Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

August 7, 2010

Ahlan ya Ramadhan!!



Seketika tadi, saya bertungkus lumus menghias compartment dengan tujuan utk menyambut bulan maghfirah, RAMADHAN.

Nak buat program, satu dewan boleh dihias, malah flyers tergantung seminggu sebelum program berlangsung..

Nak berdebat pulak, prepare macam2. Kasut baru, tudung baru, blazer yang mahal pun jadi mampu beli. Kerana apa? Ingin menghidupkan suasana..

Nak bertemu suami, tunang atau boyfriend, berhias bukan main lagi..supaya sedap mata memandang..

So, saya menyeru...kepada diri sendiri serta sahabat2.. mari kita hidupkan penghayatan.. dalam diri juga dalam masyarakat. Ramadhan bukan setakat pada namanya sahaja, malah pengisiannya, 'ibrah dan mutiaranya.. moga kita berpeluang peroleh tarbiyahnya.

Sesungguhnya cabaran Ramadhan bukan setakat menahan lapar dahaga. Malah ia mencakupi keazaman seseorang utk koreksi diri. Terus bertekad menjadi lebih baik dari sebelumnya. Walau diri sentiasa terkandas.



Ahlain ya Ramadhan..

Ya Rabb,
Jangan jadikan Ramadhan ini Ramadhan terakhir buatku,
andai ini Ramadhan terakhir, maka sempurnakanlah ia buatku,
jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan2 sebelumnya,
jadikan Ramadhan ini Ramadhan penuh makna dan pengajaran buatku..
Allahumma Ameen~

August 6, 2010

4th ASEAN Intervarsity Arabic Debating Championship

All debaters represented IIUM

Date : 30th July 2010 - 3rd August 2010
Day : Friday - Tuesday
Venue : Islamic Science University of Malaysia (USIM)
Accommodation : ALLSON KELANA Hotel, Nilai

Representatives of IIUM


Team A : Abu Hafiz Salleh Hudin, Nuzulul Qadar Abdullah, Nurhuda Ramli, Norhayati Mad Nor.

Team B : Aishah Fauzi, Nornailah Mohd Fadzli, Siti Rahmah Borham, Badrul Aini Shaari.


Salam to all
Alhamdulillah tamat sudah segala kesibukan berkaitan debate ni..sampai xmenang tangan dibuatnya..


Pengalaman


Pengalaman, pelajaran...banyak sangat yang diperoleh sepanjang kejohanan...tak ternilai nak dibandingkan walau dengan apa pun. Berdebat bukanlah majal atau bidang yang saya minati apatah lagi punya impian utk menyertai kejohanan. Niat asal sertai latihan intensif semata2 nak 'tahsin lughah'. Sedar akan kekurangan diri, dah hampir selesaikan degree tapi masih takut utk berkata-kata menggunakan bahasa Arab. Namun, tiba hari pemilihan, namaku disebut..bagai nak relah tulang rusuk. "alamak, apela yang ust nampak pd aku ni...padahal aku sangat baru..baru kali ke 3 berdebat depan ust2..weh, xnaklah, xpasal2 aku malukan UIA kang" dalam 3 hari perkataan2 ni bermain di minda..masih tak terima kenyataan.. till one day, saya bertanyakan Huda, then Huda cakap "Ust xkan pilih melulu..ada something yang ust nampak pada awak..so prove it to us all"

IIUM B = UIA B

Mula-mula menempatkan diri dalam team ni, terasa keseorangan, buntu, xde yang membantu, membimbing...ye lah, sebelum ni segala isi dan susunan ayat saya buat bersama-sama Yat, Ibu Umair el-Muhajir. Tapi disebabkan beliau tergolong dalam Team A, maka terpisahlah kami.. namun, pada hari ke4 latihan, saya berpeluang share apa yang saya rasa sepanjang sesi latihan.. Alhamdulillah rakan sepasukan memahami, maka jadilah kami seolah2 satu keluarga..saling membimbing, saling menegur..dan segala masalah dalaman kami selesaikan pada hari tersebut...xperlu dipanjang2kan. Pada saat tu, saya merasakan sangat bertuah kerana Allah tempatkan saya bersama Team B bukan A kerana dengan ketinggian intelek kawan2 team A, saya tak akan dapat survive..Thank you Allah..


Hari Kejohanan


Pertemuan dengan pasukan UM B, sangat menakutkan..ye lah, first time join debate, first time lak masuk pertandingan besar mcm ni..sangat2 menakutkan..tapi Alhamdulillah....dengan kepercayaan yang diberikan oleh rakan2 sepasukan, Kak Aishah, Badrul Aini n Rahmah, saya berjaya tempuhi dengan jayanya.. dan selepas kemenangan pihak UIA B diumumkan, hilang segala ketakutan..dan terus saya bersemangat utk terus berjuang di medan debat. begitulah dengan pusingan2 yang seterusnya, sehinggalah melayakkan kami ke pusingan akhir...Alhamdulillah..sangat menghargai kepercayaan yang diberikan rakan2 sepasukan..

bersama team UIN Sharif Hidayatullah B


Pusingan Akhir


Selepas diumumkan bahawa kedua-dua pasukan UIA A dan UIA B berjaya melangkah ke pusingan akhir, terasa bagai perjuangan dah berakhir. At least dapat jadi naib johan kan? Lagipun bertemu pasukan UIA A, hebat sangat..watpela nak letak harapan tinggi2.. Namun, lepas ditegur oleh adik presiden kelab debat UIA, "jangan kte jatuhkan 'sum'ah' UIA" kemudian datang lak ust Ibrahim cakap "ust nak 'tamsil' dari korang sume" ditambah dengn super senior, kak Ayu yang sangat sudi membantu.. Jadi makin bersemangat, menang kalah xpenting sebab kte dah menang pun.. So sume pun dah setuju nak all out.. and at last, kemenangan berpihak dgn team UIA B, alhamdulillah...


Penghargaan


Setinggi2 syukur kepada ALLAH atas jalan yang dihampar luas di hadapanku...

Terima Kasih to Ayah n Mama.. sbb doa yang berterusan n doa yang xtra lebih sbb nak puteri tunggal mereka ni berjaya dalam bidang yang diceburi. Juga kepada tunang tersayang En. Tuan Azhar atas kemunculan yang mengejut di hari pusingan akhir..(drive sorang2..jauh lak tu)

Jazilussyukr kpd Mudarribeen, Dr. Majdi Ibrahim, Ust Salah dan Ust Ibrahim, atas perahan keringat, membanting tenaga, korbankan masa demi melatih kami semua..Juga kepada Dr. Rahmah yang sentiasa mendoakan.

Thanks to senior2, Kak Ayu, Kak Safira, Kak Janah (walaupun jauh, tapi tetap sudi membantu), Ikhwan dan Salman yang datang jenguk2 ktorang dan bersama-sama kami semua di hari2 terakhir sebelum pertandingan..

Super Duper thanks to my team mates : Kak Ecah, Dik Mah, Bad...atas kepercayaan yang diberikan...atas segala motivasi dan teguran yang membina..dan atas rasa kekeluargaan yang kalian wujudkan dalam team B.. moga akan kekal selamanya..

Special Thanks to rakan2 team A..atas segala bantuan.

Super Special thanks to Yat, Ibu Umair el-Muhajir..even terpisah tapi beliau sangat menyokong especially dari segi emosi..dari mula perandingan sampailah ke hari pusingan akhir..thanks yat..

bersama Ibu Umair el-Muhajir

Last but not least, to amie, zha, n kawan2 lain yang tak putus2 datang support team UIA.. tanpa kalian, siapalah kami..dan to all yang sentiasa mendoakan kejayaan kami...thanks sume

supporters dari UIA