Al-Mundzir Al-Muntazhar

Birth Announcements

Adik Zuhayr is Coming Soon!
/center>

November 17, 2011

Dah siap packing!

Hehe memang takde keje kan?

Al-kisah, nak mengelakkan dari makan je tak berhenti, Ummi kena buat sesuatu. Mengemas, siap dah. Masak, pun dah siap. Makan, berkali-kali dah. Risau pulak kalau berat naik mendadak nanti. Mujurlah dah hampir dengan due date.

Contraction masih macam semalam. Kerap dan di tahap 'mild' je sakitnye. Tapi masa tidur sakitnya dah semakin kuat. Bak kata nenek Zuhayr, biasalah anak sulung ni suka main-main. Jadi, Ummi anggap macam main-main je lah. Tapi kalau Tuan Zuhayr dah ready nak jumpa Abi dan Ummi, apa salahnya kan? Ummi tak larat (baca: malas) dah nak catat selang masa contraction. Sebab memang dah sekata. Selang 5-6 minit dan tempoh setiap contraction dalam 1-3 minit. Sampailah ke tengah hari ni. Bila berjalan, terasa perut mengeras, mesti kena berhenti sekejap sebab rasa semua urat dari belakang, pinggang dan bawah abdomen ditarik. Bunyi macam ngeri tapi sebenarnya Ummi belum lagi rasa sakit contraction yang sebenarnya. Rasa sikit-sikit ni pun bolehlah.

Disebabkan tak boleh nak duduk lama di ruang tamu (orang sebelah tengah sakan menebuk dinding--bunyi sangat bising macam nak pecah gegendang telinga), jadi Ummi pun banyak berada di kawasan bilik-bilik. Tak ada benda lain boleh dibuat melainkan packing baju.

Barang untuk dibawa ke hospital dah siap ada dalam kereta since Ahad lepas lagi. Barang yang baru di'packing' ni pulak untuk dibawa balik ke Kedah sepanjang tempoh berpantang nanti. Termasuklah sikit-sikit baju Abi dan barang-barang Tuan Zuhayr yang lain. Jadi, semuanya dah siap tersusun. Tinggal angkat letak dalam boot kereta je.

Niat di hati, nak packing barang untuk berpindah rumah sekali. Alhamdulillah Tok Ndak Tuan Zuhayr dah call semalam bagitau yang rumah untuk disewa dah ada. Boleh pindah masuk bulan depan. Dekat mana? Haa...nanti dah confirm Ummi umumkan ye? Tapi malangnya, takde kotak plus Abi tak bagi buat keje yang berat-berat plus Ummi pun takut terkena selsema yang teruk (selsema dan batuk adalah 2 musibah yang paling patut dielak sebelum masuk labor room--ia akan mengganggu proses bersalin). Jadi, tak terbuatlah. Nak kemas-kemas baju-baju tu bolehlah. Tu pun kena tunggu Abi balik ambilkan beg atas almari (takkan nak panjat sendiri kot kan?)

Hari ni dah Rabu. Esok Khamis, Jumaat dan Sabtu! Ummi tak sabar nak ke Maternity and Children Expo yang pernah Ummi ceritakan di sini. Sebabnya, nak belikan car seat untuk Tuan Zuhayr. Ramai yang cakap car seat tak berapa penting. Tapi hakikatnya, dah ramai anak kecil yang menjadi korban kemalangan disebabkan tak ada car seat kan? Bukti keperluannya lagi, negara-negara Eropah kebanyakannya mewajibkan penggunaan car seat untuk baby. Bagi Ummi pulak, keperluan untuk sediakan car seat ni sebab kemungkinan besar Ummi dan Abi akan balik ke Kedah tanpa ditemani sesiapa 2 atau 3 hari selepas discharge dari wad nanti. Keadaan Ummi masa tu pun masih belum stabil. Susah kalau nak pegang Tuan Zuhayr 5 jam non-stop. Kalau Ummi tertidur, lagilah bahaya kan? So, ini bukan soal nak berlagak kaya. Tapi soal "Al-Wiqaayah Khairun min Al-'Ilaajah" (Prevention is better than cure).

Apapun, selagi tak susahkan sesiapa, Ummi dan Abi akan usaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik kepada Tuan Zuhayr.

Sekarang dah jadi makin tak sabar pulak nak sambut anak. Sebelum ni takut lebih dari teruja. Sekarang ni teruja dah cover semuanya. No more takut-takut!

Moga dipermudahkan segala urusan, Ameen.

.....................................................

November 16, 2011

Dah bercuti @ 38 weeks

Salam untuk semua!

Boring jugak cuti duduk rumah je macam ni
Bagi orang yang dah biasa bekerja sepenuh masa
Bila dah tak ada kerja di rumah
Rasa macam kosong sangat

Bangun pagi siap2kan baju Abu Zuhayr
Buatkan air (sarapan tak sempat buat)
Pastu babai2 sume
Then Ummi sendiri bersarapan
Mula menyapu rumah
Mengosongkan sink dapur (basuh pinggan la tu)
Melipat apa yang patut
Sental bilik air
Masak untuk lunch
Lunch
Kemas-kemas meja dan dapur
Sidai kain (kalau basuh-basuh 2hari sekali..jimat air)
Tengok TV @ dengar radio

Dah siap buat semua ni
Tengok-tengok jam baru 12.56pm
Adehla...
Ada dalam 3 jam lagi sebelum Abu Zuhayr balik
Sekarang ni terasa rinduuu sangat ^_^
Sebelum ni sibuk kat ofis takdelah terasa sangat

Hehe...dulu kat ofis tak larat dah nak kerja
Ni kat rumah tak larat tanggung kebosanan pulak
Time-time camnila rasa kalau boleh nak Tuan Zuhayr keluar sekarang jugak
Walaupun sebenarnya nak beliau lahir minggu depan
Pening Tuan Zuhayr..kejap cepat, kejap lambat

Ummi tak kisah bilapun Tuan Zuhayr nak keluar
Abi dan Ummi menanti dengan penuh sabar
Kami dah bersedia
Lepas Tuan Zuhayr dah ready nanti, keluarlah ye, sayang?
Ramai dah orang yang doakan kita
InshaAllaah we will be 'fine-fine' aje =)

Lagi-lagi cerita

Disebabkan banyak kajian dan amalan orang terdahulu membuktikan berjalan banyak boleh memudahkan proses bersalin dan men'sekatakan' contraction, jadi petang-petang lepas Abu Zuhayr balik keje, kami pergi jogging!

Abi je la yang joging. Takkan Ummi skali kot kan? Hehe.. Ummi bjalan-jalan je. Sambil dengar bacaan Surah Maryam. Alhamdulillah...lepas lebih kurang 1KM berjalan sambil praktik cara pernafasan yang betul dalam labor room nanti, daripada contraction yang takde rasa pape melainkan tegang urat, rasa contraction tu dah makin sakit sekarang. Ummi lega dapat rasa sakit. Risau takut tak aware dengan tanda-tanda bersalin kalau tak terasa sebarang kesakitan. Setiap kali sakit datang, Ummi tersenyum lega.

Abi bergaya sebelum mula berjoging.


Lepas joging, jalan dengan reflexology path pulak (betul ke eja tu?)

So, start semalam, this will be our new routine. Abi pun dah lama sangat tak 'fit' kan badan. Semuanya sebab Ummi tau. Sorry Abi. Ummi memang takut kalau ditinggalkan sorang-sorang di rumah. Apatah lagi kalau Abi nak tinggalkan sampai jam 2 atau 3 pagi. Nanti Tuan Zuhayr dah lahir, Abi main dengan Tuan Zuhayr je lah eh? Hehe.

Personally, Ummi harap Tuan Zuhayr lahir dalam minggu ni jugak. Sebab risau rugi cuti. Seriously Ummi dah tak larat nak kerja sekarang. Sebab tu yang cuti awal. Lagipun, kalau kerja, satu kerja rumah pun Ummi tak larat nak buat. Kita nak pindah bulan depan. Takkanlah Ummi nak tinggalkan semua kerja mengemas dekat Abi kan? Kesian Abi..

