Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

October 24, 2011

12 working days to go

As-Salam untuk semua

Alhamdulillah 'Maternity Leave' yang dimohon dah di'approved'
Maknanya Ummi Akan mula bercuti secara rasminya pada 12/11/11
Tinggal lagi 12 hari je
Bertahan ye Ummi ^_^

Tuan Zuhayr makin besar
Orang jawa kata He's growing rapidly
Kalau Ummi lumba dengan kura-kura
For sure Kura-kura tu yang menang

Macam inilah agaknya kedudukan Tuan Zuhayr sekarang..


Kadang-kadang tengah berjalan
Ummi boleh terberhenti
Sebab sakit di bawah perut
Rasanya Tuan Zuhayr dah 'parking'
Bersiap sedia nak jumpa Abi dan Ummi

Tidur Ummi pun tak menentu
Nak pusing dari kiri ke kanan
Ya Allah, seksanya, sakitnya
Paling lama boleh tidur pun
Tak lebih 1 jam
Then mesti terjaga
Sama ada untuk ke tandas
Atau mimpi pelik2
Atau tanpa sebab

Natijahnya, tak bermaya bila kat Office
Mengantuk, letih, muka pucat
Banyak kali dah gi basuh muka
Tapi tak jadi gak

Tapi ada lebih kebaikan dari kesusahannya
Boleh lebihkan ibadah, kan?
Alhamdulillah
Semua yang jadi pasti ada hikmahnya

Countdown untuk ke due date
Dah sampai ke nombor 3
Rasa sekejap sangat masa berlalu

Cerita yang best pulak =)
Masa tengok Terengganu VS Selangor
Tuan Zuhayr tendang sekuat-kuat hati
Pastu siap parking tapak kaki lagi
Kalaulah ada marker pen
Mesti Ummi lukis tanda kenangan
Nampak betul bentuk tapak kaki beliau
Tuan Zuhayr memang tahu nak gembirakan Ummi ^_^

Abi, Zuhayr...
Tolong doakan Ummi bertahan lebih sket lagi ye
Penat sangat kat tempat kerja ni
Walaupun duduk depan PC je
Entahlah kenapa Ummi rasakan
Basuh baju, sidai baju, basuh bilik air
Memasak dan semua kerja rumah
Lebih ringan dari keje kat Office ni

Go! Go! Ummu Zuhayr!

p/s: Abi dah setuju nak pergi bercuti sekejap dan di tempat yang dekat2. Tarikhnya belum ditetapkan. Mengikut kekosongan chalet comel tu, time Raya Haji je yang kosongnye =)

2 comments:

FarHa said...

tome to berbabymoon :D

Akk pon, sekrg dah gena 36minggu, sakit seluruh bdn, tiod tak menentu~ Ni duk umah je nih, tak wat keje sgt, memang bwk perut semata2~

Tapi takpe setiap langkah itu pahala :D

Kuatkan semgt~ Rasanya akk dulu bersalin tapi kalo Tuan Zuhayr tu nak kuor awal, ummi Farha nak tgk laa picnyee :D

أم زهير محمد فضلي said...

dear Kak FarHa...

Kalau ikutkan due, memang akak dulu kan? Ok deal! Sape kuar dulu, cpt2 upload pic =)

Tuan Zuhayr tak boleh kuar awal. Sbb kena tunggu Ummi dia beli car seat dulu 19 Nov ni ^_^

Hehe..