Alhamdulillah semalam 30/10/11 tarikh untuk antenatal check up yang ke berapa pun tak tau dah. Walaupun ramai sangat Ibu-ibu lain (sbb hari Ahad kan), tapi disebabkan teruja nak tahu perkembangan Tuan Zuhayr, hati tetap berbunga-bunga ^_^. Kan Abi? (Abi tak tertidur kali ni. Sbb Ummi dah paksa Abi tidur awal malam tu)
Selesai mendaftar, timbang berat dan cek tekanan darah, ada lagi 6 orang sebelum tiba giliran kami. Jadi, kami pun bersarapan dulu. (Oh ya, berat cuma naik 0.1kg je. Jadi, jumlah keseluruhan berat yang naik dari awal mengandung berjumlah 8.1kg. Bukanlah 10kg macam Ummi fikir. Mungkin mesin timbang di Giant tu rosak agaknya). Lepas sarapan kat kedai Idaman Selera Keluarga (dekat2 dengan klinik), kami pun masuk balik dalam klinik. Lama jugak tunggu. Tapi tak terasa sangat sebab raamaaai sangat anak-anak kecil dalam klinik tu. Macam2 keletah ada. Dalam tgh buat perangai, boleh nampak kecerdasan minda masing-masing. Sambil-sambil tu sempat Ummi doa banyak-banyak agar Tuan Zuhayr dikurniakan kecerdasan akal di samping kesempurnaan kesihatan. Ameen.
Hampir pukul 12 tgh hari, nama Ummi dipanggil. Dr. Khairiah macam biasalah, walaupun muka nampak letih (dek banyak sangat Appointment), tapi tetap tersenyum mesra. Tanya pergerakan baby ok tak, Ummi sihat tak, ada masalah pape ke. Alhamdulillah. Selain sakit-sakit biasa untuk orang mengandung, Ummi tak ada masalah lain. Pendek kata, badan Ummi ni dah boleh cope dengan segala perubahan mendadak yang berlaku. Syukur, Alhamdulillah.
Dr. cakap, sekarang ni puan dah 35++ minggu. Lagi 8 hari je nak cukup bulan. Hati Ummi tambah berbunga-bunga walaupun ada terselit sedikit rasa takut ^_^. Kemudian Dr. wat pemeriksaan rutin untuk cek kedudukan baby. Goyang-goyang perut, tekan-tekan sikit (sambil Tuan Zuhayr tak henti-henti tendang. Abi cakap Zuhayr ni bekeng), Dr. cakap: "Wah, baby dah engaged pun. Ni mesti sakit kan kalau bangun dari tidur?". Hehe..belum sempat Ummi nak tanya, Dr. dah bagitau jawapannye. Baby selalu akan engage bermula dari week 37. Seminggu atau dua minggu, akan keluar tanda bersalin. Tapi Tuan Zuhayr baru nak masuk 36 minggu dah parking. Jadi, Ummi harap sangat Tuan Zuhayr leh tunggu Dr. Khairiah balik dari kampung (Raya Haji), barulah tunjukkan tanda-tanda nak keluar. Tuan Zuhayr kan anak soleh. Hehe..
Ceritanya sakit teramat tu pulak macam ni. Sekarang ni malam-malam memang Ummi tak tidur sangat. 2 jam sekali mesti kena bangun untuk ke toilet. Takde masalah. Tapi malam sebelum check up tu, Ummi takleh nak bangun terus. Bangun sikit, rasa sakit yang teramat. Ummi baring balik. Lepas relax kejap, try lagi. Tak boleh gak. Cuba sedaya upaya tahan sakit tu. Tapi akhirnya 'kalah' jugak. Ummi menangis n kejutkan Abi. Kesian kat Abi kena bangun tgh2 malam kan? Ummi ingat ada masalah kencing kotor. Sebab jangkitan kuman sangat2 biasa untuk ibu-ibu mengandung.
Itulah serba sedikit. Tuan Zuhayr dah ada dalam laluan untuk lahir. Maknanya Ummi tak boleh berjalan terlalu laju atau ubah pergerakan dengan mengejut. Semua kena slow and steady. Ummi ada baca artikel, kalau sakit belakang dah kurang, bermakna kepala baby tak menghimpit tulang belakang lagi dan ini adalah kedudukan yang terbaik untuk memudahkan proses bersalin.
Tiap-tiap kali terjaga Ummi akan ajak Zuhayr untuk doa sama-sama supaya Ummi, Zuhayr dan Abi skali diberikan kekuatan yang cukup untuk melalui salah satu proses 'ajaib' yang diciptakan oleh Allah SWT untuk hamba-hambaNya.
Dah banyak sangat merepek. Nanti Ummi sambung lagi.
Kalau Abi baca post Ummi kali ni,
Ummi nak tanya. Abi dah ready ke? ^_^
p/s: Paling kurang kan Tuan Zuhayr, bagila Ummi cukupkan dos Tetanus dulu 13 Nov ni..hehe ^_^
Wassalam...
..............................................
Showing posts with label Antenatal Check Up. Show all posts
Showing posts with label Antenatal Check Up. Show all posts
October 31, 2011
October 19, 2011
Corat Coret
In the Name of Allaah, the Most Gracious, the Most Merciful.
بسم الله الرحمن الرحيم
Dah lama tak menulis, eh menaip ^_^
Sibuk dunia ni tak boleh nak elak lagi
Ke sana, ke sini tak henti2
Tapi nak tak nak
Kena update sesuatu gak kat sini
Untuk rujukan di masa depan
Jumpa Khaalaat (sahabat-sahabat Ummi)
Awal bulan ni
Sahabat-sahabat Ummi pakat turun KL
Untuk amik robe dan menghadiri walimah Khalah Wa n Ammu Nabil
Best sangat dapat jumpa ramai-ramai kawan
Paling best,
Khaalaat Kini, As dan Cha datang tido rumah
Esoknye kitorang gi jalan kat Ikea
Abi kena tinggal sebab malam tu Abi dah main futsal
Ummi sempat juga beli beberapa lagi kelengkapan Tuan Zuhayr
Tab mandi, rak untuk bantal, napkin dan soft toys
Then pegi gombak untuk teman Khaalaat sume amik robe
Dan Ummi pun berpeluang amik set untuk buat stok susu nanti
Ummi beli dari seorang senior UIA
Lepas dah puas berjalan
Abi datang amik Ummi di Hentian Putra
Seronok dapat berjalan seharian dengan sahabat2
Walaupun penat, sakit belakang tak terkata
Tapi hati senang! Alhamdulillah (^_^)
IIUM 27th Convocation Day
10.10.11 (Isnin)
Cantik kan tarikh ni?
Ni tarikh keramat Abi dan Ummi (Tuan Zuhayr sekali)
naik pentas bergraduasi
Hampir setahun dah habis belajar baru konvo
Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar
Nenek, Tok Mama, Tok Ayah dan Paksu datang dari jauh
Untuk raikan konvo Abi dan Ummi
Semuanya hepi2..Alhamdulillah
Abi dan Ummi hadiahkan sijil-sijil ni
Untuk Atuk, Nenek, Tok Ayah, Tok Mama
Sebab mereka tak putus2 sokong Abi dan Ummi
Sepanjang proses pembelajaran
Sepanjang Ummi bawa Tuan Zuhayr dalam rahim Ummi
Ummi makin terasa pengorbanan ibu bapa
Bersusah payah sejak dari awal mengandung lagi
بسم الله الرحمن الرحيم
Dah lama tak menulis, eh menaip ^_^
Sibuk dunia ni tak boleh nak elak lagi
Ke sana, ke sini tak henti2
Tapi nak tak nak
Kena update sesuatu gak kat sini
Untuk rujukan di masa depan
Jumpa Khaalaat (sahabat-sahabat Ummi)
Awal bulan ni
Sahabat-sahabat Ummi pakat turun KL
Untuk amik robe dan menghadiri walimah Khalah Wa n Ammu Nabil
Di walimah Khalah Wa & Ammu Nabil.
