November 15, 2012
It's a Ni'mah!
Apapun perancangan atau jangkaan kita, jangan sesekali nafikan, Allah sehebat-hebat pengatur rencana.
Perkara yang buruk akan bertukar menjadi sesuatu yang indah jika kita terima atau hadapinya dengan redha dan ikhlas. Kelak kita akan sedar bahawa ia sebenarnya merupakan satu nikmat.
Life is a test and Jannah is our goal.
Doakan mucus jahat yang datang duduk dalam salur nafas zuhayr pergi cepat2.
November 5, 2012
Khass Means Special
Sebelum teruskan pembacaan, note that I already warned u. Post kali ni berbaur emosi. Jadi jika sesiapa yang selalu berburuk sangka dan takut terasa, tolong jangan teruskan pembacaan. Aku tak tujukan post ini kepada sesiapa secara spesifik. Cuma meluahkan apa yang terpendam.
Entahlah kenapa rasa terganggu sangat sepanjang minggu ni. Mungkin terlalu banyak unsur gangguan. Aku sendiri pun salah. Melayan sangat perasaan tu. Tapi bukan ke 'layan perasaan' tu one of women's specialty?
Setiap kali ziarah atau diziarahi, mata-mata yang merenung Tuan Zuhayr pasti akan buatkan tuan-tuan mereka cakap: masyaAllah! Hemsemnya! (alhamdulillah). Ingatkan tu aje. Rupanya mesti ada sambungannya. 'berapa bulan dah ni? Dah boleh buat apa? Keciknya dia!! Tak bagi makan ke?'.
Banyak isu boleh ditakwilkan daripada dialog tersebut.
Pertama, isu makan.
Wallahi, aku ni tak pernah catu kuantiti makanan zuhayr. Cuma kualiti yang selalu aku catu dan agak berkira dan cerewet. Alhamdulillah bersyukur sangat sebab Tuan Zuhayr bukan seorang picky eater. Apa saja makanan yang aku suap, pasti beliau makan dengan sepenuh semangat. Tapi nak buat macam mana, berat badan dia susah nak naik. Bukannya salah sesiapa. Mungkin kadar metabolisme dia tinggi. Mungkin jugak sebab tak cukup tidur sebab zuhayr memang susah sangat nak ditidurkan. Atau mungkin zuhayr ni dari spesies small-sized babies. Bagi aku, selagi zuhayr aktif dan kuat, dah cukuplah tu dia makan. Pasal jenis makanan pulak, aku berharap sampai bila2 pun aku berkuasa mutlak tentukan apa yg akan masuk ke perut dia. He's my son, my future n my choice. Kenapa? Cukuplah dengan cakap aku mahukan yang terbaik untuk anak aku. I believe this is what all moms want and strive for.
Kedua, isu milestones.
Ya, memang zuhayr lambat catch up milestones yang digariskan oleh pembuat carta milestones tu. Ini pun mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab. Bukan semata-mata kerana HIE walaupun secara umumnya HIE lah penyebabnya. Sampai sekarang, aku tak pernah anggap he's an abnormal baby. No and never. Zuhayr sendiri berusaha untuk jadi seorang bayi normal. Dia berusaha dengan sangat gigih untuk catch up milestones yang pernah ditinggalkan atas banyak sebab. Aku sendiri jadi saksi kepada usaha gigihnya demi membuktikan dia boleh buat itu dan ini. Kau orang tahu apa? Aku ni yang berada 24-7 dengan dia. Naluri aku paling hampir dengan naluri dia. So, I know him better than all of you do. So, untuk semua pembaca yang mungkin akan berjumpa dengan aku satu hari nanti, please know that soalan macam yang aku sebut di atas sangat menyentuh hati. Yes, aku boleh berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi hati yang menangis, siapa yang tahu, kan? Setakat bertanya tak apa. Tak ada masalah. Aku masih boleh jawab, dia masih meniarap, menyusur. Belum boleh duduk. Apatah lagi merangkak atau berjalan. Dia masih berusaha. Aku boleh jawab macam tu. Tapi itu sajalah. Tak payahlah sampai nak buat muka dan kata "Haa! Tak boleh duduk lagi? Dah 11 bulan kan? Anak dia tu, dia ni dah berlari pun." Ayat-ayat macam ni lah yang buat aku meradang. Sekali dua tak apa. Berkali-kali, penat jugak telinga nak tadah. Cuma luahan hati. Aku tahu, masih banyak yang perlu dikoreksi.
