Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

December 26, 2012

Budak Bertuah!

Ape punya tajukla pulak kali ni kan.. Nak dijadikan cerita, cukup seminggu perangai lama si kecik ni datang balik. Perangai apa?

Al-Kisah, Tuan Zuhayr ni memang kuaaat sangat menangis. Maklumlah, masa lahir dia tak menangis langsung. Abi Ummi sibuk sangat suruh menangis. Lepas da discaj dari NICU, seminggu pertama kat rumah, dia ter'sangat'lah good boy. Tidur je seharian. Macam baby tipikal lain. Tapi start dari minggu kedua sampailah 4 bulan lebih, zuhayr jadi susah sgt nak tido. Menangis je keje. Dah macam-macam kaedah digunakan nak ubat dia. Berat ummi turun sampai 20kg ok!

Setelah research dibuat, tanya sana sini, rupanya memang ada HIE baby yang ada sleep disoder. And zuhayr is one of them! ^_^ Pasti ada hikmahnya.

Pengalaman? Hmm, mula-mula dulu memang stres. Bukan saja dugaan tak cukup tido. Ditambah pulak dengan menangis semahu-mahunya. Memang mencabar. Pernah menangis kepenatan dan hadapi simptom post partum depression. Namun, Maha Benar firman Allah, bahawa Dia takkan timpakan ujian, cabaran melainkan Maha Tahu kemampuan seseorang hambaNya. Alhamdulillah, semakin lama Abi dan Ummi dah boleh handle macam2 situation pelik Tuan Zuhayr.

Ummi 'pakai' zuhayr di karnival Demi Palestin


Nak dijadikan cerita, sepanjang minggu lepas, perangai itu datang lagi. Disebabkan dah lama sangat zuhayr tak berperangai macam tu, Ummi macam terkejut. Susah nak tune balik otak ni jadi macam otak era 4 bulan pertama zuhayr. Haha macam ape je. Ramai sahabat2 beri macam2 pandangan. Memang ada benarnya. Tapi untuk zuhayr, boleh jadi banyak sebab yang buatkan dia menangis tak tentu pasal. Antaranya termasuklah sebab muscle spasm. Sebab zuhayr dikategorikan sebagai stiff. Bahasa melayunya-otot tegang.

'Ala kulli haal, Alhamdulillaah. Keadaan dah tenang. Walaupun ada lagi masa2 Tuan Zuhayr menangis tak tentu arah, tapi dah berkurang. Oh ya, apa kaitan post ni dengan tajuknya? Hehe. Sepanjang minggu ke'tantrum'an zuhayr terserlah tu, ummi sampai panggil zuhayr budak bertuah. Geram agaknya. Itu je la. Heee..

Semoga dugaan, ujian dan cabaran yang Allah sediakan buat ummi sekeluarga dapat mematangkan kami. Dan lebih istimewa, semoga semua itu menjadi kaffarah dosa kami.

Sekian dulu untuk kali ini.
Wassalam.

1 comment:

neni izazi said...

datang melawat blog sis lepas tengok komen kat blog DR. anak saya pun mcm Zuhayr jgk, xmenangis lepas lahir. lepas dah masuk 14 hari nangis teruk. sampai la umur 8 bulan baru la reda sikit. xtido malam dan betul2 mencabar. saya faham perasaaan sis kalau bab2 ni. ada cara nak kurangkan tangisan dia x?