Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

August 24, 2011

Nak Balik Kampung


Al kisah nak balik kampung...

Tak tahulah kenapa rasa rindu sangat dengan family kat Gurun sana
Mengidam macam-macam masakan tok Ma Tuan Zuhayr
Sabar je la
Mungkin sebab hari tu dah berpeluang berpuasa di kampung Abi
Tu yang jadi makin rindu nak berpuasa di kampung Ummi pulak

Jumaat ni InsyaAllah akan bertolak ke Kedah
Moga-moga Lebuh raya PLUS belum mula sesak lagi

Dalam 2,3 hari ni, Ummi ada tanya Tuan Zuhayr
"Zuhayr nak balik kampung tak? Ummi rindu sangat dgn semua orang kat sana"
Tuan Zuhayr punyala nak bagi respon
Menendang sampai senak perut Ummi
Belek-belek kat internet
Rupa-rupanya Tuan Zuhayr dah boleh respon bila dengar suara Ummi, bila Ummi sentuh atau bila Ummi bergerak-gerak
Hebatnya ciptaan Allah, Subhaanallaah!

Dari hanya segumpal darah
Membesar menjadi bayi yang hampir sempurna sekarang
Alhamdulillah Ummi bertuah dapat rasa nikmat ni

Ramadhan dah hampir ke penghujung
Ummi harap dapat kejar berpesta ibadah
Susah betul nak bahagi masa sekarang
Sebab semuanya baru bagi Ummi
Bekerja sepenuh masa, berkahwin, mengandung
3 benda besar yang sangat baru buat Ummi
Semuanya macam berlaku dalam sekelip mata
Perlukan masa juga untuk mengadaptasi
Moga dipermudahkan, Inshaa Allaah.

1 comment:

Unknown said...

aik,org gurun ke,tang mana tu....