Oleh itu, aku nak umum secara rasmi kat sini. Antara punca zuhayr lambat kejar milestones (yang juga merupakan tanda-tanda CP-Cerebral Palsy) adalah kerana komplikasi yang kami (aku dan zuhayr) hadapi semasa proses melahirkan dan dilahirkan. He was diagnosed with HIE stage 3 (the worst stage) sampaikan doktor2 pakar cakap, paling kurang pun, dia boleh masuk sekolah tapi tak pandai. His brain MRI dan EEG came out with no abnormality detected. Cuma according to his doctors, muscle tone of his lower limbs is quite high. Sebab itulah zuhayr susah nak catch up milestones. Lagi beberapa hari je lagi he'll turn 1. Tapi masih tak boleh duduk sendiri. Apatah lagi merangkak atau berjalan. Lain-lain developmental, sepanjang pemerhatian aku, dia ok. Cakap yang banyak sangat. Suka bila kita senyum, sedih kalau kena marah, tahu bila disuruh jaga-jaga. CP dan jenis-jenisnya hanya boleh ditentukan bila umur baby mencecah 2tahun. Tapi aku harap tak ada sesiapa sibuk nak tahu sebab aku sendiri pun tak nak tahu. Selagi zuhayr aktif as he always be, alhamdulillah! Itulah sedikit sebanyak zuhayr's medical history.
Setelah banyak research aku dah buat, kebanyakan outcome dari anak-anak yang seangkatan dengan Zuhayr (HIE stage 3), langsung tak macam zuhayr. Ada yang dah berumur 4 hingga 5 tahun, tapi tak boleh kawal kepala sendiri. Ada yang tak berbunyi langsung. Ada juga yang bertahun-tahun makan melalui tiub. Kau orang nak tahu? Aku ni bersyukur sangat sebab walaupun dikategorikan dalam the worst stage, outcome zuhayr dari segi kognitif sangat positif. Mereka yang kenal zuhayr tahu betapa cerianya dia. Sentiasa tersenyum (kalah anak orang lain yang tak ada masalah tau!). He's very responsive. Dah boleh lambai bye2, boleh jawab pertanyaan, pandai memilih orang. In fact, dah mula tunjukkan tantrum pun kalau mainannya diambil secara paksaan. Zuhayr tak pernah makan guna tiub (melainkan masa dalam NICU dulu). Walaupun doktor2 pakar kata Zuhayr kena balik dengan Tube tu, zuhayr sendiri berusaha memandaikan diri untuk latch on and breastfeed dengan jayanya. Zuhayr cuba angkat badan sendiri since berumur 2 bulan lebih. Lulus hearing and visual tests. Tak pernah kena fits walaupun pernah demam mencecah 39.8 degrees. Syukur sangat. Alhamdulillah! So, aku tak ada alasan lain untuk bersedih mengenang nasib zuhayr. Zuhayr boleh dikatakan anak yang super special. And that makes me a super special ummi. Zuhayr tak pernah mengalah dalam berjuang. So, kenapa aku kena mengalah dan kecewakan dia? No n never.
Kesimpulannya, yes, we have to admit that he is a special baby. Kami sebagai orang tuanya harus terima ketentuan yang telah ditakdirkan oleh Allah ke atas dia. He's going to be a dweller of Jannah. So, we, as his parents should rasa berbesar hati dapat menjaga dan memelihara seorang ahli Jannah.
Diharapkan dengan penerangan serba ringkas dan maaf kerana melibatkan emosi (as i am a normal lady, with feelings and emotions) dapat menjelaskan serba sedikit situasi dan masalah yang zuhayr dan kami (his parents) hadapi.
Mungkin pesanan ni agak berguna.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Please doakan saya khususnya, supaya tabah.
Luahan hati Ummi Zuhayr.
Maaf jika ada pihak yang terasa.
Wassalam.
September 12, 2011
Berharganya beliau
Tanggal 5 Mac 2011/30 Rabiul Awal 1432
Ummi dan Abi disatukan
Orang cakap Ummi kuat
Tak nangis pun usai akad nikah
Tapi nangis jugak waktu sahabat2 semua nak balik
Sepanjang 4 tahun suka duka
Banyak sangat dah air mata yang mengalir
Jadi, bagi Ummi sempena hari kemenangan kami
Tak perlulah Ummi bazirkan air mata lagi
Sebulan usai pernikahan
Hadir khabar gembira dari Dia
Dia utuskan kamu ke dalam rahim Ummi
Cepatnye! Ummi pun susah nak percaya
Abi pula dari awal lagi dah yakin
Dan mula berterima kasih kepada Ummi
Awal-awal cuma Ummi ceritakan
Kepada orang yang dekat2 saja
Banyak responnya
"Sharp shooter la!" "Eh cepatnye!"
"Rasa macam baru semalam je kau kawen"
Tak kurang juga yang berpendapat negatif
"Kenapa tak tunggu sebulan dua lagi?"
"Dah sedia ke korang?"
"Keje tak stabil lagi, boleh ke?"
Positif dan negatif
Ummi terima dengan rela hati
Sebab dah lama sangat pun
Ummi pakai nama gelaran Umm Zuhayr
Bermakna dah lama sangat
Ummi dah sedia untuk bergelar Ummi
Bagilah Ummi jaga baby pelbagai umur
Ummi pasti akan suka
Ramai juga yang perasan sikap unik Ummi ni
Especially yang betul-betul rapat
Bagi Ummi, kehadiran kamu
Ibarat permata yang tiada tara nilainya
Hadirnya kamu
Sebagai hadiah cinta Ummi kepada Abi
Sebagai lambang usia penyatuan kami
Sebagai bukti kemampuan kami
redahi segala kesusahan selama ni
Juga sebagai pengukuh ikatan Abi dan Ummi
Melihat Abi mu gembira saat kamu
memberi respon kepada sentuhannya
Melihat kebahagiaan Abi menanti kelahiranmu
Melihat keterujaan Abi saat melihat
ombakan perut Ummi dek kerana kamu bersilat di dalam
Tak ada nilai harta yang boleh tandingi semua itu
Andai kata Ummi ditakdirkan untuk pergi dulu
Ummi dah cukup bahagia dapat lalui
Semua pengalaman ini bersama kamu dan Abi
Dalam meniti 78 hari lagi ni
Ummi sangat berharap dapat bertemu kamu
Ummi nak cakap sendiri pada Abi
"Abang, ni hadiah dari *** untuk abang."
Ya Allah,
Jadikanlah impianku ini satu kenyataan
Ameen..
وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
August 24, 2011
Nak Balik Kampung
Al kisah nak balik kampung...
Tak tahulah kenapa rasa rindu sangat dengan family kat Gurun sana
Mengidam macam-macam masakan tok Ma Tuan Zuhayr
Sabar je la
Mungkin sebab hari tu dah berpeluang berpuasa di kampung Abi
Tu yang jadi makin rindu nak berpuasa di kampung Ummi pulak
Jumaat ni InsyaAllah akan bertolak ke Kedah
Moga-moga Lebuh raya PLUS belum mula sesak lagi
Dalam 2,3 hari ni, Ummi ada tanya Tuan Zuhayr
"Zuhayr nak balik kampung tak? Ummi rindu sangat dgn semua orang kat sana"
Tuan Zuhayr punyala nak bagi respon
Menendang sampai senak perut Ummi
Belek-belek kat internet
Rupa-rupanya Tuan Zuhayr dah boleh respon bila dengar suara Ummi, bila Ummi sentuh atau bila Ummi bergerak-gerak
Hebatnya ciptaan Allah, Subhaanallaah!
Dari hanya segumpal darah
Membesar menjadi bayi yang hampir sempurna sekarang
Alhamdulillah Ummi bertuah dapat rasa nikmat ni
Ramadhan dah hampir ke penghujung
Ummi harap dapat kejar berpesta ibadah
Susah betul nak bahagi masa sekarang
Sebab semuanya baru bagi Ummi
Bekerja sepenuh masa, berkahwin, mengandung
3 benda besar yang sangat baru buat Ummi
Semuanya macam berlaku dalam sekelip mata
Perlukan masa juga untuk mengadaptasi
Moga dipermudahkan, Inshaa Allaah.
August 7, 2010
Ahlan ya Ramadhan!!
Seketika tadi, saya bertungkus lumus menghias compartment dengan tujuan utk menyambut bulan maghfirah, RAMADHAN.
