Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>
Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

December 21, 2012

Zuhayr @ 1 Year

Zuhayr dah pun berumur setahun lebih. Alhamdulillah, zuhayr membesar dengan sihat tanpa banyak masalah kesihatan. Phlegm, selsema, kembung perut (unpleasant tummy) ada la jugak sekali sekala menempek kat zuhayr. Biasalah, budak nak develop immune. Masalah sukar tidur berkurangan. Takdela kurang sangat. Tapi taklah setiap hari mood susah tido dia datang.

Perkembangan fizikal pula, sampai sekarang ni dah tak ada leg crossing. Leg crossing ni tak bagus. Sebab boleh dislocate tulang peha n pinggul. Thanks to babywearing. Lepas belajar DIY sling pakai shawl, Ummi rajin 'pakai' zuhayr. Bila kena pakai, automatik kaki zuhayr akan terkangkang seterusnya dapat kurangkan tabiat suka leg crossing.


Next, setelah beberapa sesi fisioterapi, banyak perubahan besar dan kecil yang ummi nampak pada zuhayr. Contohnya, dah tak menangis lagi kalau meniarap. Sebelum ni, kalau pusing je terus menjerit. Mungkin susah untuk zuhayr support berat badang guna tummy. Sekarang dah boleh tergelak-gelak lagi. Dah pandai rehatkan kepala kalau penat. Lagi best, dah berjaya menyusur dengan lajunya seperti dalam Video di atas. Seronok berlumba dengan Pak Su Haziq dia.

Kalau 3 bulan lepas doktor cakap perkembangan ukur lilit kepala zuhayr tak normal. Alhmdulillah terbaru, ukur lilit kepala Zuhayr dah normal. Kalau dalam graf, titik ukur lilit kepala Zuhayr duk kat tengah-tengah. Tinggi pun normal. Cuma berat yang tak normal2. Walaupun Zuhayr sangat bernafsu makan (10oz nasi sehari ok..) Tapi berat badannya susah naik. Doktor cakap sebab tak cukup calorie intake (sebab kalori dalam isomil tak cukup) dengan kurang tidur. Masalah kurang tidur memang diorang susah nak tolong. Tapi bab calorie diorang boleh tolong. So, 17 january nanti zuhayr kena jumpa nutritionist untuk bincang jadual pemakanan dan analyze kenapa susah sangat berat si kecik ni nak naik.

'Ala kulli haal, alhamdulillah, Alhamdulillah. Sebenarnya, ummi agak bangga (ummi ada hak nak berbangga sikit, kan?) sebab tak pernah sehabuk nestum pun masuk ke perut anak ummi. Bukan apa, disebabkan gagal fully BF sampai umur 2 tahun, Ummi bertekad, nak berjuang on this food matter pulak. Ummi always thanks myself sebab masih pertahankan kerajinan masak setiap hari. (hilangla sikit rasa penat bila say thanks kepada diri sendiri) Ummi sangat salute kepada ibu-ibu yang berjuang habis-habisan demi memastikan yang terbaik masuk ke perut anak-anak yang seterusnya akan menjadi darah daging mereka. You are what you eat. Tapi buat mereka yang kurang berjaya, tak mengapa. Bukanlah satu dosa kalau nestum tu masuk ke perut anak-anak. Boleh cuba lagi untuk sentiasa prepare home made food yang penuh dengan khasiat untuk anak-anak. Semua parents tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak, kan? So, NO processed food. Always give natural and fresh food.

Ok, next time, next entry, kalau rajin, ummi akan kongsi resepi2 makanan yang pernah ummi masakkan untuk zuhayr.

Jumpa lagi.

Wassalam :)

December 19, 2012

A year of....

Alhamdulillah..dah setahun pun umur Tuan Zuhayr. (sebenarnya dah 1 tahun 3 minggu) Banyak yang ummi belajar sepanjang setahun membesarkan zuhayr. Bukan ummi saja. Seluruh keluarga pun rasa macam tu. Nak tahu betapa istimewanya Tuan Zuhayr? Seluruh keluarga ummi bernazar macam-macam untuk Tuan Zuhayr. Alhamdulillah semuanya dah dilunaskan kecuali nazar Ummi dan Abi. Kena ambil masa sikit.

Di usia setahun, saat anak-anak tipikal lain dah mula mengenal ABC, 123. Dah mula mengatur perkataan dan ayat. Dah mula bertatih, belajar berjalan. Tuan Zuhayr belum lagi berjaya lakukan semua itu. Tak apa. Masih banyak lagi masa untuk kamu berusaha. Ummi dan Abi takkan berhenti berusaha 'pulih'kan kamu.

