Mencabar betul Ramadhan kali ini.
Ummi Zuhayr, 24th weeks, depan Chicken Hartz!
Macam-macam perkara yang dirisaukan.
Akhirnya 2 hari puasa tergadai
Dek tekanan darah yang turun dan jangkitan kuman.
1 hari kerja pun tergadai sebab terpaksa MC
Abi Zuhayr, berjubah, sengih sakan (depan lif rumah)
Tapi yang bestnya dapat mengintai si kecil ni lagi
Ahad lepas, bertandang ke Poliklinik Barakah lagi
Untuk leraikan semua persoalan.
Bukan tak boleh tanya yang lebih berpengalaman
Tapi makin ramai yang ditanya
Makin banyak pulak variasi pendapat
Makin hari makin si Ummi ni risau
"Aku ni main puasa je"
"Tak tau pun macam mana keadaan si anak"
Sebelum jumpa doktor
Kena timbang berat dan ukur tekanan darah
Alhamdulillah lepas rehat yang cukup
Tekanan darah kembali normal
Berat je yang naik turun
Mungkin sebab puasa
Kita tengok raya nanti macam mana pulak
Bila masuk jumpa doktor Khairiah
Ceritakan semuanya
Siap bawa semua ubat yang Poliklinik Gomez bagi
Tak makan lagi sebab was-was takut tak elok untuk pregnancy
Doktor cakap 2 daripada 3 jenis ubat tu sangat selamat
Dan memang beliau pun akan bagi ubat yang sama
Kemudian macam biasa, masa untuk mengintai si kecil
Tuan Zuhayr cepat membesar kan?
Terkejut tengok jasad yang dulu keciiiik sangat
Dah mula memenuhi ruang dalam rahim Umminya
Bentuk muka yang dulu hanya bertulang dan kulit
Dah mula menunjukkan ketembamannya
Bila ditegur, terkumat kamit mulut hamba Allah ni
Mungkin marah orang kacau dia tidur
Gaya tangan pula, kalau dulu 'thumbs up'
Sekarang dah macam orang termenung
Tapak kakinya betul-betul kat dinding perut Ummi
Patutlah menendang sakan
Selepas dianalisis
Dari segi ukuran bayi minggu 24++
Perkembangan Tuan Zuhayr sangat normal
Beratnya hampir mencecah 650 gram
Tinggi atau panjangnya hampir 35 cm
Jadi, terbuktilah anak kecil Ummi ni baik-baik saja
Selama 14 hari Ummi berpuasa
Alhamdulillah, hilang semua kerisauan
Sebelum balik doktor tanya ada apa-apa nak tanya tak
Ummi tanya macam mana kita nak tau keadaan puasa yang membahayakan anak dalam kandungan?
Doktor jawab biasanya tak ada apa-apa masalah untuk berpuasa
Sebab walaupun si ibu lapar, bekalan nutrien dah lama terkumpul untuk disalurkan melalui plasenta
Isu baby lapar tu tak jadi masalah
Peti ais untuk die dah ada cukup bekalan pun
Cuma kena amalkan pemakanan seimbang
Tak semestinya kena makan banyak
Tapi air kosong kena minum banyak2
Supaya Ummi tak dehydrate
'Ala kulli Haal, Alhamdulillaah
Terima kasih Allah
2 comments:
salam nailah...seronok baca coretan nailah...saya doakan nailah dan baby sihat ye...insya Allah =) jantina baby dah tahu ke nailah?
dear Shuhada...
Wslm
Terima kasih sudi doakan
Jantina dah tahu
99.9% doktor cakap boy
So nama awalnya Tuan Zuhayr
Nama belakang akan diumumkan hari ke-7 nanti =)
Post a Comment