Nak buat program, satu dewan boleh dihias, malah flyers tergantung seminggu sebelum program berlangsung..
Nak berdebat pulak, prepare macam2. Kasut baru, tudung baru, blazer yang mahal pun jadi mampu beli. Kerana apa? Ingin menghidupkan suasana..
Nak bertemu suami, tunang atau boyfriend, berhias bukan main lagi..supaya sedap mata memandang..
So, saya menyeru...kepada diri sendiri serta sahabat2.. mari kita hidupkan penghayatan.. dalam diri juga dalam masyarakat. Ramadhan bukan setakat pada namanya sahaja, malah pengisiannya, 'ibrah dan mutiaranya.. moga kita berpeluang peroleh tarbiyahnya.
Sesungguhnya cabaran Ramadhan bukan setakat menahan lapar dahaga. Malah ia mencakupi keazaman seseorang utk koreksi diri. Terus bertekad menjadi lebih baik dari sebelumnya. Walau diri sentiasa terkandas.
Ahlain ya Ramadhan..
Ya Rabb,
Jangan jadikan Ramadhan ini Ramadhan terakhir buatku,
andai ini Ramadhan terakhir, maka sempurnakanlah ia buatku,
jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan2 sebelumnya,
jadikan Ramadhan ini Ramadhan penuh makna dan pengajaran buatku..
Allahumma Ameen~
August 6, 2010
4th ASEAN Intervarsity Arabic Debating Championship
All debaters represented IIUMDay : Friday - Tuesday
Venue : Islamic Science University of Malaysia (USIM)
Accommodation : ALLSON KELANA Hotel, Nilai
Representatives of IIUM
Team A : Abu Hafiz Salleh Hudin, Nuzulul Qadar Abdullah, Nurhuda Ramli, Norhayati Mad Nor.
Team B : Aishah Fauzi, Nornailah Mohd Fadzli, Siti Rahmah Borham, Badrul Aini Shaari.
Alhamdulillah tamat sudah segala kesibukan berkaitan debate ni..sampai xmenang tangan dibuatnya..
Pengalaman
Pengalaman, pelajaran...banyak sangat yang diperoleh sepanjang kejohanan...tak ternilai nak dibandingkan walau dengan apa pun. Berdebat bukanlah majal atau bidang yang saya minati apatah lagi punya impian utk menyertai kejohanan. Niat asal sertai latihan intensif semata2 nak 'tahsin lughah'. Sedar akan kekurangan diri, dah hampir selesaikan degree tapi masih takut utk berkata-kata menggunakan bahasa Arab. Namun, tiba hari pemilihan, namaku disebut..bagai nak relah tulang rusuk. "alamak, apela yang ust nampak pd aku ni...padahal aku sangat baru..baru kali ke 3 berdebat depan ust2..weh, xnaklah, xpasal2 aku malukan UIA kang" dalam 3 hari perkataan2 ni bermain di minda..masih tak terima kenyataan.. till one day, saya bertanyakan Huda, then Huda cakap "Ust xkan pilih melulu..ada something yang ust nampak pada awak..so prove it to us all"
IIUM B = UIA B
Mula-mula menempatkan diri dalam team ni, terasa keseorangan, buntu, xde yang membantu, membimbing...ye lah, sebelum ni segala isi dan susunan ayat saya buat bersama-sama Yat, Ibu Umair el-Muhajir. Tapi disebabkan beliau tergolong dalam Team A, maka terpisahlah kami.. namun, pada hari ke4 latihan, saya berpeluang share apa yang saya rasa sepanjang sesi latihan.. Alhamdulillah rakan sepasukan memahami, maka jadilah kami seolah2 satu keluarga..saling membimbing, saling menegur..dan segala masalah dalaman kami selesaikan pada hari tersebut...xperlu dipanjang2kan. Pada saat tu, saya merasakan sangat bertuah kerana Allah tempatkan saya bersama Team B bukan A kerana dengan ketinggian intelek kawan2 team A, saya tak akan dapat survive..Thank you Allah..
