Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

September 21, 2011

Debaran

19 September baru ni selesailah satu lagi sesi Check up.
Kali ni bersama doktor pakar
1st time kena jumpa doktor lelaki
Lepas sebulan kena jumpa lagi
(Tapi xmau dah)

Start bulan depan nak check up dengan Barakah je
Sampailah hari bersalin nanti

Alhamdulillah, hasil check up semuanya ok
BP, Hb level, Urin, berat, keadaan baby
Sumenye di tahap yang bagus

Berat dah mula naik dengan tetap
Tak perlu risau lagi
Walaupun naik sikit je
Doc cakap biasalah tu
Lain orang, lain ragamnye
Asalkan jangan turun kurang dari berat sebelum mengandung

Start minggu ni, dah kena mula catat pergerakan baby
Mula 9 am hari-hari
Pastikan cukup 10 gerakan sebelum 9pm
Kalau tak sampai 10, kena refer hospital
Dah dua hari buat tracker ni
Dalam sejam, lebih 20 kali Tuan Zuhayr bergerak2
Memudahkan keje Umminye
Sejam je dah leh setelkan catatan untuk hari ni
Soleh betul Zuhayr kan?

Habis pasal check up
Cite pasal selera makan pulak
Sekarang ni, pantang nampak makanan
Nak sambar je sume
Mungkin bawaan sindrom raya hari tu kot
Mungkin juga keperluan Tuan Zuhayr bertambah

Keadaan fizikal badan pulak
Sekarang dah rasa macam 3 bulan awal dulu
Sakit-sakit seluruh badan
Belakang kat tulang ni takyah cakap la
Sampai kadang-kadang kena solat duduk
(sakit sangat rasa bila nak bangun dari sujud)
Sepanjang hari letih je
(mengalahkan bulan puasa tau!)

Mengenai emosi pulak
Dalam keta kalau dengar lagu sedih2
Terasa nak menangis
Walaupun takde kaitan pape pun
Mungkin sebab terlalu banyak fikir
Memang sangat banyak ada dalam kepala sekarang

Kawan-kawan kat ofis ada yang baru perasan
"La, mengandung rupanya. Bila kawin?"
"Saya ingat awak ni budak-budak je.
Datang wat praktikal.
Baru last week saya tahu awak mengandung.
Brape bulan dah?"
"Umur berapa? Nampak macam muda. Saya baru 25"
"Saya 24 kak. Baru grad. Convo pun belum lagi"
Terkedu kakak tu.
Agaknya kalau beliau datang UIA
Tahu ada insan sebaya ada dua anak
Agaknya boleh pengsan kot?
Semua ni antara dialog yang perlu dilayan dalam seminggu dua ni
Al-maklum, Tuan Zuhayr dah besar. Sape yang tak perasan lagi
Kemungkinan rabunlah tu! (P.Ramlee cakap pendek umur)

Ramai yang mengambil berat di ofis ni
Berikan macam-macam petua
Ceritakan pengalaman masing-masing
Alhamdulillah, taklah rasa terbeban sangat

Tapi yang paling mendebarkan
Bila senior exec cakap
Kalau hidung dah kembang2
Tanda dah dekat nak bersalin

Allahu Akbar! Tersentap dengar.
Dalam kepala tngiang2
Eh, baru nak masuk minggu 30
Pastu baru la sedar
30 tu dah banyak tau!
Tak lama dah tu
Moga Allah mudahkan semua urusan

Gambar terkini (semasa 'pot luck' department)
Kembang kan hidung tu?


Ummi cuma berharap
Tuan Zuhayr keluar ikut waktunya
Janganlah awal sangat ye, nak.
Bagilah Ummi dan Abi peluang
Untuk kumpul dana sebanyak yang mungkin
Sebagai persediaan menyambut kamu
Barang-barang kamu pun belum tersedia lagi
Sabar tau Tuan Zuhayr
Duduk baik-baik dalam rahim Ummi
Kuatkan fizikal dan mental kamu dulu
Sebelum boleh bergusti dengan Abi ^_^

Sabtu ni Ummi nak intai Tuan Zuhayr lagi
Kali ni versi 3D n 4D pulak
Jangan malu-malu dengan Ummi tau
Jangan tutup muka tu =)

Ya Allah, murahkanlah rezeki ku, suamiku dan anak yang sedang membesar dalam rahimku ini.
Allahumma Ameen..

3 comments:

izuqila said...

simptom kite lebih kurang samela..

sakit2 blakang tu xyah nk kate..agaknye kurang kalsium kot..solat pun same..
kdg2 smpai solat duduk..xlarat nk bgun duduk sgt..

dh terasa keletihan..kesesakan nafas skit..

besela..dh msuk trimester 3 kan..=)

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

izuqila...

best ada gang..
sampai kena merangkak sbb nak kurangkan sakit belakang..
Kalsium memang kurang..
mengharap kat pil yang klinik bagi je..
Susu tak minum.hehe..

Good luck to us all =)

As said...

ameen!!