Assalamualaikum, salam perjuangan…
Pedih! Panas!
Begitulah perasaan ana tatkala membaca suatu artikel keratan akhbar Kosmo! semalam dalam ruangan Buku tulisan Shaharom TM Sulaiman (rujuk m/s 23, bahagian Kosmo! 2 bertarikh 3 Februari 2009).
Dalam penulisan beliau ini, secara terang-terangan beliau menyeru kepada pemikiran pluralisme (fahaman yang menyatakan semua agama adalah sama).
Apa yang membimbangkan ana adalah tulisan beliau ini disiarkan di akhbar yang mendapat liputan meluas, dikhuatiri ramai pembaca akhbar yang cetek ilmunya mudah terpedaya dengan penulisan ini.
Bagi mengukuhkan lagi pandangan sesat beliau ini, dikaitkan dengan tokoh-tokoh Islam Liberal terkenal seperti Nurcholis Madjid yang kononnya pemikir Islam tersohor Indonesia. Malah beliau tergamak memetik kata-kata tokoh pluralism Alwi Shihab yang memutar belitkan ayat suci Al Quran sesuka hatinya seperti :
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَى وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ Surah Al Baqarah (1:62)
“Secara sepintas lalu, ayat itu menunjukkan jaminan Allah atas keselamatan semua golongan yang disebutkan dalam ayat tersebut. Jika demikian halnya, di mana letak keistimewaan umat Islam kalau semuanya akan selamat?” Alwi Shihab
Lihatlah bagaimana penulis jalanan ini mengunakan ayat-ayat Al Quran untuk menjustifikasikan fahamannya. Padahal jika dirujuk kepada kitab-kitab tafsir muktabar dapatlah kita rumuskan bahawa ayat ini merujuk kepada mereka-mereka yang beriman sebelum kerasulan Nabi Muhammad seperti Habib An Najar, Waraqah bin Naufal, Abi Zar al Ghifari, Salman al Farisi, Buhaira, Najasyi dan lain-lain.
Ayat ini juga merujuk kepada kaum Yahudi yang berpegang kepada Taurat dan syariat Nabi Musa sehingga sampai masa diutuskan Nabi Isa. Maka sesiapa yang tidak mengamalkan Injil dan syariat Nabi Isa pada waktu itu telah sesat. Kemudian diutuskan Rasulullah, maka barangsiapa yang tidak megakui kenabian baginda juga telah sesat.
Inilah akibatnya jika sesuatu urusan itu dipertanggungjawabkan kepada mereka-mereka yang jahil tentangnya. Benarlah iklan tv suatu ketika dahulu :
Serahkan pada yang pakar !

No comments:
Post a Comment