Hari Kejohanan
Pertemuan dengan pasukan UM B, sangat menakutkan..ye lah, first time join debate, first time lak masuk pertandingan besar mcm ni..sangat2 menakutkan..tapi Alhamdulillah....dengan kepercayaan yang diberikan oleh rakan2 sepasukan, Kak Aishah, Badrul Aini n Rahmah, saya berjaya tempuhi dengan jayanya.. dan selepas kemenangan pihak UIA B diumumkan, hilang segala ketakutan..dan terus saya bersemangat utk terus berjuang di medan debat. begitulah dengan pusingan2 yang seterusnya, sehinggalah melayakkan kami ke pusingan akhir...Alhamdulillah..sangat menghargai kepercayaan yang diberikan rakan2 sepasukan..
Pusingan Akhir
Selepas diumumkan bahawa kedua-dua pasukan UIA A dan UIA B berjaya melangkah ke pusingan akhir, terasa bagai perjuangan dah berakhir. At least dapat jadi naib johan kan? Lagipun bertemu pasukan UIA A, hebat sangat..watpela nak letak harapan tinggi2.. Namun, lepas ditegur oleh adik presiden kelab debat UIA, "jangan kte jatuhkan 'sum'ah' UIA" kemudian datang lak ust Ibrahim cakap "ust nak 'tamsil' dari korang sume" ditambah dengn super senior, kak Ayu yang sangat sudi membantu.. Jadi makin bersemangat, menang kalah xpenting sebab kte dah menang pun.. So sume pun dah setuju nak all out.. and at last, kemenangan berpihak dgn team UIA B, alhamdulillah...
Penghargaan
Setinggi2 syukur kepada ALLAH atas jalan yang dihampar luas di hadapanku...
Terima Kasih to Ayah n Mama.. sbb doa yang berterusan n doa yang xtra lebih sbb nak puteri tunggal mereka ni berjaya dalam bidang yang diceburi. Juga kepada tunang tersayang En. Tuan Azhar atas kemunculan yang mengejut di hari pusingan akhir..(drive sorang2..jauh lak tu)
Jazilussyukr kpd Mudarribeen, Dr. Majdi Ibrahim, Ust Salah dan Ust Ibrahim, atas perahan keringat, membanting tenaga, korbankan masa demi melatih kami semua..Juga kepada Dr. Rahmah yang sentiasa mendoakan.
Thanks to senior2, Kak Ayu, Kak Safira, Kak Janah (walaupun jauh, tapi tetap sudi membantu), Ikhwan dan Salman yang datang jenguk2 ktorang dan bersama-sama kami semua di hari2 terakhir sebelum pertandingan..
Super Duper thanks to my team mates : Kak Ecah, Dik Mah, Bad...atas kepercayaan yang diberikan...atas segala motivasi dan teguran yang membina..dan atas rasa kekeluargaan yang kalian wujudkan dalam team B.. moga akan kekal selamanya..
Special Thanks to rakan2 team A..atas segala bantuan.
Super Special thanks to Yat, Ibu Umair el-Muhajir..even terpisah tapi beliau sangat menyokong especially dari segi emosi..dari mula perandingan sampailah ke hari pusingan akhir..thanks yat..
Last but not least, to amie, zha, n kawan2 lain yang tak putus2 datang support team UIA.. tanpa kalian, siapalah kami..dan to all yang sentiasa mendoakan kejayaan kami...thanks sume
December 12, 2009
hai obat

paling penting - Turbuhaler - memberi kelegaan cepat bila kna asthmatic attack. (Dr. kata lebih efektif berbanding inhaler)Kesemua ubat ini akan diperlukan oleh UZ sepanjang hidup. Bukan menagih simpati, hanya sekadar peringatan buat pembaca: hargailah masa sihatmu.
August 19, 2009
You Came to Me
You came to me when I was lonely
when I was lost..
Thank You Allah
You are my true love
All I want is to be with you..
nasihat : dengar dan ambil iktibar dari lirik2 single terbaru sami yusuf ini
moga Allah sentiasa memberkati kita
April 6, 2009
You Are Never Alone
Sometimes, when the world's not on your side
You don't know where to run to
You don't know where to hide.
You gaze at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes.
Looking for a reason,
to replace what is gone.
Just remember, remember
That you are never alone.
You are never alone
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.
So now as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothings going to last
You see this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode
So travel well O Muslim
And Paradise will be your home
And always remember
That you are never alone.
Allah is always there...never feel that you are alone...
Allah is always with you...destining the best for you...
March 29, 2009
Harapan padaMu subur kembali...
Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat
Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini
Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu








