17 Julai hari tu dah berkesempatan register dan terus buat check up di Poliklinik Barakah.
Tempat ini dipilih sebagai tempat bersalin nanti kerana kedudukannya dari rumah dan tempat kerja Abu Zuhayr sangat strategik dan cuma perlu guna lebuh raya KESAS saja untuk ke sana dan ke tempat kerja Abu Zuhayr jugak. Paling penting, Doktor perempuan yang akan sambut kelahiran Zuhayr nanti. Masa dah nak balik, dapat 1 box hadiah. Dalam tu ada car sticker yang bertulis 'mama to be on board', huggies diapers untuk newborn dan kupon untuk shopping di Momscare!
|
| Inilah Pusat Bersalin Barakah. Tempat Zuhayr akan dilahirkan InshaAllah. |
Gift Box yang Ummi dapat lepas check up =)
Zuhayr
Dah berani namakan baby. Sebab masa check up hari tu Doktor cakap tak confirm tapi 99.9% baby ni Zuhayr. Zuhayr memang nama yang akan ada pada semua anak ummi. Nama kedua akan diberikan oleh Abi. Tunggu hari ke-7 Zuhayr lahir nanti ye (InshaAllah)
Scan
Masa scan hari tu, Zuhayr sangat-sangat aktif. Abi dapat tengok macam mana zuhayr bergerak ke sana-sini (Al-maklum, bilik Zuhayr masih besar). Scan yang dibuat bukan sekadar tengok je. Tapi dengan semua detail doktor berikan. Sangat bersyukur. Doktor siap tunjuk mana kaki, peha, tangan dan siap boleh kira jari lagi. (Masa tu Zuhayr tengah buat Thumbs Up!). Sangat terharu dapat tengok zuriat Abi dan Ummi dari dalam perut. Apatah lagi bile dah lahir nanti kan? Moga Allah permudahkan segala urusan. Malangnye, Ummi dan Abi terlupa nak minta print gambar scan especially part Zuhayr buat Thumbs Up tu.
Shopping
Lepas je dapat tahu baby dalam rahim ummi ni Boy, Abi nye dah tak sabar nak beli barangan keperluan baby. Tapi memandangkan masanya belum sampai, Abi dan Ummi hanya dapat grab 3 helai rompers dari kedai F.O.S di Sunway Pyramid. Hanya nak mengelakkan Abi daripada kempunan (^_^). Next time kte shopping betul-betul ye.
Suplemen Tambahan
Masa consult dengan doktor, doktor cakap kandungan Ummi ini semuanya normal. Uri (placenta) pun dah tak 'Low Lying' lagi. Thanks to Tok Ma yang bagi cara alternatif. Doktor suruh terus ambil pil Kalsium walaupun ummi dah ambil Obimin. Sebab Kalsium dalam Obimin tu sikit. Tambah dengan Ummi tak minum susu, jadi kena ambil jugak pil Kalsium. Lagi satu, doktor sarankan Ummi ambil Neurogain PB, suplemen DHA untuk perkembangan otak baby. Brand itu yang dicadangkan kerana salutan kapsul diperbuat daripada tumbuhan. Bukan mana-mana bahagian haiwan. Lepas tu, terus Ummi dan Abi pergi beli dekat farmasi.
Inilah suplemen untuk DHA tu
Abu Zuhayr
Alhamdulillah Abi dah semakin banyak nak belajar tentang Ummi dan Zuhayr, apa perlu dibuat sekarang n masa depan. Abi pun tengah bekerja keras cari sumber pendapatan lebih untuk kegunaan di masa depan nanti. Thanks to Abi sebab bersungguh-sungguh jaga Ummi dan Zuhayr. May Allah rewards you. We love you soo much!

