Dah lama simpan post ni dalam draf. Hari ni nak publish jugak.
Hari Khamis lepas (8/3/12) adalah hari untuk Tuan Zuhayr menjalani MRI. Sehari sebelum tu memang Ummi dah tak tenang memikirkan takut2 MRI tu menyakitkan Tuan Zuhayr. Kebetulan malam tu pulak Tuan Zuhayr merengek menangis tak tido2. Lagila Ummi bertambah risau.
Akibat semalaman Tuan Zuhayr tak tidur, maka Ummi dan Abi jadi 'lalok' keesokan paginya. Tuan Zuhayr pulak sedap je tidur. Last2 disebabkan Abi tak tahan mengantuk n Tuan Zuhayr dah lena, Ummi amik alih tugas Abi untuk drive ke HTAR Klang. Jauh jugak perjalanan dari Sri Damansara ni nak ke Klang.
Sampai je kat HTAR terus ke bahagian pediatrik. Lepas dah setel register, akak nurse panggil untuk terangkan prosedur. Sebut pasal amik kiraan berat n kena makan ubat tidur, Ummi ok lagi. Tapi bila sebut je Tuan Zuhayr bakal dicucuk untuk drip, Ummi tersentak. Air mata dah bergenang. Ummi takleh bayangkan tangan kecil anak Ummi ni bakal dicucuk jarum. Then terus Ummi hubungi sahabat Ummi untuk mintak kepastian. Lepas dah dapat kepastian, Ummi redha. Ummi mintak Abi pesan suh Tuan Zuhayr tabah.
Lepas dah amik kiraan berat, panjang dan ukur lilit kepala, Tuan Zuhayr dipanggil ke bilik 34 untuk proses cucuk mencucuk dan amik ubat tidur. Lepas dah letak Tuan Zuhayr atas katil, Doktor mintak Ummi keluar. Ummi duduk jauh dari bilik tu. Tak sanggup dengar Tuan Zuhayr menjerit kesakitan. Walaupun Ummi tahu anak Ummi ni pejuang tegar, tapi hati ibu manalah yang sanggup dengar anak merintih kesakitan dan tak boleh buat pape pulak tu. Betul kan ibu-ibu semua?
Lepas dah setel, Ummi dengar sekumpulan doktor n nurse tu gelak. Rupanya selesai je cucuk n Tuan Zuhayr dah berhenti nangis, boleh pulak beliau senyum kat doktor2 tu. Tuan Zuhayr memang kuat!
Sakitnye tgk darah tu kuar..huhu. |
Kemudian kami diarahkan untuk ke MRI suite yang terletak di bangunan utama HTAR. Sampai je sana, dapat turn ke3 lepas sorang girl umo 12thn dgn sorang lagi umo dalam 4 thn kot. Doktor tak bagi makan ubat tidur lagi. Masa ni dalam pukul 12 tgh hari.
MRI Suite HTAR, Klang. |
Tunggu punya tunggu setel la yang budak 12 thn tu. Then yang 4 thn tu masuk. Lama sikit lepas tu doktor dah suruh bagi ubat tido kat Tuan Zuhayr. Tujuannya tak nak bagi baby bergerak. Lepas bagi, Tuan Zuhayr yang memang dah mengantuk tu pun tidur.
Bila dah sampai turn Tuan Zuhayr, dalam pukul 2.30pm, Ummi dibenarkan masuk skali untuk teman. Ummi letak Tuan Zuhayr atas mesin tu then tepuk2 sampai beliau tidur balik. Ummi disuruh pakai headfon yang besaaar sangat. Time tu Ummi pelik napela kena pakai headfon sebesar tu. Lepas dah ready, bilik ujian dikosongkan, Ummi duduk kat kaki mesin tu, imbasan pun dimulakan. Bunyinye ya Allaah..kuat betul. Baru dua kali 'teet' Tuan Zuhayr dah terkejut lalu menangis semahu mahunya. Ubat tidur tu tak berkesan!
