Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

September 12, 2011

Berharganya beliau


Tanggal 5 Mac 2011/30 Rabiul Awal 1432
Ummi dan Abi disatukan
Orang cakap Ummi kuat
Tak nangis pun usai akad nikah
Tapi nangis jugak waktu sahabat2 semua nak balik


Sepanjang  4 tahun suka duka
Banyak sangat dah air mata yang mengalir
Jadi, bagi Ummi sempena hari kemenangan kami
Tak perlulah Ummi bazirkan air mata lagi

Sebulan usai pernikahan
Hadir khabar gembira dari Dia
Dia utuskan kamu ke dalam rahim Ummi
Cepatnye! Ummi pun susah nak percaya
Abi pula dari awal lagi dah yakin
Dan mula berterima kasih kepada Ummi


Awal-awal cuma Ummi ceritakan
Kepada orang yang dekat2 saja
Banyak responnya
"Sharp shooter la!" "Eh cepatnye!"
"Rasa macam baru semalam je kau kawen"
Tak kurang juga yang berpendapat negatif
"Kenapa tak tunggu sebulan dua lagi?"
"Dah sedia ke korang?"
"Keje tak stabil lagi, boleh ke?"

Positif dan negatif
Ummi terima dengan rela hati
Sebab dah lama sangat pun
Ummi pakai nama gelaran Umm Zuhayr
Bermakna dah lama sangat
Ummi dah sedia untuk bergelar Ummi

Bagilah Ummi jaga baby pelbagai umur
Ummi pasti akan suka
Ramai juga yang perasan sikap unik Ummi ni
Especially yang betul-betul rapat

Bagi Ummi, kehadiran kamu
Ibarat permata yang tiada tara nilainya

Hadirnya kamu
Sebagai hadiah cinta Ummi kepada Abi
Sebagai lambang usia penyatuan kami
Sebagai bukti kemampuan kami
redahi segala kesusahan selama ni
Juga sebagai pengukuh ikatan Abi dan Ummi

Melihat Abi mu gembira saat kamu
memberi respon kepada sentuhannya
Melihat kebahagiaan Abi menanti kelahiranmu
Melihat keterujaan Abi saat melihat
ombakan perut Ummi dek kerana kamu bersilat di dalam

Tak ada nilai harta yang boleh tandingi semua itu
Andai kata Ummi ditakdirkan untuk pergi dulu
Ummi dah cukup bahagia dapat lalui
Semua pengalaman ini bersama kamu dan Abi

Dalam meniti 78 hari lagi ni
Ummi sangat berharap dapat bertemu kamu
Ummi nak cakap sendiri pada Abi
"Abang, ni hadiah dari *** untuk abang."

Ya Allah,
Jadikanlah impianku ini satu kenyataan
Ameen..

وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

2 comments:

Anonymous said...

nael..smoga bhagia meniti 2bulan terakhir sblum brgelar ibu,insyaAllah..mg Allah mudahkan & berkati nael:)..sih

Umm Zuhayr Mohd Fadzli said...

Dear Sih...

Jazakillah khairan!
Terima kasih utk doa tu..