Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

August 3, 2011

Setelah 2 hari...

Alhamdulillah dah berakhir 2 hari di bulan Ramadhan 1432H.




Alhamdulillah juga kerana dapat lalui cabaran berpuasa semasa mengandung & bekerja sepenuh masa dengan baik walaupun banyak sangat kebimbangan yang timbul dek si kecil dalam rahim ni tak senang duduk. Sebelum start puasa, takdelah Tuan Zuhayr ni menendang, berpusing, menumbuk sekuat hati dan terlalu kerap. Tapi sejak mula puasa, dari seawal 8am Tuan Zuhayr mula main wrestling dalam rahim Ummi sampailah nak dekat berbuka baru reda sikit. Rusuk Ummi dah rasa sengal-sengal. Tapi mungkin juga sebab Tuan Zuhayr tengah membesar kan?

Ummi memanglah seronok dapat rasa si anak aktif. Tapi dalam masa yang sama bimbang, "ish, anak aku ni lapar ke? Tak selesa ke? Aktif or meronta-ronta sakit or lapar? (nauzubillahi min zaalik)". Setakat ni, puasa masih lagi diteruskan setelah tanya pendapat mereka yang lebih pakar (siapa lagi kalau bukan Tok Umi Zuhayr). Abi Zuhayr pun terus sokong Ummi untuk teruskan puasa. Abi la yang selalu tenangkan Ummi kalau Ummi duk risau. Tuan Zuhayr gerak banyak n kuat Ummi risau. Tuan Zuhayr tak gerak langsung pun Ummi risau. Yelah, Ummi mana tak sayangkan anaknya kan?

Tak lupa juga untuk sahabat-sahabat yang banyak bagi tips untuk pastikan nutrien sepanjang puasa ni cukup especially untuk Tuan Zuhayr. Terima kasih banyak-banyak untuk khalah Balqis n mak cik Imah. Semalam dekat pasar Abi dan Ummi dah borong buah mangga, epal n oren untuk dibuat jus. Sebolehnya Ummi nak cuba campurkan dengan susu segar. Sayuran yang kaya dengan nutrien macam Broccoli, kacang peas, cendawan n tempe pun Ummi borong jugak untuk bekalan seminggu ni. Sumber nutrien tambahan yang Abi beli, DURIAN! Walaupun Ummi yang 'hantu durian' ni teringin sangat nak makan, tapi Ummi lebih pentingkan keadaan Tuan Zuhayr. Dahlah tak boleh nak makan sebab puasa, panas pulak sebab makan durian (hehe).

Di ofis, kerja makin bertambah. Maklumlah jadual siaran TV Al-Hijrah dilanjutkan. Jadi, makin banyaklah show yang perlukan subtitle. Kadang-kadang tu, mata sampai berpinar-pinar sebab lama sangat menterjemah sambil tengok skrin sambil dengar headfon. Tapi inikan sumber rezeki keluarga mini Ummi ni. Jadi Ummi akan terus bekerja kuat! Allahul Musta'an.

Weekend ni nak balik ke Terengganu. Dah lama sangat tak balik sana. Lagipun, raya tahun ni di Kedah dulu lepas tu baru balik Besut sebab sepupu Abi nak bertunang. Jadi, Abi n Ummi ambik kesempatan ni untuk berpuasa bersama dengan keluarga di sebelah Terengganu. (bestnye!!)

Banyak dah merepek. Tapi ok jugak sebagai perkara santai yang boleh dibuat di celah lambakan kerja kat ofis ni. Lain kali Ummi taip lagi ye! Be safe our little Zuhayr. Abi dan Ummi sangat rindukan kamu (^_^)

August 2, 2011

First time (^_^)

 Us on 2nd Ramadhan

Inilah first time....

Berpuasa bersama-sama suami tersayang
(sebelum ni pun puasa sama-sama.. cuma kejut sahur dengan henset je)

Berbuka puasa, bersahur sebagai seorang isteri
(baru sedar betapa kalutnya mak kat rumah pagi-pagi duk prepare sahur)

Berpuasa sebagai seorang bakal ibu
(semuanya berganda : letih, pening, lenguh badan. Tapi makan pun berganda jugak =])

Apepun, nikmat terbesar adalah peluang untuk berpuasa penuh 30 hari (Alhamdulillah)
Moga Tuan Zuhayr bekerjasama dengan Ummi untuk sama2 berpuasa penuh.

July 27, 2011

A Way of Life


A Way Of Life
Do you know what Islam is?
It's a way of life for all
It is taught in the Qur'an
For big and small
Chorus:
A way of life, a way of life
A way of life, a way of life
Islam is a way of life
A complete way
 
Do you know what Islam says?
It says that life's the greatest test
It says that life's a borrowed space
Returned upon rest
(Chorus)
 
Islam solves all of it's problems
Allah leaves no stone unturned
Perfect with no flaws at all
Are the laws of Allah
(Chorus)

Dah dekat seminggu dengar Abi Zuhayr duk nyanyi lagu ni dalam kereta
Jadi Ummi pun search la kat you tube untuk cari versi yang sedap dan sesuai untuk Zuhayr dengar dari sekarang (^_^)
Zuhayr dah diperdengarkan bacaan Al-Quran Sheikh Masyari sejak beliau mula menendang.
So, nasyid pertama yang Ummi akan perkenalkan untuk Zuhayr will be this nasyid: 'A Way of Life'.
Lagu ni ditulis sendiri oleh Bos Abi (baru tahu)
Sebab dari tadika lagi Ummi dah tahu lagu ni
Moga Zuhayr sentiasa ingat hanya Islam cara hidup manusia yang lengkap

p/s: Lepas ni kte blajar lagu Bismillah & Alhamdulillah pulak ye sayang ^_^