.

Alhamdulillah, syukur yang teramat sebab masih dikurniakan peluang untuk menjalani kehidupan. Of course lah dengan Abi Zuhayr n Tuan Zuhayr!

Banyak perubahan perkembangan Tuan Zuhayr. Selain dah kurang menangis2, Tuan Zuhayr dah pandai berborak. Balik je dari rumah Tok Ndak nye, mesti ada je yang dia nak ngadu kat Abi. Antara vocab Tuan Zuhayr sekarang; 'haaa', 'huuu', 'nggaaa', 'haauuuu', 'hafffuu' (lebih kuranglah) dan ada lagi vocab yang takleh nak describe dengan menaip kat sini. Kena dengar sendiri. hehe..

Hayr suka betul dengan Mr. Hilal ni. Lagi2 kalau bergoyang2. Bulat mata dgn mulut beliau!

Perkembangan fizikal pulak. Tuan Zuhayr ni jenis yang kecik molek. Beratnye pun malu-malu nak naik. Tapi panjangnye panjang betul. Susah dah nak ubah2 posisi dukung beliau sekarang.

Dari segi masalah kesihatan, Alhamdulillaah Tuan Zuhayr belum pernah demam. Cuma sekarang ni macam ada kahak pekat terkumpul kat salur nafas beliau. Susu pun kurang, tidur pun susah. Akhirnya berat pun turun sikit. Tapi alhamdulillaah dah rujuk ke pakar kanak-kanak dan Tuan Zuhayr pun semakin sembuh. Tuan Zuhayr kan kuat! ^_^

Tuan Zuhayr Al-Mundzir @ 3.19am/ 23Feb2012
 
Sekarang ni, Abi n Ummi perlu buat lesson plan pulak untuk Tuan Zuhayr sebab beliau dah pandai behave. Ummi ada try2 tunjukkan video2 nasyid arab kat laptop dengan iphone. Dalam banyak2 video tunjuk kat beliau, video nasyeedul arqaam yang beliau sangat2 suka. Tersengih2 bila lagu tu sampai kat 'ashraaaah'.

Bila sampai tang 'ashraaaah' tu menyengih je beliau

Alhamdulillaah, segala puji hanyalah untuk-Nya. Ummi sangat2 bersyukur dapat lalui semua pengalaman pahit manis ni. Ummi doakan semoga anak Ummi, Tuan Zuhayr Al-Mundzir membesar dengan sihat, inshaAllah.


p/s: Buat khalah2 dan ammu2, aunties and uncles, gran2 yang masih belum lawat Tuan Zuhayr, bile nak datang nye? Hehe..

November 10, 2011

Tak ada kerja VS rindu sangat

Again, tajuk yang agak pelik.
Tapi semalam masa keseorangan di rumah, Ummi wat keje pelik.
Disebabkan oleh rasa contraction datang setiap kali buat kerja-kerja macam tunduk bangun, menyapu atau berdiri dalam tempoh masa yang agak panjang untuk basuh pinggan. Kaki pun cepat sangat rasa kejang. Bila duduk, sakit tu hilang. Ini masih lagi Braxton Hicks Contraction. Tak perlu dirisaukan. Dan disebabkan tak ada sesiapa kat rumah yang boleh tolong picitkan kaki, Abi suruh Ummi duduk diam2 dan jangan buat keje.
Tapi takkanlah nak duduk je kan?

Maka, Ummi pun pegi ambil barang-barang Tuan Zuhayr yang dah tersusun rapi di 'Office' Abi dan mula keluarkan satu demi satu pastu amik gambar satu-satu. Lagipun, cara Ummi susun salah. Susah nak keluarkan nanti plus tak cukup barang yang Ummi pack untuk Tuan Zuhayr nanti.

So, inilah hasilnya...

Handkerchief

Stokin 1 (Abi yang pilih)

Stokin 2 (Abi gak yang pilih)

Booties & Mittens (Ummi yang nak sangat)

Baby wipes (beli yang double pack sebab promosi)

Krim untuk ruam lampin

Barut emergency  (barut betul masih ada pada Tok Mamanye)

RM 15 je untuk semua ni. Baby gear brand. Abi pilih masa gi momscare baby carnival.

Toiletries untuk Zuhayr (Ummi skali lah..leh jimat kan?)

Receiving blanket a.k.a bedung. Ummi beli sebab tak mahal =)

Towels

Baju tangan panjang. Satu ni je ade tau. Dahlah kedah bakal berdepan musim hujan. Kesejukan anak Ummi nanti ^_^ Nanti kte beli lagi ye.

Newborn sized rompers. From F.O.S

Ni pulak rompers for 6 months. Baby cepat besar kan?

Baju ber'lubang'. Ingatkan gurun panas. Rupanya nak banjir pulak. Abi pilih oren, Ummi pilih hijau!

