Salamullahi 'alaykum warahmatuhu wabarakatuh...
Jenguk ke blog Ustaz Dr. , post hari ni tentang mari membaca. Seronok gak ke Pesta buku tadi. Dapat tgk ragam golongan pencinta ilmu termasuklah adik2 dari pelbagai sekolah.
Umm Zuhayr pun tak terlepas beli bahan bacaan antaranya :
Mula2 ada gak rasa tak puas hati sbb harganya RM 100 sebelum diskaun. Lepas diskaun dapat RM 65. Tapi dengan muka xmalunye mitak lagi kurang. Last2 dengan pasrahnya tokei kedai bagi RM 60.
Selepas ditelaah hampir 40 mukasurat, Umm Zuhayr sedar yg buku ni merangkumi hampir semua aspek ilmu, walaupun hanya sentuh perkara asas setiap cabang ilmu tersebut. Jadi, sangat berbaloi rasanya.
Buku ini menghimpunkan soalan2 (macam soalan quiz & teka silang kata) dan disertakan dengan jawapannya. Yang pasti, buku ni berjaya menarik perhatian Umm Zuhayr utk terus baca..(sesiapa yang kenal Umm Zuhayr tau la kan betapa membaca ni jd "hobi" Umm Zuhayr)
Next,
Mana2 pun yang Umm zuhayr pergi, takkan leh lupe belikan sesuatu yang bermanfaat terutamanya apa2 yang dapat membantu proses pembelajaran adik kesayangan...
Jadi, semasa di booth inteam records, setelah di promote oleh rakan se universiti (yang bekerja di situ agaknya), maka Umm Zuhayr bersetuju utk beli "Mukhlis ; Jam Teleportal"
Video CD ini mengisahkan perjalanan 4 sekawan yang diketuai oleh Mukhlis (bertopi biru berbelang kuning). Sepanjang perjalanan, mereka diminta menjawab beberapa soalan yang berasaskan asas-asas penting dalam Akhlak. Menarik..tapi malangnya, asas - asas tu terlalu asas buat adinda Umm zuhayr. Semoga Video CD ini bermanfaat utk kawan2 hafeez..hehe.
Di Booth yg sama, setelah hampir 3 tahun tak beli CD atau Kaset yang original, Umm Zuhayr tergerak hati utk mendapatkan album terbaru Inteam yang berjudul Allahu Rabbi
So, itu sahajalah yang di purchased oleh Umm Zuhayr di Pesta Buku tadi. Umm Zuhayr menyeru sahabat2 pembaca, mari kita membaca!!
p/s: ade satu buku ni..dihadiahkan pihak Petronas Fertilizer Kedah (PFKSB) semasa menjuarai pertandingan kuiz ketamadunan islam..sampai sekarang belum habis dibaca lagi..walaubagaimanapun, isi nya sangat menarik..
doakan agar Umm Zuhayr dapat habiskan buku ni..(baru nak semaikan hobi membaca)