(Merasa jadi pengantin baru lagi)
Lama dah tak jalan-jalan dengan Khalah Wafa'
Paling best,
Khaalaat Kini, As dan Cha datang tido rumah
Esoknye kitorang gi jalan kat Ikea
Abi kena tinggal sebab malam tu Abi dah main futsal
Ummi sempat juga beli beberapa lagi kelengkapan Tuan Zuhayr
Tab mandi, rak untuk bantal, napkin dan soft toys
Then pegi gombak untuk teman Khaalaat sume amik robe
Dan Ummi pun berpeluang amik set untuk buat stok susu nanti
Ummi beli dari seorang senior UIA
Lepas dah puas berjalan
Abi datang amik Ummi di Hentian Putra
Seronok dapat berjalan seharian dengan sahabat2
Walaupun penat, sakit belakang tak terkata
Tapi hati senang! Alhamdulillah (^_^)
IIUM 27th Convocation Day
10.10.11 (Isnin)
Cantik kan tarikh ni?
Ni tarikh keramat Abi dan Ummi (Tuan Zuhayr sekali)
naik pentas bergraduasi
Hampir setahun dah habis belajar baru konvo
Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar
Nenek, Tok Mama, Tok Ayah dan Paksu datang dari jauh
Untuk raikan konvo Abi dan Ummi
Semuanya hepi2..Alhamdulillah
Abi dan Ummi hadiahkan sijil-sijil ni
Untuk Atuk, Nenek, Tok Ayah, Tok Mama
Sebab mereka tak putus2 sokong Abi dan Ummi
Sepanjang proses pembelajaran
Sepanjang Ummi bawa Tuan Zuhayr dalam rahim Ummi
Ummi makin terasa pengorbanan ibu bapa
Bersusah payah sejak dari awal mengandung lagi
Hadiah dari Abi dan Ummi untuk Atuk, Nenek, Tok Ayah n Tok Mama
Selesai majlis. Muka seorang ibu mengandung yang kepenatan =)
Intai Tuan Zuhayr lagi (^_^)
17.10.11 (Isnin)
Hari untuk check up di dua2 klinik
KK Tanglin dgn Barakah skali
Tapi disebabkan di Tanglin kena jumpa doktor pakar (lelaki)
Ummi dah tak nak check up di KK lagi
Ummi mintak regular check up dengan Dr. Khairiah di Barakah
Jadi, Mulai minggu ni akan terus ke Barakah
Alhamdulillah, semuanya baik-baik aja =)
Anggaran berat Tuan Zuhayr hampir 2kg
Ukuran kepala, perut, tulang tangan dan tulang peha
Semuanya normal ikut umurnya
Heart beat Tuan Zuhayr pun tip top
Jumlah air ketuban pun ok
Ummi dah amik Tetanus dos 1
Sampai hari ni masih terasa lenguhnya
Bulan depan lagi satu dos
Untuk elakkan kancing gigi
Abi suka betul dapat intai Zuhayr lagi
Tapi Zuhayr tak nak tunjuk muka
Siap tutup dengan tangan lagi
Tak nak Abi n Ummi perasan Zuhayr ikut muka siapa
Nak surprise eh?
Ummi sempat juga tanya macam2
Disebabkan Dr. Khairiah sangat baik dan menyenangkan
Ummi tanya tentang sakit 'contraction'
Jadi, Dr. ceritakan serba sikit
Pastu Ummi tanya apa persediaan Abi
Dr. pun ceritalah satu-satu
Siap bagi buku panduan lagi
Say thank u to Dr. Khairiah ye =)
Next check up 30th Oct ni
Boleh intai2 Tuan Zuhayr lagi
Maternity Leave & Beberapa perancangan lain
Urusan untuk apply cuti bersalin dah selesai
InshaaAllaah Ummi akan mula bercuti pada 14 Nov
Lebih kurang 2 minggu dari due date
Harap-harap cukuplah masa untuk Ummi lebih bersedia
Boleh mengaji sebanyak-banyaknya
Boleh berbakti kepada Abi sebanyak-banyaknya
InshaaAllaah
Kalau cuti sekolah dah mula dan Zuhayr belum keluar
Ummi nak minta Pak Su Hafeez datang teman Ummi
Ikutkan perancangan asal
Ummi akan bersalin di Pusat Bersalin Barakah
Esoknye terus balik ke Kedah
Tapi itulah. Manusia hanya merancang
Allah yang akan tentukan segalanya
Oklah..sekian dulu untuk kali ni
Nanti-nanti Ummi sambung lagi
Zuhayr rajin doa kan?
Doakan Allah permudahkan urusan kita sekeluarga, ya?
Ameen...