Short sleeve shirt dgn seluar panjang Fiffy. Rm10 je ^_^

Baju paling seksi! Again, takut gurun panas.

Stokin 3, 4 5. From F.O.S. Aunty Farah yang pilih.

The only Bib. Tak tahu sejauh mana keperluan bib ni.

Booties, mittens, cap. Mostly chosen by Aunty Farah.

Sedozen lampin.

Dah siap pack (ni untuk bawa balik ke kedah)

Yuyee + Telon. Tapi orang cakap Yuyee diragui kehalalannya. Nanti Ummi research lagi ye? Kalau betul, kte pakai yang HPA je lah. Senang keje ^_^

Kecik-kecik dah ada beg. Beg ni untuk dibawa ke hospital.


Banyak lagi sebenarnye barang besar-besar macam bath tub, pampers dan sebagainya. Tapi Ummi tak larat dah nak ambil gambar satu-satu. Setiap kali rindu nak jumpa Tuan Zuhayr, mesti Ummi pegi amik baju Tuan Zuhayr. Pegang-pegang, cium-cium. Hehe. Mujurlah Abi tak penah nampak lagi.

Hari ni dah cukup 37 minggu. Maknanya dah cukup bulan. Anytime dari sekarang Ummi dan Zuhayr bakal berdepan dengan perjuangan yang semestinya perit (Abi pun skali la kan?)

Let us keep praying for our well being! Ummi sangat takut sebenarnya. Tapi disebabkan Ummi dan Abi nak sangat jumpa kamu, sakit tu boleh diketepikan kot. Ye ke? Harap-harapnya macam tu lah ^_^

Lagipun, takkanlah Allah akan turunkan ayat ni kalau sebaliknya yang dijanjikan, kan?


 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Jom doa banyak-banyak lagi!


...............................................................

October 24, 2011

Agak-agak boleh tak?

 Ummi bercadang nak pergi 19hb dengan Abi, mama Kini, Khalah As, Khalah Wa dan ramai2 lagi... 
Ajak ramai2 supaya Abi tak gelabah kalau tiba2 Tuan Zuhayr nak lahir =)


18-20 Nov 2011
Agak-agaknya Tuan Zuhayr belum lahir lagi kan?
Boleh tak agaknya kalau Tuan Zuhayr tunggu sikit lagi?
Sebabnya car seat+carrier+rocker yang dijual di sini
Tersangatlah murah
Brand pun bagus2

Masa Zuhayr umur 3 bulan dulu
Abi dan Ummi pun dah survey
Cantik sangat 3-in-1 car seat tu
Harga tak sampai RM200 pun

So, Tuan Zuhayr leh tunggu sikit lagi kan?
Habis-habis pun kuarlah 20.11.2011
Hehe
Boleh la ye, Zuhayr cayang...


p/s: Sekarang ni kan, Abi turutkan je apa yang Ummi nak. Terima kasih Abu Zuhayr ^_^

.......

October 19, 2011

Corat Coret

In the Name of Allaah, the Most Gracious, the Most Merciful.
بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama tak menulis, eh menaip ^_^
Sibuk dunia ni tak boleh nak elak lagi
Ke sana, ke sini tak henti2
Tapi nak tak nak
Kena update sesuatu gak kat sini
Untuk rujukan di masa depan


Jumpa Khaalaat (sahabat-sahabat Ummi)

Awal bulan ni
Sahabat-sahabat Ummi pakat turun KL
Untuk amik robe dan menghadiri walimah Khalah Wa n Ammu Nabil

 Di walimah Khalah Wa & Ammu Nabil.
(Merasa jadi pengantin baru lagi)

 Lama dah tak jalan-jalan dengan Khalah Wafa'

Best sangat dapat jumpa ramai-ramai kawan
Paling best,
Khaalaat Kini, As dan Cha datang tido rumah
Esoknye kitorang gi jalan kat Ikea
Abi kena tinggal sebab malam tu Abi dah main futsal
Ummi sempat juga beli beberapa lagi kelengkapan Tuan Zuhayr
Tab mandi, rak untuk bantal, napkin dan soft toys
Then pegi gombak untuk teman Khaalaat sume amik robe
Dan Ummi pun berpeluang amik set untuk buat stok susu nanti
Ummi beli dari seorang senior UIA
Lepas dah puas berjalan
Abi datang amik Ummi di Hentian Putra
Seronok dapat berjalan seharian dengan sahabat2
Walaupun penat, sakit belakang tak terkata
Tapi hati senang! Alhamdulillah (^_^)

