Knp kek batik kasih sayang? sebab..pesan sahabat saya “masak kene penuh dgn kasih sayang, barulah sedapp!”, Jadi saya buat dgn penuh kasih syg, hasillnya, mmg lumayan!
Bahan-bahan:
- 3/4 cawan koko (nak sedap boleh guna koko vanhouten)
- 1 1/2 cawan gula (pandai-pandai agak)
- 1 paket biskut MARIE (dlm lingkungn 300gm)
- 3 biji telur
- 1 Cawan marjerin
- 1/2 cawan air suam (ni pon pandai2 agak, jgn cair sgt, jgn pekat sgt)
Methodologi:
1) Campur air suam + koko
2) Campur gula + telur + majerin + larutan koko
3) Masak atas api yang sederhana dan kacau sampai pekat
4) Bila dah nampak likat, matikan api, masukkan biskut Marie yang telah dipecah 4
5) Kacau-kacau (jgn kacau terlalu lama, nnt biskut lembik sgt, jgn kacau terlalu cepat, nnt biskut keras sgt, jd..ikutlah gerak hati anda..hehe)
6) Tuangkan adunan dalam loyang, nak bg sedap lagi, sadurkan coklat masakan kat permukaan kek dan taburkan kcg badam hancur, kemudian sejukkan sebentar
7) Jangan terus makan, simpan dalam peti ais semalaman
8) Siap untuk di makan
nmpak sedap kan?? try la ye..
*credit tu sue...
February 22, 2009
February 7, 2009
InshaAllah..
When you say something or giving a promise, in anything, dont forget to say InshaAllah, only with His willing.
FIRMAN ALLAH-
"Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "INSYA ALLAH". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini".
[SURAH AL KAHFI 23-24]
Apabila Nabi SAW ditanya oleh musyrikin Mekah tentang 3 perkara: pemuda yang memasuki gua di zaman awal, lelaki yang berjalan sehingga ke timur dan barat bumi dan tentang roh. Nabi menjawab: ‘Saya jawab soalan kamu esok’ tanpa menyebut insyaAllah. Selama 15 malam Nabi menunggu wahyu tanpa jawapan, sehingga penduduk Mekah gempar dengan perkara tersebut. Akhirnya Jibril turun membawa surah al-Kahfi. (Tafsir al-Munir; juz 15 ms 215)
Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda: ‘Nabi Sulaiman bin Daud berkata: ‘Aku akan berkeliling malam ini kepada 70 perempuan-dalam satu riwayat 100 perempuan- setiap perempuan dari mereka akan melahirkan anak lelaki yang berperang untuk agama Allah.’ Dikatakan kepadanya-dalam satu riwayat: Malaikat berkata kepadanya: Katakan: ‘InsyaAllah’ tetapi Nabi Sulaiman tidak menyebutkannya. Baginda berkeliling kepada semua isterinya itu. Akhirnya semuanya tidak melahirkan melainkan seorang wanita, itupun ‘separuh manusia’ (Dalam hadis disebut: nisf insan). Nabi SAW bersabda: ‘Demi diriku yang berada ditanganNya! Jika Nabi Sulaiman berkata: ‘InsyaAllah, ia tidak membatalkan sumpahnya dan tentu ia akan dapat apa yang ia hajati’ dalam satu riwayat: ‘Tentu mereka semua berperang fi sabilillah sebagai pejuang semuanya.’ (Tafsir al-Munir; juz 15 ms 228)
Thus, do not foget to say InshaAllah..nampak mudah dan remeh, namum impaknya besar dan menunjukkan pergantungan kita padaNya. InshaAllah, wallahu'alam
p/s: Saya rindu dengan lentok bahasa menyebut "inshaAllah" dari ummu zuhayr..lama sudah jauh di mata :D

February 4, 2009
Serahkan pada yang pakar !
Assalamualaikum, salam perjuangan…
Pedih! Panas!
Begitulah perasaan ana tatkala membaca suatu artikel keratan akhbar Kosmo! semalam dalam ruangan Buku tulisan Shaharom TM Sulaiman (rujuk m/s 23, bahagian Kosmo! 2 bertarikh 3 Februari 2009).
Dalam penulisan beliau ini, secara terang-terangan beliau menyeru kepada pemikiran pluralisme (fahaman yang menyatakan semua agama adalah sama).
Apa yang membimbangkan ana adalah tulisan beliau ini disiarkan di akhbar yang mendapat liputan meluas, dikhuatiri ramai pembaca akhbar yang cetek ilmunya mudah terpedaya dengan penulisan ini.
Bagi mengukuhkan lagi pandangan sesat beliau ini, dikaitkan dengan tokoh-tokoh Islam Liberal terkenal seperti Nurcholis Madjid yang kononnya pemikir Islam tersohor Indonesia. Malah beliau tergamak memetik kata-kata tokoh pluralism Alwi Shihab yang memutar belitkan ayat suci Al Quran sesuka hatinya seperti :
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَى وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ Surah Al Baqarah (1:62)
“Secara sepintas lalu, ayat itu menunjukkan jaminan Allah atas keselamatan semua golongan yang disebutkan dalam ayat tersebut. Jika demikian halnya, di mana letak keistimewaan umat Islam kalau semuanya akan selamat?” Alwi Shihab
Lihatlah bagaimana penulis jalanan ini mengunakan ayat-ayat Al Quran untuk menjustifikasikan fahamannya. Padahal jika dirujuk kepada kitab-kitab tafsir muktabar dapatlah kita rumuskan bahawa ayat ini merujuk kepada mereka-mereka yang beriman sebelum kerasulan Nabi Muhammad seperti Habib An Najar, Waraqah bin Naufal, Abi Zar al Ghifari, Salman al Farisi, Buhaira, Najasyi dan lain-lain.
Ayat ini juga merujuk kepada kaum Yahudi yang berpegang kepada Taurat dan syariat Nabi Musa sehingga sampai masa diutuskan Nabi Isa. Maka sesiapa yang tidak mengamalkan Injil dan syariat Nabi Isa pada waktu itu telah sesat. Kemudian diutuskan Rasulullah, maka barangsiapa yang tidak megakui kenabian baginda juga telah sesat.
Inilah akibatnya jika sesuatu urusan itu dipertanggungjawabkan kepada mereka-mereka yang jahil tentangnya. Benarlah iklan tv suatu ketika dahulu :

February 2, 2009
Nikah Connecting People
Jom beramai-ramai ke :
Kursus Pra Perkahwinan
14-15 Februari 2009
Auditorium Utama KAED, UIAM
Pelajar UIAM RM 35
Orang Awam RM 60
Anjuran MRC Mahallah Maryam
dengan kerjasama
Kelab Debat dan Pidato Bahasa Arab
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Badrul Aini Sha’ari (019-4441920)
Wan Ashrul Amahl (012-2401964)
Jangan ketinggalan tawaran istimewa…
Kursus perkahwinan terhangat di pasaran...
February 1, 2009
Principal's Cup Bowling Tournament 2009
Bidan Terjun..umm zuhayr dijemput untuk menggantikan salah seorang anggota pasukan 'nervous' yang tak dapat menghadirkan diri ke perlawanan kali ini..
Bak kata2 siape tah...'untung badan'...umm zuhayr berjaya mandapatkan "1st Place Top 3 Female Bowlers"..(walaupun secara berkumpulan, kumpulan 'nervous' berjaya menduduki tangga ke9 daripada 10 kumpulan) Alhamdulillah..
Betul permainan ini bergantung pada ketenangan fikiran..tapi bagi umm zuhayr, takde la sangat kan...janji fokus dan 'aim' btul2..jgn berniat nak 'cuci longkang'..btul x?
Subscribe to:
Posts (Atom)