Apapun, bukannya Tuan Zuhayr tak 'berkembang' langsung. Banyak perkembangan menakjubkan yang ummi perhatikan sejak kamu lahir. Contohnya, sekarang Tuan Zuhayr dah makin sensitif. Sangat susah berenggang dengan ummi. Ada masa, dengan Abi pun dia tak nak. Padahal Ummi lagi garang daripada Abi. Selain tu, Ummi perasan sejak kebelakangan ni banyak suku kata yang zuhayr sebut. "Hemma" untuk Ummi agaknya. "Hebba" untuk Abi kot. Hehe. Ummi main teka je. Ummi pulak dah pandai bezakan tangisan zuhayr. Nangis mengada-ada, nangis lapar n nangis sakit. Lama betul ummi amik masa nak faham. 

Lagi-lagi perkembangan, sekarang ni zuhayr pantang tengok Ummi bertudung. Terus 'menyanyi' mintak dukung. Then kalau ada orang berdiri dekat pintu, daripada nak melekat je dgn ummi, terus berubah fikiran nak ikut orang tu. Suka berjalan budak kecik ni.


Hadiah besday dari Ummi :)

Jauh dalam hati ummi, walaupun zuhayr didiagnosis dengan EVOLVING CEREBRAL PALSY, ummi yakin, banyak perkara yang zuhayr boleh capai sepanjang hidupnya. In syaa Allaah.


He''s a big boy now :)

Setahun yang penuh dengan suka duka, tangisan dan ketawa. Moga setiap detik yang berlalu dapat kita manfaatkan bersama.

Tuan Zuhayr Al-Mundzir, permata hati Abi dan Ummi. Semoga terus diberikan kekuatan untuk terus berjuang. Ameen.

Happy 1st Birthday!

From Ummi :)

July 8, 2011

Be safe dear..

6/7/2011
Hari untuk check up ke-4
Berseorangan sebab Abu Zuhayr dah kehabisan cuti

Buku merah ni dah hampir lunyai gara-gara air tumpah hari tu

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar
Berat dah naik 1.1kg (sepatutnya 2kg setiap bulan)
Tapi dah naik tu, bersyukur sangat

Nurse cakap Tuan Z****** aktif sangat
Nak ambil bacaan heart beat pun susah
Nurse cakap: Mentang-mentang la bilik die besar lagi

Perasaan setakat ni
Tak boleh nak digambarkan
Sangat-sangat tak sabar nak dukung baby yang dikandung sendiri
Selama ni asyik pegang anak orang je

Semalam join kutu Breastpump FS
Alhamdulillah jupe group tu
Takdelah nak kena pening kepala nak list bajet
untuk beli barang2 baby
(Breast pump antara barang keperluan yang mahal)
Lepas ni boleh fikir untuk beli barang2 lain pulak

Ummi dan Abi Zuhayr (5 months pregnant) Abi nye pun sama naik kan?

Rancang dengan Abi nye, tengok bulan puasa nanti
Mesti banyak promosi sana promosi sini
Plus Ummi nye kena banyak berjalan bila dah masuk 7th month
Moga Allah permudahkan semuanya

Minggu lepas dapat jupe kawan-kawan se'U'
Dapat lepas rindu
Masing2 pun suruh letak nama diorang kat baby
Hai laa...panjangla nama baby nanti

Banyak dah merepek guna tangan ni
Tapi dalam hati ni
Tak tau macam mana nak gambarkan rasa syukur pada Pencipta kita
Atas segala kurniaan yang diberi
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Lepas satu, satu rezeki datang (Alhamdulillah)
Moga dalam rezeki ini ada keberkatanNya

Buat baby kesayangan Abi dan Ummi
Be safe ye sayang

April 6, 2010

kala resah

di kala kamu resah
kembalilah

di kala kamu resah
jangan punah

di kala kamu resah
bertaubatlah
bermunajatlah


April 3, 2010

Dearie Brother..

Salam...

My dearie 'macho' lil Brother, Abu Hanifah..
Your only sister here is missing you sooo much!

Your silly jokes,
Your smile,
Your lough,
Your temper,
Your patience
Your 'always cool n steady' act...

When there's no one understand me, you would
When there's no shoulder to lean to, you would offer yours

[sigh**]

o' Allah..
please..protect my dearie brother
where ever he might be
please grant him the best
[ameen..]
Thank you Allah



** abu, belikan angah souvenir dari Korea ye!!

Luv, Angah ^_^

December 11, 2009

kepada dia

dikala diri perlukan sokongan
dikau pergi

tatkala hati meruntun kemaafan
dikau tegar pergi

kala jiwa sudah meyakini
dikau bukan dikau lagi

tika hidupku buntu
dikau tiada lagi


*hold on Allah..He will never leave you
just reach into your heart and Allah will always there*

innocent

salam semua




nama saya Taqwa binti Muhammad
saya adik baru kak umi zuhayr
saya janji nak jadi adik yang terbaik buat kak umi zuhayr

innocent je muka Taqwa kan
Moga Taqwa bakal jadi anak umi baba yang bertaqwa

*terasa nak kembali ke zaman innocent mcm dulu2*

August 20, 2009

Warkah Buat Mama..



Hadirku pengubat laramu
Di kala dikau menantikan lahirnya sekuntum bunga

Mentarbiyahkanku ujian besar buatmu
Mengenalkan ku pahit getir mehnah dunia cabaran besar bagimu

Kasih yang kau hamparkan
Tidak akan ada tepinya

Mama,
Ampunkanlah dosa-dosaku
Andai kata-kataku pernah mengguris hatimu
Andai mimik mukaku bisa mencalar jiwamu yang tulus
Andai perbuatanku mengalirkan air matamu
Sedari kecilku hingga ke helaan nafasku saat ini

Seandainya dapat ku luahkan
Engkaulah wanita terulung dalam hidupku

"Angah sayang mama"

Syukur Nikmat



"Alhamdulillah Syukur Nikmat
Kepada Tuhan yang memberi Rahmat"

Bait yang terkenal di kalangan kita kan?

Sekitar 5 hari bebas dalam penjara (dalam erti kata lain - kuarantin)

Satu perkara sangat2 disedari

Ingat 5 sebelum 5

Sihatmu sebelum datang sakitmu

Jagalah kesihatan demi mereka yang menyayangi kamu

Jika terasa tiada sesiapa menyayangi

Lakukanlah demi menjaga Amanah dari Ilahi

nota : Syukur Alhamdulillah cuma demam biasa berpunca dari pembengkakan tonsil walaupun mencapai tahap yang membimbangkan. Alhamdulillah..

August 19, 2009

Bawa Diri?



Salam 1 Malaysia (ape tu?? heh terpengaruh dengan berita tv1)

ummuzuhayr.blogspot.com dah berwajah baru. Ape komen sedare sedari?

Sedikit sebanyak corat coret sepanjang ketidakupdatean blog ni.

"Bukan senang nak puaskan hati semua orang..biasalah tu"
"Bukan semua yg lain faham kita"

kadang2 rasa pelik
Even if kte sorang je yg tak berkenan dengan seseorang itu
Perlukah uar-uarkan bahawa satu batalion menentang org tu?

Buat mereka yang dianggap sebagai keluarga
Buat mereka yang menjadi tempat rujukan di kala akal dambakan jawapan
Buat mereka yang dijadikan tempat berpaut kala jiwa dilanda keresahan
adik2, kakak2, teman2
Perjuangan harus diteruskan

Jasa kalian tak akan dilupakan
Selagi hayat dikandung Badan

"Airmata yang tertahan waktu untuk dijatuhkan"

monolog : mesti ke dalam sesebuah kehidupan, setelah warna baru ditemui, warna yang lain perlu dilepaskan? xleh ke simpan semua warna itu?

ku bawa diri... (tiba2 je??)

May 18, 2009

me & kids









Kids is my world..
I found peace in them..
Whenever i'm in grief, they enlighten me..

I love Kids..
Every child is special..
n of course..they are very cute!!

May 17, 2009

Selamat..



Mama..
Selamat Hari Ibu..
Selamat Hari Guru..
Selamat Hari Pekerja..

Selamat Semuanya..

Buat Ummi, Ibu, mama2 sekalian..Selamat Hari Ibu..

March 28, 2009

Berjalanlah tanpa henti...

Apa pun yang terjadi...
Berjalanlah tanpa henti...
Air mata yg tertahan...
Waktu utk dijatuhkan...

Bermakna btul bait2 ini buat diri umm zuhayr..
Tabahkan hatimu..tegarkan imanmu...

Bergantunglah pdNya selalu...stiap detik..tanpa henti...
Kamu akan berbahagia...

Setiap yang terjadi punya hikmahnya...
Tersurat atau tersirat...
Itulah KebesaranNya...

Buat diri yang lemah...
Teruskan hidupmu...
Banyak perkara lagi yg menantimu di sana...

(pesanan utk umm zuhayr n sesiapa sahaja yang sedang dibelenggu keluh kesah...)