Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

September 27, 2011

Bahagia dalam kesakitan

Alhamdulillah
Dah hampir 8 bulan Tuan Zuhayr membesar dengan selamat dalam rumah pertamanya
Hampir 8 bulan jugalah Ummi dapat tempuhi macam-macam pengalaman mengandungkan permata sulung Abi dan Ummi ni

3D USD. Muka Tuan Zuhayr dah jelas kelihatan. 
Persis siapa ya? Abi atau Ummi? Mata terpejam. Tapi kaki kuat menendang.

Ya, saat ni Ummi tengah sakit, Tuan Zuhayr
Sakit sangat-sangat di bahagian tulang belakang
Dah berbincang dengan Dr. Khairiah
Setakat ni InsyaAllah tak ada masalah saraf
Memang perkara biasa yang akan dilalui ibu-ibu yang kekurangan kalsium
Bezanya cepat atau lambat je
Ada orang next week nak bersalin baru rasa sakitnya
Ada orang pula seawal sama macam Ummi sekarang
Doktor cakap lagi, dengan penuh lemah lembutnya
Kalau awak dah 36 atau 37 minggu
Memang kita bagi bersalin je
Itu saja penyelesaian untuk hilangkan sakit ni
Tapi sekarang baru minggu 30
Jadi ada dua bulan lagi Ummi perlu bertahan
Ummi boleh!

Doktor nasihatkan supaya Ummi kurangkan berdiri
Tapi untuk mudah bersalin kan kena banyak berjalan
So, kat situ Ummi kena nilai sendirilah Pro n Con nye
Bagi Ummi, Ummi sanggup lakukan apa saja asalkan kamu dapat dilahirkan dengan selamat

Apapun, walaupun teramat sakit
Sampai kadang-kadang susahkan Abimu
Ummi bahagia. Tersangat bahagia.
Jadi Ummi tak kisah pun sakit-sakit ni
Moga ia menjadi Kaffarah dosa-dosa Ummi yang lalu

Moga Tuan Zuhayr jadi pejuang yang lebih kuat dari Ummi
Stay safe ye dear...

September 21, 2011

Debaran

19 September baru ni selesailah satu lagi sesi Check up.
Kali ni bersama doktor pakar
1st time kena jumpa doktor lelaki
Lepas sebulan kena jumpa lagi
(Tapi xmau dah)

Start bulan depan nak check up dengan Barakah je
Sampailah hari bersalin nanti

Alhamdulillah, hasil check up semuanya ok
BP, Hb level, Urin, berat, keadaan baby
Sumenye di tahap yang bagus

Berat dah mula naik dengan tetap
Tak perlu risau lagi
Walaupun naik sikit je
Doc cakap biasalah tu
Lain orang, lain ragamnye
Asalkan jangan turun kurang dari berat sebelum mengandung

Start minggu ni, dah kena mula catat pergerakan baby
Mula 9 am hari-hari
Pastikan cukup 10 gerakan sebelum 9pm
Kalau tak sampai 10, kena refer hospital
Dah dua hari buat tracker ni
Dalam sejam, lebih 20 kali Tuan Zuhayr bergerak2
Memudahkan keje Umminye
Sejam je dah leh setelkan catatan untuk hari ni
Soleh betul Zuhayr kan?

Habis pasal check up
Cite pasal selera makan pulak
Sekarang ni, pantang nampak makanan
Nak sambar je sume
Mungkin bawaan sindrom raya hari tu kot
Mungkin juga keperluan Tuan Zuhayr bertambah

Keadaan fizikal badan pulak
Sekarang dah rasa macam 3 bulan awal dulu
Sakit-sakit seluruh badan
Belakang kat tulang ni takyah cakap la
Sampai kadang-kadang kena solat duduk
(sakit sangat rasa bila nak bangun dari sujud)
Sepanjang hari letih je
(mengalahkan bulan puasa tau!)

Mengenai emosi pulak
Dalam keta kalau dengar lagu sedih2
Terasa nak menangis
Walaupun takde kaitan pape pun
Mungkin sebab terlalu banyak fikir
Memang sangat banyak ada dalam kepala sekarang

Kawan-kawan kat ofis ada yang baru perasan
"La, mengandung rupanya. Bila kawin?"
"Saya ingat awak ni budak-budak je.
Datang wat praktikal.
Baru last week saya tahu awak mengandung.
Brape bulan dah?"
"Umur berapa? Nampak macam muda. Saya baru 25"
"Saya 24 kak. Baru grad. Convo pun belum lagi"
Terkedu kakak tu.
Agaknya kalau beliau datang UIA
Tahu ada insan sebaya ada dua anak
Agaknya boleh pengsan kot?
Semua ni antara dialog yang perlu dilayan dalam seminggu dua ni
Al-maklum, Tuan Zuhayr dah besar. Sape yang tak perasan lagi
Kemungkinan rabunlah tu! (P.Ramlee cakap pendek umur)

Ramai yang mengambil berat di ofis ni
Berikan macam-macam petua
Ceritakan pengalaman masing-masing
Alhamdulillah, taklah rasa terbeban sangat

Tapi yang paling mendebarkan
Bila senior exec cakap
Kalau hidung dah kembang2
Tanda dah dekat nak bersalin

Allahu Akbar! Tersentap dengar.
Dalam kepala tngiang2
Eh, baru nak masuk minggu 30
Pastu baru la sedar
30 tu dah banyak tau!
Tak lama dah tu
Moga Allah mudahkan semua urusan

Gambar terkini (semasa 'pot luck' department)
Kembang kan hidung tu?


Ummi cuma berharap
Tuan Zuhayr keluar ikut waktunya
Janganlah awal sangat ye, nak.
Bagilah Ummi dan Abi peluang
Untuk kumpul dana sebanyak yang mungkin
Sebagai persediaan menyambut kamu
Barang-barang kamu pun belum tersedia lagi
Sabar tau Tuan Zuhayr
Duduk baik-baik dalam rahim Ummi
Kuatkan fizikal dan mental kamu dulu
Sebelum boleh bergusti dengan Abi ^_^

Sabtu ni Ummi nak intai Tuan Zuhayr lagi
Kali ni versi 3D n 4D pulak
Jangan malu-malu dengan Ummi tau
Jangan tutup muka tu =)

Ya Allah, murahkanlah rezeki ku, suamiku dan anak yang sedang membesar dalam rahimku ini.
Allahumma Ameen..

September 12, 2011

Berharganya beliau


Tanggal 5 Mac 2011/30 Rabiul Awal 1432
Ummi dan Abi disatukan
Orang cakap Ummi kuat
Tak nangis pun usai akad nikah
Tapi nangis jugak waktu sahabat2 semua nak balik


Sepanjang  4 tahun suka duka
Banyak sangat dah air mata yang mengalir
Jadi, bagi Ummi sempena hari kemenangan kami
Tak perlulah Ummi bazirkan air mata lagi

Sebulan usai pernikahan
Hadir khabar gembira dari Dia
Dia utuskan kamu ke dalam rahim Ummi
Cepatnye! Ummi pun susah nak percaya
Abi pula dari awal lagi dah yakin
Dan mula berterima kasih kepada Ummi


Awal-awal cuma Ummi ceritakan
Kepada orang yang dekat2 saja
Banyak responnya
"Sharp shooter la!" "Eh cepatnye!"
"Rasa macam baru semalam je kau kawen"
Tak kurang juga yang berpendapat negatif
"Kenapa tak tunggu sebulan dua lagi?"
"Dah sedia ke korang?"
"Keje tak stabil lagi, boleh ke?"

Positif dan negatif
Ummi terima dengan rela hati
Sebab dah lama sangat pun
Ummi pakai nama gelaran Umm Zuhayr
Bermakna dah lama sangat
Ummi dah sedia untuk bergelar Ummi

Bagilah Ummi jaga baby pelbagai umur
Ummi pasti akan suka
Ramai juga yang perasan sikap unik Ummi ni
Especially yang betul-betul rapat

Bagi Ummi, kehadiran kamu
Ibarat permata yang tiada tara nilainya

Hadirnya kamu
Sebagai hadiah cinta Ummi kepada Abi
Sebagai lambang usia penyatuan kami
Sebagai bukti kemampuan kami
redahi segala kesusahan selama ni
Juga sebagai pengukuh ikatan Abi dan Ummi

Melihat Abi mu gembira saat kamu
memberi respon kepada sentuhannya
Melihat kebahagiaan Abi menanti kelahiranmu
Melihat keterujaan Abi saat melihat
ombakan perut Ummi dek kerana kamu bersilat di dalam

Tak ada nilai harta yang boleh tandingi semua itu
Andai kata Ummi ditakdirkan untuk pergi dulu
Ummi dah cukup bahagia dapat lalui
Semua pengalaman ini bersama kamu dan Abi

Dalam meniti 78 hari lagi ni
Ummi sangat berharap dapat bertemu kamu
Ummi nak cakap sendiri pada Abi
"Abang, ni hadiah dari *** untuk abang."

Ya Allah,
Jadikanlah impianku ini satu kenyataan
Ameen..

وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

September 9, 2011

Special Appreciation

Assalaamu'alaykum WBT

Entri ini sepatutnya ditulis 6 bulan yang lalu
Tanda penghargaan yang tak terhingga
Dari Umm Zuhayr sekeluarga

Kawan,
Tanpa kalian semua siapalah saya
Dalam bahasa jawanya
Without all of u what would I do
(hehe..)

Setiap individu dalam gambar di bawah adalah antara orang kuat yang gigih membantu Umm Zuhayr sejak sebelum nikah, hari nikah dan 2 walimah berikutnya.


Nurhasanah Mazalan
Setia hadir menemani sejak 2 hari sebelum 30 Rabiul Awal 1432
Juga sehari sebelum walimah resepsi 27 Jamadil Awal 1432
Dengan Perodua Viva autonya
Datang dari KL dengan beberapa sahabat lain
Beliau juga tak sudah-sudah picit butang DSLR
Ketap ketup di sana sini
Sebab itulah gambar beliau paling tak banyak
As, as kenal nael kan?
Tak tahu dah macam mana nak berikan penghargaan
Semoga Allah kurniakan segala kebaikan
Balasan kepada setiap zarah jasa As pada nael
Dari awal kita kenal di YM
Sampailah hati kita bertaut dalam keimanan
Ingat, ape pun jadi
Nael sentiasa doakan kesejahteraan As
Di dunia dan Akhirat kelak
Terima kasih sahabat...

Noorsakini Salleh
Juga merupakan penasihat kecantikan
Alasan tak upah mak andam
Hanyalah sebab saya tak suka muka saya disentuh-sentuh oleh sebarangan orang
Lagi2 mereka yang tak tahu hidung saya ni pantang disentuh sikit pun
Tapi insan ni tau
Bersabar terus
Mengubah muka orang yang 'biasa-biasa' saja ni
Menjadi secantik ratu sehari (ewah!)
Sekali sentuh, dibalas 3 kali bersin
Dengan mengomel macam2 lagi
Beliau tetap bertabah
Kini, tak ada nilai harta yang boleh tandingi
Segala bantuan Kini untuk nael
Sejak awal perkenalan kita
(masa nael ikut As amik Kini)
Sampailah saat ni
Moga Allah limpahkan kepada Kini dan keluarga
Segala rahmat dan kasih sayangNya
Terima kasih sahabat...

Nurul Izzati Abdullah Zayawi
Tukang karut yang sangat ceria
(hehe sori zati)
Penceria suasana
Insan yang bertanggungjawab mengurangkan resah gelisah
Beliau juga banyak membantu ketika 'final touch' barang hantaran
Pandai berborak dengan mereka yang lebih tua
Pandai ambil hati pulak tu
Zaty, walaupun kita ni bersama dalam masa yang singkat
Tapi setiap detik tu sangat bermakna
Macam-macam nael dapat belajar
Secara langsung atau tak
Moga Allah sentiasa memelihara Zaty
Walau di manapun Zaty berada
Terima kasih sahabat...

Alia Najihah Zainudin
Insan kecil moleh kiut miut
Kenal sejak sekolah menengah
Tapi insan ni advance sikit
Cepat sangat grad
Bersusah payah cuba untuk datang
Walaupun ada banyak urusan
Akhirnya beliau sampai juga
Juga merupakan salah seorang penasihat kreatif
Tolong selesaikan hasil kerja Umm Zuhayr
Yang tah apa-apa tu
Paling best, beliaulah mastermind
Dalam menukarkan kamar pengantin
Dari warna biru kepada warna ungu
Alia, segala susah payah, pengorbanan
Semata-mata nak hadiri majlis tu
Mudah-mudahan dibalas
Dengan sejuta kebaikan dari Allah SWT
Terima kasih sahabat...

