Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

August 7, 2010

Ahlan ya Ramadhan!!



Seketika tadi, saya bertungkus lumus menghias compartment dengan tujuan utk menyambut bulan maghfirah, RAMADHAN.

Nak buat program, satu dewan boleh dihias, malah flyers tergantung seminggu sebelum program berlangsung..

Nak berdebat pulak, prepare macam2. Kasut baru, tudung baru, blazer yang mahal pun jadi mampu beli. Kerana apa? Ingin menghidupkan suasana..

Nak bertemu suami, tunang atau boyfriend, berhias bukan main lagi..supaya sedap mata memandang..

So, saya menyeru...kepada diri sendiri serta sahabat2.. mari kita hidupkan penghayatan.. dalam diri juga dalam masyarakat. Ramadhan bukan setakat pada namanya sahaja, malah pengisiannya, 'ibrah dan mutiaranya.. moga kita berpeluang peroleh tarbiyahnya.

Sesungguhnya cabaran Ramadhan bukan setakat menahan lapar dahaga. Malah ia mencakupi keazaman seseorang utk koreksi diri. Terus bertekad menjadi lebih baik dari sebelumnya. Walau diri sentiasa terkandas.



Ahlain ya Ramadhan..

Ya Rabb,
Jangan jadikan Ramadhan ini Ramadhan terakhir buatku,
andai ini Ramadhan terakhir, maka sempurnakanlah ia buatku,
jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan2 sebelumnya,
jadikan Ramadhan ini Ramadhan penuh makna dan pengajaran buatku..
Allahumma Ameen~

No comments: