Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>
Showing posts with label Catatan Ummi. Show all posts
Showing posts with label Catatan Ummi. Show all posts

July 28, 2013

20 bulan

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak update blog.
Terlalu banyak yang nak diabadikan di sini.

Alhamdulillah, zuhayr dah cukup 20 bulan.
20 bulan yang penuh suka duka.
20 bulan yang penuh cabaran.
20 bulan yang penuh pengajaran.
20 bulan yang tidak ternilai harganya.

Setiap anak adalah istimewa.
Lebih-lebih lagi anak yang memang istimewa.
Anak istimewa buatkan ibu,ayah dan keluarga yang menyokong turut jadi istimewa.
Segala-galanya yang berkaitan dengan Zuhayr memang sangat istimewa.

Bukan saya seorang yang rasakan tempias keistimewaan anak ini.
Malah orang sekelilingnya turut rasakannya.
Saban hari tok wan Zuhayr telefon bertanyakan khabar anak ini. Setiap kali itu jugak tok wan cakap, hari-hari tok wan bertahajud minta yang terbaik untuk zuhayr.
Itu antara contohnya.

Selain itu jugak, tempias keistimewaan turut dirasakan dari segi persepsi masing-masing terhadap anak-anak syurga. Kalau sebelum ni, kami cuma ambil tahu dan suarakan simpati, tapi sekarang, kami peluk cium anak-anak istimewa yang senasib dengan zuhayr. Tak segan berkongsi apa yang kami miliki. Terasa ikatan yang sangat kuat di antara kami.

Alhamdulillah, syukur tak terhingga di atas nikmat kurniaan-Mu. Semoga nikmat ini terus menjadi wasilah tarbiyah buat kami.

Buat Along Zuhayr,
Ummi, adik dan Abi terlalu sayangkan kamu. Bawalah kami semua ke syurga mengiringi kamu ye sayang.

Tulus ikhlas dari hati,
Umm Zuhayr

March 10, 2013

Kekuatanku

My powerful smile ^_^

Di kala diri hampir mengalah
Wajah inilah yang bangkitkan semangat
Di saat diri rasa seperti bersendirian
Senyumannya setia menemani

Kamulah sumber kekuatan Ummi




I looked into Ummi's eyes and said, never ever give up, Ummi. I'll always be with u :)

November 15, 2012

It's a Ni'mah!

Apapun yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

Apapun perancangan atau jangkaan kita, jangan sesekali nafikan, Allah sehebat-hebat pengatur rencana.

Perkara yang buruk akan bertukar menjadi sesuatu yang indah jika kita terima atau hadapinya dengan redha dan ikhlas. Kelak kita akan sedar bahawa ia sebenarnya merupakan satu nikmat.

Life is a test and Jannah is our goal.

Doakan mucus jahat yang datang duduk dalam salur nafas zuhayr pergi cepat2.