September 21, 2011
Debaran
19 September baru ni selesailah satu lagi sesi Check up.
Kali ni bersama doktor pakar
1st time kena jumpa doktor lelaki
Lepas sebulan kena jumpa lagi
(Tapi xmau dah)
Start bulan depan nak check up dengan Barakah je
Sampailah hari bersalin nanti
Alhamdulillah, hasil check up semuanya ok
BP, Hb level, Urin, berat, keadaan baby
Sumenye di tahap yang bagus
Berat dah mula naik dengan tetap
Tak perlu risau lagi
Walaupun naik sikit je
Doc cakap biasalah tu
Lain orang, lain ragamnye
Asalkan jangan turun kurang dari berat sebelum mengandung
Start minggu ni, dah kena mula catat pergerakan baby
Mula 9 am hari-hari
Pastikan cukup 10 gerakan sebelum 9pm
Kalau tak sampai 10, kena refer hospital
Dah dua hari buat tracker ni
Dalam sejam, lebih 20 kali Tuan Zuhayr bergerak2
Memudahkan keje Umminye
Sejam je dah leh setelkan catatan untuk hari ni
Soleh betul Zuhayr kan?
Habis pasal check up
Cite pasal selera makan pulak
Sekarang ni, pantang nampak makanan
Nak sambar je sume
Mungkin bawaan sindrom raya hari tu kot
Mungkin juga keperluan Tuan Zuhayr bertambah
Keadaan fizikal badan pulak
Sekarang dah rasa macam 3 bulan awal dulu
Sakit-sakit seluruh badan
Belakang kat tulang ni takyah cakap la
Sampai kadang-kadang kena solat duduk
(sakit sangat rasa bila nak bangun dari sujud)
Sepanjang hari letih je
(mengalahkan bulan puasa tau!)
Mengenai emosi pulak
Dalam keta kalau dengar lagu sedih2
Terasa nak menangis
Walaupun takde kaitan pape pun
Mungkin sebab terlalu banyak fikir
Memang sangat banyak ada dalam kepala sekarang
Kawan-kawan kat ofis ada yang baru perasan
"La, mengandung rupanya. Bila kawin?"
"Saya ingat awak ni budak-budak je.
Datang wat praktikal.
Baru last week saya tahu awak mengandung.
Brape bulan dah?"
"Umur berapa? Nampak macam muda. Saya baru 25"
"Saya 24 kak. Baru grad. Convo pun belum lagi"
Terkedu kakak tu.
Agaknya kalau beliau datang UIA
Tahu ada insan sebaya ada dua anak
Agaknya boleh pengsan kot?
Semua ni antara dialog yang perlu dilayan dalam seminggu dua ni
Al-maklum, Tuan Zuhayr dah besar. Sape yang tak perasan lagi
Kemungkinan rabunlah tu! (P.Ramlee cakap pendek umur)
Ramai yang mengambil berat di ofis ni
Berikan macam-macam petua
Ceritakan pengalaman masing-masing
Alhamdulillah, taklah rasa terbeban sangat
Tapi yang paling mendebarkan
Bila senior exec cakap
Kalau hidung dah kembang2
Tanda dah dekat nak bersalin
Allahu Akbar! Tersentap dengar.
Dalam kepala tngiang2
Eh, baru nak masuk minggu 30
Pastu baru la sedar
30 tu dah banyak tau!
Tak lama dah tu
Moga Allah mudahkan semua urusan
Ummi cuma berharap
Tuan Zuhayr keluar ikut waktunya
Janganlah awal sangat ye, nak.
Bagilah Ummi dan Abi peluang
Untuk kumpul dana sebanyak yang mungkin
Sebagai persediaan menyambut kamu
Barang-barang kamu pun belum tersedia lagi
Sabar tau Tuan Zuhayr
Duduk baik-baik dalam rahim Ummi
Kuatkan fizikal dan mental kamu dulu
Sebelum boleh bergusti dengan Abi ^_^
Sabtu ni Ummi nak intai Tuan Zuhayr lagi
Kali ni versi 3D n 4D pulak
Jangan malu-malu dengan Ummi tau
Jangan tutup muka tu =)
Ya Allah, murahkanlah rezeki ku, suamiku dan anak yang sedang membesar dalam rahimku ini.
Allahumma Ameen..