Percubaan kali kedua pula, Ummi minta Abi masuk. Kot2 lah Tuan Zuhayr boleh tenang rasa aura Abi. Lama Ummi tunggu kat luar. Lepas 15 minit Ummi tanya sorang petugas tu: "Dik, anak akak ok ke? Tak keluar ni maknanya dia tak jaga la kan?" Petugas tu jawab: "Stakat ni ok kak". Lega hati Ummi. Tak sampai 2 minit, Ummi rasa Zuhayr dah jaga. Betul cakap Ummi. Ummi dipanggil masuk untuk tenangkan Zuhayr tapi takleh angkat beliau dari tray MRI tu. Bersungguh-sungguh Zuhayr nangis. Suara dah serak. Sayu hati Ummi. Dah lama sangat takleh stop, Dr. suh angkat Zuhayr. Kali ni Dr. cakap dah contact paed untuk masukkan sedatif dalam drip di tangan Zuhayr. So, turn Zuhayr digantikan dengan sorang abang OKU tu. Lama lagilah nak kena tunggu.
Dalam 3pm, paed sampai bawak ubat. Zuhayr dipanggil masuk buat kali ketiga. Lepas dah siap baringkan Zuhayr di tray MRI, Dr. masukkan sedatif. Ummi nampak muka Zuhayr berkerut tahan sakit ubat tu masuk. Kita yang besar pun leh rasa sengal2 bila ubat dimasukkan dalam drip, apa lagilah si kecil yang tak faham pape tu.
Alhamdulillah, kali ni berjalan dengan lancar. Ummi sampai tersengguk-sengguk tertidur tunggu proses MRI selesai. Macam2 pattern bunyi yang kuar dari mesin. Kaki Zuhayr terangkat-angkat. Setiap kali terangkat mesti Ummi gi jenguk. Mujurlah Zuhayr tak bangun.
Lepas dah siap, kami diarahkan ke klinik pediatrik skali lagi utk buka drip dan dapatkan tarikh next appoinment. Lepas drip dah dibuka, Doktor tak bagi Zuhayr balik lagi sebab dah makan ubat tidur + dimasukkan sedatif. Doktor nak monitor sampai Zuhayr sedar betul-betul. Mujurlah diberikan bilik. Bolehlah Ummi salin2 pampers yang diperap lama tu.
Siap semua dalam jam 3.45pm. Doktor suh tunggu sampai 5pm atau bila Zuhayr dah betul segar. Ummi macam dah stress nak kena tunggu sejam lebih lagi. (ari kul 10am tau kami mundar mandir di HTAR tu!) Tapi sebaik saja Ummi letak Zuhayr atas katil wad, matanya terus celik. Bak kata Abi, LUAS BANO! Tapi mcm pening2 lembik2 lagilah. Lepas dah salin pampers n baju sambil sembang-sembang bagi Zuhayr sedar, dalam 4pm lebih Ummi dan Abi bawak Zuhayr jupe nurse. Ummi cakap Zuhayr dah sedar n segar. Nurse tu cakap, "haa, tak sabar nak baliklah tu." Lepas refer doktor, doktor benarkan kami balik. Cuma nurse doktor pesan jangan susukan Zuhayr kalau matanya tertutup. Bagi beliau sedar betul2 baru susukan. Takut Zuhayr tersedak.
Dalam wad lepas Zuhayr dah segar bugar.
Kesian anak Ummi. Macam-macam harus dilalui di usia semuda ni.
Tuan Zuhayr kuat, inshaa Allaah!
Panjangnye Ummi taip. Itulah cerita Tuan Zuhayr di MRI Suite HTAR, Klang. Keputusannya bakal dapat esok, 20/03/2012. So, buat mereka yang sayangkan Zuhayr, please pray for our little fighter ya? Sebolehnya tak nak ada apa-apa masalah. If ditakdirkan ada, harap sangat tak kritikal.
Please sahabat-sahabat, tolong doakan kami.
Hanya kepada Allah kita minta pertolongan....
2 comments:
sedihnyaaa mamakini baca -_-
syamil yang demam kuning masa baru lahir dulu tu pun, umi dia dah nangis semahunya tiap-tiap pagi masa kena amek darah. sungguh perit hati ibu kan.
zuhayr kuat dan akan terus kuat! demi ummi dan abi yg tabah :)))
~salam sayang ^^
~candlesky~
sedih kan?
Zuhayr mmg sgt kuat..
thanks mama kini ^_^
Post a Comment