IIUM 27th Convocation Day


10.10.11 (Isnin)
Cantik kan tarikh  ni?
Ni tarikh keramat Abi dan Ummi (Tuan Zuhayr sekali)
naik pentas bergraduasi
Hampir setahun dah habis belajar baru konvo
Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar
Nenek, Tok Mama, Tok Ayah dan Paksu datang dari jauh
Untuk raikan konvo Abi dan Ummi
Semuanya hepi2..Alhamdulillah
Abi dan Ummi hadiahkan sijil-sijil ni
Untuk Atuk, Nenek, Tok Ayah, Tok Mama
Sebab mereka tak putus2 sokong Abi dan Ummi
Sepanjang proses pembelajaran
Sepanjang Ummi bawa Tuan Zuhayr dalam rahim Ummi
Ummi makin terasa pengorbanan ibu bapa
Bersusah payah sejak dari awal mengandung lagi

 Hadiah dari Abi dan Ummi untuk Atuk, Nenek, Tok Ayah n Tok Mama


Selesai majlis. Muka seorang ibu mengandung yang kepenatan =)


Intai Tuan Zuhayr lagi (^_^)

17.10.11 (Isnin)
Hari untuk check up di dua2 klinik
KK Tanglin dgn Barakah skali
Tapi disebabkan di Tanglin kena jumpa doktor pakar (lelaki)
Ummi dah tak nak check up di KK lagi
Ummi mintak regular check up dengan Dr. Khairiah di Barakah
Jadi, Mulai minggu ni akan terus ke Barakah
Alhamdulillah, semuanya baik-baik aja =)
Anggaran berat Tuan Zuhayr hampir 2kg
Ukuran kepala, perut, tulang tangan dan tulang peha
Semuanya normal ikut umurnya
Heart beat Tuan Zuhayr pun tip top
Jumlah air ketuban pun ok
Ummi dah amik Tetanus dos 1
Sampai hari ni masih terasa lenguhnya
Bulan depan lagi satu dos
Untuk elakkan kancing gigi
Abi suka betul dapat intai Zuhayr lagi
Tapi Zuhayr tak nak tunjuk muka
Siap tutup dengan tangan lagi
Tak nak Abi n Ummi perasan Zuhayr ikut muka siapa
Nak surprise eh?
Ummi sempat juga tanya macam2
Disebabkan Dr. Khairiah sangat baik dan menyenangkan
Ummi tanya tentang sakit 'contraction'
Jadi, Dr. ceritakan serba sikit
Pastu Ummi tanya apa persediaan Abi
Dr. pun ceritalah satu-satu
Siap bagi buku panduan lagi
Say thank u to Dr. Khairiah ye =)
Next check up 30th Oct ni
Boleh intai2 Tuan Zuhayr lagi

Maternity Leave & Beberapa perancangan lain

Urusan untuk apply cuti bersalin dah selesai
InshaaAllaah Ummi akan mula bercuti pada 14 Nov
Lebih kurang 2 minggu dari due date
Harap-harap cukuplah masa untuk Ummi lebih bersedia
Boleh mengaji sebanyak-banyaknya
Boleh berbakti kepada Abi sebanyak-banyaknya
InshaaAllaah
Kalau cuti sekolah dah mula dan Zuhayr belum keluar
Ummi nak minta Pak Su Hafeez datang teman Ummi
Ikutkan perancangan asal
Ummi akan bersalin di Pusat Bersalin Barakah
Esoknye terus balik ke Kedah
Tapi itulah. Manusia hanya merancang
Allah yang akan tentukan segalanya

Oklah..sekian dulu untuk kali ni
Nanti-nanti Ummi sambung lagi
Zuhayr rajin doa kan?
Doakan Allah permudahkan urusan kita sekeluarga, ya?
Ameen...



July 27, 2011

A Way of Life


A Way Of Life
Do you know what Islam is?
It's a way of life for all
It is taught in the Qur'an
For big and small
Chorus:
A way of life, a way of life
A way of life, a way of life
Islam is a way of life
A complete way
 
Do you know what Islam says?
It says that life's the greatest test
It says that life's a borrowed space
Returned upon rest
(Chorus)
 
Islam solves all of it's problems
Allah leaves no stone unturned
Perfect with no flaws at all
Are the laws of Allah
(Chorus)

Dah dekat seminggu dengar Abi Zuhayr duk nyanyi lagu ni dalam kereta
Jadi Ummi pun search la kat you tube untuk cari versi yang sedap dan sesuai untuk Zuhayr dengar dari sekarang (^_^)
Zuhayr dah diperdengarkan bacaan Al-Quran Sheikh Masyari sejak beliau mula menendang.
So, nasyid pertama yang Ummi akan perkenalkan untuk Zuhayr will be this nasyid: 'A Way of Life'.
Lagu ni ditulis sendiri oleh Bos Abi (baru tahu)
Sebab dari tadika lagi Ummi dah tahu lagu ni
Moga Zuhayr sentiasa ingat hanya Islam cara hidup manusia yang lengkap

p/s: Lepas ni kte blajar lagu Bismillah & Alhamdulillah pulak ye sayang ^_^