Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

November 16, 2011

Dah bercuti @ 38 weeks

Salam untuk semua!

Boring jugak cuti duduk rumah je macam ni
Bagi orang yang dah biasa bekerja sepenuh masa
Bila dah tak ada kerja di rumah
Rasa macam kosong sangat

Bangun pagi siap2kan baju Abu Zuhayr
Buatkan air (sarapan tak sempat buat)
Pastu babai2 sume
Then Ummi sendiri bersarapan
Mula menyapu rumah
Mengosongkan sink dapur (basuh pinggan la tu)
Melipat apa yang patut
Sental bilik air
Masak untuk lunch
Lunch
Kemas-kemas meja dan dapur
Sidai kain (kalau basuh-basuh 2hari sekali..jimat air)
Tengok TV @ dengar radio

Dah siap buat semua ni
Tengok-tengok jam baru 12.56pm
Adehla...
Ada dalam 3 jam lagi sebelum Abu Zuhayr balik
Sekarang ni terasa rinduuu sangat ^_^
Sebelum ni sibuk kat ofis takdelah terasa sangat

Hehe...dulu kat ofis tak larat dah nak kerja
Ni kat rumah tak larat tanggung kebosanan pulak
Time-time camnila rasa kalau boleh nak Tuan Zuhayr keluar sekarang jugak
Walaupun sebenarnya nak beliau lahir minggu depan
Pening Tuan Zuhayr..kejap cepat, kejap lambat

Ummi tak kisah bilapun Tuan Zuhayr nak keluar
Abi dan Ummi menanti dengan penuh sabar
Kami dah bersedia
Lepas Tuan Zuhayr dah ready nanti, keluarlah ye, sayang?
Ramai dah orang yang doakan kita
InshaAllaah we will be 'fine-fine' aje =)

Lagi-lagi cerita

Disebabkan banyak kajian dan amalan orang terdahulu membuktikan berjalan banyak boleh memudahkan proses bersalin dan men'sekatakan' contraction, jadi petang-petang lepas Abu Zuhayr balik keje, kami pergi jogging!

Abi je la yang joging. Takkan Ummi skali kot kan? Hehe.. Ummi bjalan-jalan je. Sambil dengar bacaan Surah Maryam. Alhamdulillah...lepas lebih kurang 1KM berjalan sambil praktik cara pernafasan yang betul dalam labor room nanti, daripada contraction yang takde rasa pape melainkan tegang urat, rasa contraction tu dah makin sakit sekarang. Ummi lega dapat rasa sakit. Risau takut tak aware dengan tanda-tanda bersalin kalau tak terasa sebarang kesakitan. Setiap kali sakit datang, Ummi tersenyum lega.

Abi bergaya sebelum mula berjoging.


Lepas joging, jalan dengan reflexology path pulak (betul ke eja tu?)

So, start semalam, this will be our new routine. Abi pun dah lama sangat tak 'fit' kan badan. Semuanya sebab Ummi tau. Sorry Abi. Ummi memang takut kalau ditinggalkan sorang-sorang di rumah. Apatah lagi kalau Abi nak tinggalkan sampai jam 2 atau 3 pagi. Nanti Tuan Zuhayr dah lahir, Abi main dengan Tuan Zuhayr je lah eh? Hehe.

Personally, Ummi harap Tuan Zuhayr lahir dalam minggu ni jugak. Sebab risau rugi cuti. Seriously Ummi dah tak larat nak kerja sekarang. Sebab tu yang cuti awal. Lagipun, kalau kerja, satu kerja rumah pun Ummi tak larat nak buat. Kita nak pindah bulan depan. Takkanlah Ummi nak tinggalkan semua kerja mengemas dekat Abi kan? Kesian Abi..

Dari awal dulu lagi Tuan Zuhayr ni dengar cakap. Bila Ummi risau Tuan Zuhayr tak bergerak, Tuan Zuhayr akan beri respon supaya Ummi tak risau. So, dengar cakap Ummi lagi sekali ye? Starting weekend ni dah jadi the best time untuk Tuan Zuhayr lahir. Bi iznillah, dan lepas Tuan Zuhayr dah sedia, Abi dan Ummi akan sambut kamu dengan penuh kesyukuran.

Oklah, ini pulak perkembangan fighter Abi dan Ummi stakat ni
Lepas check up ahad (13/11/11) dengan Dr. Khairiah
Doktor cakap walaupun perut mengeras tanpa rasa sakit
Itu memang tanda contraction
Bila Ummi beritahu selang masa perut mengeras
Terus doktor buat pemeriksaan bukaan
Alhamdulillah belum terbuka jalannya
Doktor cakap Ummi ni kuat tahan sakit
Tapi Ummi tak rasa macam tu
Sebab Ummi tak rasa langsung
Cuma rasa cramp macam time datang bulan je
Lepas dah scan
Jangkaan berat Tuan Zuhayr : 2.7kg
Doktor cakap baguslah
Tak besar sangat dan tak kecil sangat
Tapi berat tu jangkaan je kan?
Ummi dapat rasa berat Tuan Zuhayr lebih dari 3kg

Kemudian Ummi tanya tentang tali pusat
Macam mana nak tahu kalau terbelit
Doktor pun jelaskan semuanya
Satu demi satu doktor tunjukkan
Sampailah Ummi dan Abi faham
Kemudian Ummi diberikan dos kedua ATT
Kali ini pedihnya lama sikit
Sampai sehari tu Ummi terasa bisa-bisa badan
Pastu asyik lapar je walaupun dah banyak kali makan
Alhamdulillah, sehari je macam tu
Esoknye dah bertenaga semula ^_^

So, inilah perkembangan Tuan Zuhayr di minggu 38 =)

Ikutkan hasil scan, 2.7kg

Ikutkan apps ni, Tuan Zuhayr dah ready sebenarnya =)


Ya Allaah, please keep him safe in the safest home ever for him ^_^

InshaAllah..Ahad ni checkup lagi.
Ummi nak banyak2 berjalan sebelum check up nanti
Harapnye terus kena tahan wad =)

Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga ^_^

2 comments:

FarHa said...

Weee alhamdulillah...dua2 sihat :D

hemm tak g KK Eh? memang tiap2 minggu check up g kat swasta yg reg tuk bersalin? kakha lak g sekali je..pastu cont check up setiap minggu kat KK biasa...

tapi bila bc entry ni, igt next check up nak g kat tempat yg kakha booking tu la..suh tgk babys ekali hehe mana tahu tiber2 kena tahan n bersalin kan haha

tak sabar dah nih~ :)

moga selamat semua ye :)

أم زهير محمد فضلي said...

dear kak Farha...

Dah tak pegi KK sebab dari 7 bulan onwards kena jumpa pakar (sebab sy ada asthma) n pakar tu lelaki. Tobatla xnak dah..

Pegi je kat tmpat nk bsalin tu..leh biasakan diri. NNti tak gemuruh sgt. Leh gi tgk2 wad ke..