Kali ni bersama doktor pakar
1st time kena jumpa doktor lelaki
Lepas sebulan kena jumpa lagi
(Tapi xmau dah)
Start bulan depan nak check up dengan Barakah je
Sampailah hari bersalin nanti
Alhamdulillah, hasil check up semuanya ok
BP, Hb level, Urin, berat, keadaan baby
Sumenye di tahap yang bagus
Berat dah mula naik dengan tetap
Tak perlu risau lagi
Walaupun naik sikit je
Doc cakap biasalah tu
Lain orang, lain ragamnye
Asalkan jangan turun kurang dari berat sebelum mengandung
Start minggu ni, dah kena mula catat pergerakan baby
Mula 9 am hari-hari
Pastikan cukup 10 gerakan sebelum 9pm
Kalau tak sampai 10, kena refer hospital
Dah dua hari buat tracker ni
Dalam sejam, lebih 20 kali Tuan Zuhayr bergerak2
Memudahkan keje Umminye
Sejam je dah leh setelkan catatan untuk hari ni
Soleh betul Zuhayr kan?
Habis pasal check up
Cite pasal selera makan pulak
Sekarang ni, pantang nampak makanan
Nak sambar je sume
Mungkin bawaan sindrom raya hari tu kot
Mungkin juga keperluan Tuan Zuhayr bertambah
Keadaan fizikal badan pulak
Sekarang dah rasa macam 3 bulan awal dulu
Sakit-sakit seluruh badan
Belakang kat tulang ni takyah cakap la
Sampai kadang-kadang kena solat duduk
(sakit sangat rasa bila nak bangun dari sujud)
Sepanjang hari letih je
(mengalahkan bulan puasa tau!)
Mengenai emosi pulak
Dalam keta kalau dengar lagu sedih2
Terasa nak menangis
Walaupun takde kaitan pape pun
Mungkin sebab terlalu banyak fikir
Memang sangat banyak ada dalam kepala sekarang
Kawan-kawan kat ofis ada yang baru perasan
"La, mengandung rupanya. Bila kawin?"
"Saya ingat awak ni budak-budak je.
Datang wat praktikal.
Baru last week saya tahu awak mengandung.
Brape bulan dah?"
"Umur berapa? Nampak macam muda. Saya baru 25"
"Saya 24 kak. Baru grad. Convo pun belum lagi"
Terkedu kakak tu.
Agaknya kalau beliau datang UIA
Tahu ada insan sebaya ada dua anak
Agaknya boleh pengsan kot?
Semua ni antara dialog yang perlu dilayan dalam seminggu dua ni
Al-maklum, Tuan Zuhayr dah besar. Sape yang tak perasan lagi
Kemungkinan rabunlah tu! (P.Ramlee cakap pendek umur)
Ramai yang mengambil berat di ofis ni
Berikan macam-macam petua
Ceritakan pengalaman masing-masing
Alhamdulillah, taklah rasa terbeban sangat
Tapi yang paling mendebarkan
Bila senior exec cakap
Kalau hidung dah kembang2
Tanda dah dekat nak bersalin
Allahu Akbar! Tersentap dengar.
Dalam kepala tngiang2
Eh, baru nak masuk minggu 30
Pastu baru la sedar
30 tu dah banyak tau!
Tak lama dah tu
Moga Allah mudahkan semua urusan
Gambar terkini (semasa 'pot luck' department)
Kembang kan hidung tu?
Ummi cuma berharap
Tuan Zuhayr keluar ikut waktunya
Janganlah awal sangat ye, nak.
Bagilah Ummi dan Abi peluang
Untuk kumpul dana sebanyak yang mungkin
Sebagai persediaan menyambut kamu
Barang-barang kamu pun belum tersedia lagi
Sabar tau Tuan Zuhayr
Duduk baik-baik dalam rahim Ummi
Kuatkan fizikal dan mental kamu dulu
Sebelum boleh bergusti dengan Abi ^_^
Sabtu ni Ummi nak intai Tuan Zuhayr lagi
Kali ni versi 3D n 4D pulak
Jangan malu-malu dengan Ummi tau
Jangan tutup muka tu =)
Ya Allah, murahkanlah rezeki ku, suamiku dan anak yang sedang membesar dalam rahimku ini.
Allahumma Ameen..
Subscribe to:
Posts (Atom)



