Perkembangan si kecilku ^_^
Zuhayr...
3 bulan pertama kita sama-sama cuba sesuaikan diri masing-masing
Ummi rasakan seminit tu ibarat sehari
Sehari menunggu ibarat seminggu
Seminggu menunggu ibarat setahun
Boleh kata setiap hari Ummi 'menghitung hari'
Terasa macam lama sangat untuk Ummi bertemu kamu
Mungkin juga kerana alahan teruk yang Ummi alami
Macam-macam kerisauan menjengah hati dan minda Ummi
Mujurlah Abi kamu tu sentiasa cool dan relax
Pandai pujuk Ummi pulak tu
Kamu beruntung tau ada Abi macam beliau
Nanti jangan berhenti cakap Alhamdulillah, Thank You Allah
Untuk semua kurniaanNya
Zuhayr...
Melangkah ke trimester kedua
Mungkin juga kerana kerja di pejabat semakin bertambah
Terasa pantas sangat masa berlalu
Rumah kamu semakin membesar
Ummi terkejut sangat
Mungkin lama sangat tak berdiri depan cermin
Ummi mengadu pada Abi
"Abang, tengok ni, rumah anak kite dah besar"
Abi jawab
"Memanglah kena besar"
"Hari tu masa tak besar tanya kenapa kecik"
"Hari ni dah besar tanya kenapa besar pulak"
Abi berjenaka
Ummi takkan lupakan dialog ni sampai bila-bila
Zuhayr...
Di penghujung trimester kedua
Perkembangan kamu tersangat pantas
Padahal baru seminggu berlalu
Perubahan yang Ummi perhatikan sangat banyak
Kamu dah pandai respon kepada kata-kata Abi
Bila Abi geletek, kamu mengeliat
Kamu ketuk-ketuk tangan Abi
Kamu tahu tak betapa bahagianya Abi dan Ummi pada waktu itu?
Hinggakan segala kerisauan hilang sekelip mata
Tahu kan betapa bernilainya kamu buat Abi dan Ummi?
Zuhayr...
Tak sampai seminggu lagi kita akan melalui trimester 3
Dari sekarang, macam-macam dah ada dalam fikiran Ummi
Takut, bimbang, risau, berdebar
Seronok, teruja, tak sabar
Semuanya bercampur-campur
Ada masanya Ummi suarakan kepada Abi
Setiap kali Ummi mengadu Abi akan jawab
"Abang kan ada kat sebelah ***"
Ummi lega
Kemudian rasa tu datang lagi
Ummi mengadu lagi dan Abi jawab
"Kita kan nak jaga Zuhayr sama-sama"
Semangat Ummi jadi semakin kuat
Buat masa ni, Kamu dan Abi lah sumber kekuatan Ummi
Zuhayr...
Kita sama-sama kuat kan?
Abi cakap Ummi kena kuat kalau nak kamu kuat juga
Abi cakap Ummi kena sentiasa bertahan demi kamu
Abi cakap Ummi boleh buat!
Ummi yakin dengan Abi
Kamu yakin dengan Ummi tak?
Sebab perjuangan ni memerlukan tenaga kita bertiga
Bukan hanya Ummi atau kamu
Tapi kalau kita bekerjasama macam wondepets tu
Semuanya akan bertambah baik kan?
Setiap malam sebelum tidur
Ummi doakan semoga Allah berikan kekuatan
Untuk kita bertiga
Terutamanya semasa Ummi berjuang melahirkan kamu nanti
Kamu berjuang untuk menjengah ke dunia
Dan Abi berjuang menyokong Ummi dan kamu
Moga doa ini dimakbulkan oleh Allah SWT
Selamat berjuang untuk Ummi
Selamat berjuang untuk anak Ummi
Selamat berjuang juga untuk Abi
Moga dipermudahkan segalanya
Allahumma Ameen...
No comments:
Post a Comment