Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

November 17, 2011

Dah siap packing!

Hehe memang takde keje kan?

Al-kisah, nak mengelakkan dari makan je tak berhenti, Ummi kena buat sesuatu. Mengemas, siap dah. Masak, pun dah siap. Makan, berkali-kali dah. Risau pulak kalau berat naik mendadak nanti. Mujurlah dah hampir dengan due date.

Contraction masih macam semalam. Kerap dan di tahap 'mild' je sakitnye. Tapi masa tidur sakitnya dah semakin kuat. Bak kata nenek Zuhayr, biasalah anak sulung ni suka main-main. Jadi, Ummi anggap macam main-main je lah. Tapi kalau Tuan Zuhayr dah ready nak jumpa Abi dan Ummi, apa salahnya kan? Ummi tak larat (baca: malas) dah nak catat selang masa contraction. Sebab memang dah sekata. Selang 5-6 minit dan tempoh setiap contraction dalam 1-3 minit. Sampailah ke tengah hari ni. Bila berjalan, terasa perut mengeras, mesti kena berhenti sekejap sebab rasa semua urat dari belakang, pinggang dan bawah abdomen ditarik. Bunyi macam ngeri tapi sebenarnya Ummi belum lagi rasa sakit contraction yang sebenarnya. Rasa sikit-sikit ni pun bolehlah.

Disebabkan tak boleh nak duduk lama di ruang tamu (orang sebelah tengah sakan menebuk dinding--bunyi sangat bising macam nak pecah gegendang telinga), jadi Ummi pun banyak berada di kawasan bilik-bilik. Tak ada benda lain boleh dibuat melainkan packing baju.

Barang untuk dibawa ke hospital dah siap ada dalam kereta since Ahad lepas lagi. Barang yang baru di'packing' ni pulak untuk dibawa balik ke Kedah sepanjang tempoh berpantang nanti. Termasuklah sikit-sikit baju Abi dan barang-barang Tuan Zuhayr yang lain. Jadi, semuanya dah siap tersusun. Tinggal angkat letak dalam boot kereta je.

Niat di hati, nak packing barang untuk berpindah rumah sekali. Alhamdulillah Tok Ndak Tuan Zuhayr dah call semalam bagitau yang rumah untuk disewa dah ada. Boleh pindah masuk bulan depan. Dekat mana? Haa...nanti dah confirm Ummi umumkan ye? Tapi malangnya, takde kotak plus Abi tak bagi buat keje yang berat-berat plus Ummi pun takut terkena selsema yang teruk (selsema dan batuk adalah 2 musibah yang paling patut dielak sebelum masuk labor room--ia akan mengganggu proses bersalin). Jadi, tak terbuatlah. Nak kemas-kemas baju-baju tu bolehlah. Tu pun kena tunggu Abi balik ambilkan beg atas almari (takkan nak panjat sendiri kot kan?)

Hari ni dah Rabu. Esok Khamis, Jumaat dan Sabtu! Ummi tak sabar nak ke Maternity and Children Expo yang pernah Ummi ceritakan di sini. Sebabnya, nak belikan car seat untuk Tuan Zuhayr. Ramai yang cakap car seat tak berapa penting. Tapi hakikatnya, dah ramai anak kecil yang menjadi korban kemalangan disebabkan tak ada car seat kan? Bukti keperluannya lagi, negara-negara Eropah kebanyakannya mewajibkan penggunaan car seat untuk baby. Bagi Ummi pulak, keperluan untuk sediakan car seat ni sebab kemungkinan besar Ummi dan Abi akan balik ke Kedah tanpa ditemani sesiapa 2 atau 3 hari selepas discharge dari wad nanti. Keadaan Ummi masa tu pun masih belum stabil. Susah kalau nak pegang Tuan Zuhayr 5 jam non-stop. Kalau Ummi tertidur, lagilah bahaya kan? So, ini bukan soal nak berlagak kaya. Tapi soal "Al-Wiqaayah Khairun min Al-'Ilaajah" (Prevention is better than cure).

Apapun, selagi tak susahkan sesiapa, Ummi dan Abi akan usaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik kepada Tuan Zuhayr.

Sekarang dah jadi makin tak sabar pulak nak sambut anak. Sebelum ni takut lebih dari teruja. Sekarang ni teruja dah cover semuanya. No more takut-takut!

Moga dipermudahkan segala urusan, Ameen.

.....................................................

No comments: