Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

July 24, 2012

How I Love Ramadhaan I

Salaamullaahi 'Alaykum

Tak terlambat lagi rasanya untuk ucapkan Ramadhaan Kareem.
Selamat berpesta ibadah
Selamat menjalani kursus koreksi diri dalam madrasah Ramadhaan

Rasulullah SAW pernah bersabda dan sabda baginda ini agak ma'rouf (terkenal) di kalangan kita semua.
Bunyinya begini:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Man qaama Ramadhaana eemaanan wahtisaaban 
ghufira lahu maa taqaddama min dzanbihi


Mafhumnya (ini mengikut syarah dalam kitab Fathul Bari) pula begini:
Barangsiapa yang mengerjakan Qiyaamullail (Imam Nawawi dan lain-lain kata Solat Taraaweeh) di bulan Ramadhan dengan sepenuh keimanan dan kepercayaan bahawa bulan ini banyak fadhilatnya dan dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata, akan diampunkan dosa-dosanya yang lampau. Majoriti Fuqaha' berpendapat dosa-dosa yang dimaksudkan adalah dosa-dosa kecil. Ada juga sebahagian Fuqaha' berpendapat dosa yang besar turut diringankan.

Ummi jumpa hadis ni ada dalam sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Allaahu Akram!
Apalah lagi nikmat yang kita dambakan daripada Allah SWT setelah Allah kurniakan kita bulan sejuta barakah ini?

Oh, how I love Ramadhaan ^_^

Selamat berpuasa semua! Zuhayr tak boleh puasa lagi
sebab zuhayr kena naikkan berat badan dulu.


Sebenarnya Ummi berusaha nak koreksi diri.
Daripada yang buruk kepada yang elok.
Daripada yang elok kepada yang lebih elok.

Malngnya (malang ke?), di awal Ramadhan ni, Ummi terpaksa hadapi ujian yang sangat-sangat berat.
Semalam memang Ummi rasa malang. Tapi pagi ni Allaah dah 'cerah'kan hati Ummi yang gelap gelita dan Ummi dan nampak hikmahnya. Alhamdulillaah, how I love Ramadhaan.

Mudah-mudahan Ummi boleh terus menikmati barakah Ramadhaan kali ini. Bersama Abu Zuhayr dan of course, Tuan Zuhayr. Ummi nak jadi Ummi yang kuat. Ummi juga nak Abu Zuhayr jadi Abi yang kuat. Tuan Zuhayr pun kena jadi anak yang kuat. Kuat iman, kuat sabar, kuat fizikal dan kuat mental. Pendek kata, kuat semualah ^_^

Moga kita semua beroleh petunjukNya. Ameen.

2 comments:

~candlesky~ said...

yeay! mari bersama-sama jadi kuat!! :))

p/s: tertarik ngan kerusi hayr. nak pinjam leh? *muka kesian*

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

dear ~candlesky~

yay!

Hayr cakap tak boleh! Tak muat katanya. (muka cakap kat orang padan muka) huhu