Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

November 10, 2011

Tak ada kerja VS rindu sangat

Again, tajuk yang agak pelik.
Tapi semalam masa keseorangan di rumah, Ummi wat keje pelik.
Disebabkan oleh rasa contraction datang setiap kali buat kerja-kerja macam tunduk bangun, menyapu atau berdiri dalam tempoh masa yang agak panjang untuk basuh pinggan. Kaki pun cepat sangat rasa kejang. Bila duduk, sakit tu hilang. Ini masih lagi Braxton Hicks Contraction. Tak perlu dirisaukan. Dan disebabkan tak ada sesiapa kat rumah yang boleh tolong picitkan kaki, Abi suruh Ummi duduk diam2 dan jangan buat keje.
Tapi takkanlah nak duduk je kan?

Maka, Ummi pun pegi ambil barang-barang Tuan Zuhayr yang dah tersusun rapi di 'Office' Abi dan mula keluarkan satu demi satu pastu amik gambar satu-satu. Lagipun, cara Ummi susun salah. Susah nak keluarkan nanti plus tak cukup barang yang Ummi pack untuk Tuan Zuhayr nanti.

So, inilah hasilnya...

Handkerchief

Stokin 1 (Abi yang pilih)

Stokin 2 (Abi gak yang pilih)

Booties & Mittens (Ummi yang nak sangat)

Baby wipes (beli yang double pack sebab promosi)

Krim untuk ruam lampin

Barut emergency  (barut betul masih ada pada Tok Mamanye)

RM 15 je untuk semua ni. Baby gear brand. Abi pilih masa gi momscare baby carnival.

Toiletries untuk Zuhayr (Ummi skali lah..leh jimat kan?)

Receiving blanket a.k.a bedung. Ummi beli sebab tak mahal =)

Towels

Baju tangan panjang. Satu ni je ade tau. Dahlah kedah bakal berdepan musim hujan. Kesejukan anak Ummi nanti ^_^ Nanti kte beli lagi ye.

Newborn sized rompers. From F.O.S

Ni pulak rompers for 6 months. Baby cepat besar kan?

Baju ber'lubang'. Ingatkan gurun panas. Rupanya nak banjir pulak. Abi pilih oren, Ummi pilih hijau!

Short sleeve shirt dgn seluar panjang Fiffy. Rm10 je ^_^

Baju paling seksi! Again, takut gurun panas.

Stokin 3, 4 5. From F.O.S. Aunty Farah yang pilih.

The only Bib. Tak tahu sejauh mana keperluan bib ni.

Booties, mittens, cap. Mostly chosen by Aunty Farah.

Sedozen lampin.

Dah siap pack (ni untuk bawa balik ke kedah)

Yuyee + Telon. Tapi orang cakap Yuyee diragui kehalalannya. Nanti Ummi research lagi ye? Kalau betul, kte pakai yang HPA je lah. Senang keje ^_^

Kecik-kecik dah ada beg. Beg ni untuk dibawa ke hospital.


Banyak lagi sebenarnye barang besar-besar macam bath tub, pampers dan sebagainya. Tapi Ummi tak larat dah nak ambil gambar satu-satu. Setiap kali rindu nak jumpa Tuan Zuhayr, mesti Ummi pegi amik baju Tuan Zuhayr. Pegang-pegang, cium-cium. Hehe. Mujurlah Abi tak penah nampak lagi.

Hari ni dah cukup 37 minggu. Maknanya dah cukup bulan. Anytime dari sekarang Ummi dan Zuhayr bakal berdepan dengan perjuangan yang semestinya perit (Abi pun skali la kan?)

Let us keep praying for our well being! Ummi sangat takut sebenarnya. Tapi disebabkan Ummi dan Abi nak sangat jumpa kamu, sakit tu boleh diketepikan kot. Ye ke? Harap-harapnya macam tu lah ^_^

Lagipun, takkanlah Allah akan turunkan ayat ni kalau sebaliknya yang dijanjikan, kan?


 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Jom doa banyak-banyak lagi!


...............................................................

2 comments:

FarHa said...

Heee sama laa, takut tapi excited... :D semoga semua selamat...

Rabbi yasir wala tuwassir..

Kakha dah 38minggu, nurse pon ckp bila2 masa je...tp dlm kegembiraan ni, Allah uji kakha dengan kehilangan Tokki yg sgt2 kakha syg...dan bising arwah bgtahu kat org lain yg cicit bakal kuar ni anak perempuan... :)

Tukar nyawa dengan arwah..ni pon dah mula ada tanda2 konstraksi...tunggu tanda2 besar jee~

Sama2 kite kuat ye :)

أم زهير محمد فضلي said...

Dear kak FarHa...

Kite memang kuat~ Gud luck akak!
I'm sure baby akak yang akan kuar dulu n mine will be the 'adik' ^_^

Banyak2 bersabar ye..Setiap kehidupan ada permulaan dan penghujungnya.

Jangan terlalu sedih. Dari apa yang saya baca, baby girl akan lebih terkesan kalau ibunye stress disebabkan persamaan hormon.

So, be strong for urself n of coz for the sake of ur lil princess ^_^

Rabbi Yassir Wa La Tu'assir

Innallaha Ma'anaa