Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

November 8, 2012

Please strengthen my heart

Salam..

Rentetan post sebelum ini dan kebetulan ter'tonton' Wanita Hari Ini bertajuk 'bayi lemas dalam kandungan' kelmarin, aku rasa tergerak hati nak teruskan cari maklumat tentang masalah kesihatan zuhayr. Alhamdulillah, melalui blog super mama yang jadi tetamu WHI tu, aku terjumpa satu komuniti yang saling menyokong ibu bapa yang dianugerahkan anak istimewa. MyCP merupakan nama group tu. Dan dari blog supermama ni jugak aku temui beberapa lagi supermamas yang tak jemu-jemu berjuang demi masa depan anak mereka yang sangat istimewa.

Semakin aku korek, semakin menebal rasa bersalah. Ada supermama yang sanggup berhabis ribuan ringgit mencari alternatif dan pelbagai terapi demi anak tercinta. Ada juga yang suaminya membanting tulang cuba bina sendiri peralatan terapi yang harganya mencecah ribuan ringgit di pasaran.

Malam ini aku menangis semahu-mahunya. No, bukan sebab aku tak boleh terima hakikat. Tapi sebab nak dibandingkan dengan usaha-usaha supermamas tu, i did nothing for zuhayr! Cuma mengharapkan sesi terapi 2 kali sebulan di Institut paediatrik HKL tu semata-mata.

Ya Allah, maafkan ummi sayang. Ummi betul-betul tak tahu apa yang sepatutnya ummi lakukan. Rata-rata orang cakap kamu anak yang normal. Tak perlu dirawat. Tapi ummi tahu, jauh di lubuk hati ummi, ummi tahu ada something wrong pada pergerakan motor kamu. Bukan ummi mendoakan yang buruk untuk kamu. Tapi kita semua mesti terima hakikat ini. Ya Allah, please make them understand.

Sekarang ni, ummi buntu sangat. Kerja di ofis banyak. Kadang-kadang menuntut ummi bekerja di hari minggu. Kalau berhenti, gaji abi seorang takkan cukup untuk sara keperluan keluarga kita seharian. Nak hantar kamu ke pusat terapi swasta, nak korek biaya dari mana sayang? Ummi dah belajar langkah2 terapi untuk kamu. Tapi cukupkah sekadar sehari seminggu dan most of the time, kamu tak berikan kerjasama. Menangis semahu-mahunya sampai ummi tak sanggup nak teruskan sesi.

Ya Allah, kau pernah kurniakan kepadaku jiwa yang kental. Tapi adakah kini Engkau dah ambil semula nikmat pinjaman itu? HambaMu ini sangat perlukannya.

Sebak sangat. Tak dapat terus menulis.
Andai kamu faham........

Gambar terbaru Tuan Zuhayr Al-Mundzir

5 comments:

kinakona said...

Subhanallah.. kak,sy tahu akak kuat. akak ummi yg luar biasa sebab tu Allah beri akak anak yg sgt istimewa. insyaallah,byk2 doa dan tawakkal,Allah akan tunjukkan jalan klua. menangislah kalau itu yg bole buat akak sedar dan kembali bangkit. insyaallah semua doakan akak.. :)

Unknown said...

Allahh....sayu hati kakha, nael kuat, Allah tahu nael kuat...Sbb tu allah bg Zuhyr yg istimewa...

tak tahu nak cakap apa, sebak baca entry ni~

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

dear ank_ayah,

thanks.. doakan ye.

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

Kak Ha,

Ye kak, Allah takkan berikan ujian pada kita kalau kita tak mampu.

Doakan saya :)

~candlesky~ said...

T.T

nael..