Waarithatul Wafa' Hj Abdul Kadir
Insan ni antara yang paling bermakna dalam hidup Umm Zuhayr
Pendengar setia
Tak pernah jemu dengar celoteh Umm Zuhayr
Pendek kata
Umm Zuhayr tak nak duduk UIA kalau wafa tak ada
Mujurlah Umm Zuhayr yang grad dulu
Kalau tak, LOC je la kan wafa?
Wafa, thanks sbb sudi datang jauh-jauh
Tapi nak tak nak wafa kena datang kan?
Kalau tak, kite merajuk..hehe
Terima kasih sahabat...

Amiratul Awatif Ghazali
Haa ni dia insan yang paling pening!
Pening duk layan sorang kawan dia ni
Jap putus, jap baik balik, jap gaduh pulak
Macam-macam tak kena
Tapi semua nasihat yang diberikan
Umm Zuhayr pakai sepenuhnya
Alhamdulilllah sedikit sebanyak membantu
Insan ni juga sangat disayangi Mama Umm Zuhayr
Sampai anggap macam anak sendiri dah
Mana taknya
Bersembang mengalahkan orang tua!
Amie, thanks banyak2 sudi datang tolong
Walaupun Amie sibuk macam2 program
Moga segala impian Amie akan jadi kenyataan
Inshaa Allaah
Terima kasih sahabat...

Najwa Nor Hisham
Diam-diam bergeliga!
Bertanggungjawab sepenuhnya dengan As
Untuk siapkan 7 dulang hantaran walimah
Hasilnya mengalahkan pakar!
Sentiasa senyum
Sedikit sebanyak mengurangkan debaran
Sentiasa cool
Menenangkan hati!
Sekarang beliau dah pun bergelar Puan
Sangatlah gembira dapat hadiri walimah beliau pula
Wa, moga tautan baru yang Wa dan suami bina
Sentiasa diberkati Allah
Cepat-cepat bagi Tuan Zuhayr kawan tau!
Thanks banyak2 sebab banyak sangat tolong
Nael terfikir apalah sangat jasa nael pada Wa
Sampaikan Wa sanggup datang jauh-jauh ke Gurun
Untuk majlis nikah dan walimah Nael dan Zar
Baarakallaahu Fiik!
Terima kasih sahabat...


Karimah Fakhriah @ Cha
Jurusolek terkemuka!
Habis mata Umm Zuhayr beliau kerjakan
Cha, walaupun kita ni kenal-kenal macam tu je
Tapi dah rasa macam rapat sangat
Thanks sudi ke Gurun
Thanks jugak sebab baaanyak tolong
May Allaah bless you!
Terima kasih sahabat...

Juga buat sekumpulan jejaka yang hadir memeriahkan suasana
Terima kasih banyak2!
Ape lagi yang boleh kami katakan ya?
Kalau ada rezeki lebih
InsyaAllah antum semua akan diraikan

Lagu ini untuk kalian semua!
Tanda terima kasih dari Umm Zuhayr, Abu Zuhayr, baby Zuhayr
Dan seluruh keluarga
Terima kasih daun keladi
Lain kali boleh tolong lagi!

September 6, 2011

1, 2, 3 & Counting

Perkembangan si kecilku ^_^

Zuhayr... 

3 bulan pertama kita sama-sama cuba sesuaikan diri masing-masing
Ummi rasakan seminit tu ibarat sehari
Sehari menunggu ibarat seminggu
Seminggu menunggu ibarat setahun
Boleh kata setiap hari Ummi 'menghitung hari'
Terasa macam lama sangat untuk Ummi bertemu kamu
Mungkin juga kerana alahan teruk yang Ummi alami
Macam-macam kerisauan menjengah hati dan minda Ummi
Mujurlah Abi kamu tu sentiasa cool dan relax
Pandai pujuk Ummi pulak tu
Kamu beruntung tau ada Abi macam beliau
Nanti jangan berhenti cakap Alhamdulillah, Thank You Allah
Untuk semua kurniaanNya




Zuhayr... 

Melangkah ke trimester kedua
Mungkin juga kerana kerja di pejabat semakin bertambah
Terasa pantas sangat masa berlalu
Rumah kamu semakin membesar
Ummi terkejut sangat
Mungkin lama sangat tak berdiri depan cermin
Ummi mengadu pada Abi
"Abang, tengok ni, rumah anak kite dah besar"
Abi jawab
"Memanglah kena besar"
"Hari tu masa tak besar tanya kenapa kecik"
"Hari ni dah besar tanya kenapa besar pulak"
Abi berjenaka
Ummi takkan lupakan dialog ni sampai bila-bila



Zuhayr...

Di penghujung trimester kedua
Perkembangan kamu tersangat pantas
Padahal baru seminggu berlalu
Perubahan yang Ummi perhatikan sangat banyak
Kamu dah pandai respon kepada kata-kata Abi
Bila Abi geletek, kamu mengeliat
Kamu ketuk-ketuk tangan Abi
Kamu tahu tak betapa bahagianya Abi dan Ummi pada waktu itu?
Hinggakan segala kerisauan hilang sekelip mata
Tahu kan betapa bernilainya kamu buat Abi dan Ummi?

Zuhayr...

Tak sampai seminggu lagi kita akan melalui trimester 3
Dari sekarang, macam-macam dah ada dalam fikiran Ummi
Takut, bimbang, risau, berdebar
Seronok, teruja, tak sabar
Semuanya bercampur-campur
Ada masanya Ummi suarakan kepada Abi
Setiap kali Ummi mengadu Abi akan jawab
"Abang kan ada kat sebelah ***"
Ummi lega
Kemudian rasa tu datang lagi
Ummi mengadu lagi dan Abi jawab
"Kita kan nak jaga Zuhayr sama-sama"
Semangat Ummi jadi semakin kuat
Buat masa ni, Kamu dan Abi lah sumber kekuatan Ummi



Zuhayr...

Kita sama-sama kuat kan?
Abi cakap Ummi kena kuat kalau nak kamu kuat juga
Abi cakap Ummi kena sentiasa bertahan demi kamu
Abi cakap Ummi boleh buat!
Ummi yakin dengan Abi
Kamu yakin dengan Ummi tak?
Sebab perjuangan ni memerlukan tenaga kita bertiga
Bukan hanya Ummi atau kamu
Tapi kalau kita bekerjasama macam wondepets tu
Semuanya akan bertambah baik kan?
Setiap malam sebelum tidur
Ummi doakan semoga Allah berikan kekuatan
Untuk kita bertiga
Terutamanya semasa Ummi berjuang melahirkan kamu nanti
Kamu berjuang untuk menjengah ke dunia
Dan Abi berjuang menyokong Ummi dan kamu
Moga doa ini dimakbulkan oleh Allah SWT

Selamat berjuang untuk Ummi
Selamat berjuang untuk anak Ummi
Selamat berjuang juga untuk Abi

Moga dipermudahkan segalanya
Allahumma Ameen...

September 5, 2011

Moga kekal selamanya

Ini kekasih halal saya =)

5 Mac 2011 - 5 Sept 2011

Genap 6 bulan
bergelar isteri kepada beliau

Genap 6 bulan
selepas debaran menjawab taluan soalan-soalan dari jurunikah

Genap 6 bulan
setelah hampir 4 tahun melakar sejarah pahit manis bersama-sama

Genap 6 bulan
benih cinta disemai rapi dalam rahim

Genap 6 bulan
melayari bahtera rumah tangga yang penuh liku



First raya same-same =)


Suatu kata-kata yang sangat sukar untuk diungkapkan secara lisan.
Kerana itulah ia akan diabadikan di sini.

Abang, selama 6 bulan kita berhubung secara halal
*** tak pernah tak rasa bahagia
Apatah lagi rasa menyesal

Setiap minit *** menghirup nikmat udara
Walau ada ketika *** berkeluh kesah
Jauh di sudut hati, hanya bahagia yang *** rasakan

Abang, *** nak abang tahu
(Mungkin susah untuk *** ungkapkan)
Walau apapun terjadi
*** sangat bersyukur menjadi isteri abang

Semoga kasih sayang halal yang kita 'recreate' ni
Kekal selama-lamanya

Nantikan hadiah paling bernilai yang boleh seorang isteri hadiahkan buat suaminya =)
86 hari je lagi.