Dari awal dulu lagi Tuan Zuhayr ni dengar cakap. Bila Ummi risau Tuan Zuhayr tak bergerak, Tuan Zuhayr akan beri respon supaya Ummi tak risau. So, dengar cakap Ummi lagi sekali ye? Starting weekend ni dah jadi the best time untuk Tuan Zuhayr lahir. Bi iznillah, dan lepas Tuan Zuhayr dah sedia, Abi dan Ummi akan sambut kamu dengan penuh kesyukuran.

Oklah, ini pulak perkembangan fighter Abi dan Ummi stakat ni
Lepas check up ahad (13/11/11) dengan Dr. Khairiah
Doktor cakap walaupun perut mengeras tanpa rasa sakit
Itu memang tanda contraction
Bila Ummi beritahu selang masa perut mengeras
Terus doktor buat pemeriksaan bukaan
Alhamdulillah belum terbuka jalannya
Doktor cakap Ummi ni kuat tahan sakit
Tapi Ummi tak rasa macam tu
Sebab Ummi tak rasa langsung
Cuma rasa cramp macam time datang bulan je
Lepas dah scan
Jangkaan berat Tuan Zuhayr : 2.7kg
Doktor cakap baguslah
Tak besar sangat dan tak kecil sangat
Tapi berat tu jangkaan je kan?
Ummi dapat rasa berat Tuan Zuhayr lebih dari 3kg

Kemudian Ummi tanya tentang tali pusat
Macam mana nak tahu kalau terbelit
Doktor pun jelaskan semuanya
Satu demi satu doktor tunjukkan
Sampailah Ummi dan Abi faham
Kemudian Ummi diberikan dos kedua ATT
Kali ini pedihnya lama sikit
Sampai sehari tu Ummi terasa bisa-bisa badan
Pastu asyik lapar je walaupun dah banyak kali makan
Alhamdulillah, sehari je macam tu
Esoknye dah bertenaga semula ^_^

So, inilah perkembangan Tuan Zuhayr di minggu 38 =)

Ikutkan hasil scan, 2.7kg

Ikutkan apps ni, Tuan Zuhayr dah ready sebenarnya =)


Ya Allaah, please keep him safe in the safest home ever for him ^_^

InshaAllah..Ahad ni checkup lagi.
Ummi nak banyak2 berjalan sebelum check up nanti
Harapnye terus kena tahan wad =)

Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga ^_^

November 12, 2011

11.11.11


Ada apa dengan tarikh ni?
Ada 6 kali nombor 1 lah!
Apa makna tarikh ni?
Tak ada makna apa-apa
Just another date in our life

Tapi tarikh ni ada signifikan lain buat Ummi
Sebabnya 11.11.11 hari terakhir Ummi bekerja
Sebelum cuti yang paaaanjaaaang ^_^

Last week di office sangat meletihkan
Bukanlah disebabkan longgokan keje
Tapi mungkin disebabkan oleh ke'sarat'an melampau
Seriously tak larat!

So, Tuan Zuhayr
Jom kita cuti!
Bertenang-tenang
Sambil mengemas apa yang patut
Dan bersedia seadanya



............................................................

November 10, 2011

Tak ada kerja VS rindu sangat

Again, tajuk yang agak pelik.
Tapi semalam masa keseorangan di rumah, Ummi wat keje pelik.
Disebabkan oleh rasa contraction datang setiap kali buat kerja-kerja macam tunduk bangun, menyapu atau berdiri dalam tempoh masa yang agak panjang untuk basuh pinggan. Kaki pun cepat sangat rasa kejang. Bila duduk, sakit tu hilang. Ini masih lagi Braxton Hicks Contraction. Tak perlu dirisaukan. Dan disebabkan tak ada sesiapa kat rumah yang boleh tolong picitkan kaki, Abi suruh Ummi duduk diam2 dan jangan buat keje.
Tapi takkanlah nak duduk je kan?

Maka, Ummi pun pegi ambil barang-barang Tuan Zuhayr yang dah tersusun rapi di 'Office' Abi dan mula keluarkan satu demi satu pastu amik gambar satu-satu. Lagipun, cara Ummi susun salah. Susah nak keluarkan nanti plus tak cukup barang yang Ummi pack untuk Tuan Zuhayr nanti.

So, inilah hasilnya...

Handkerchief

Stokin 1 (Abi yang pilih)

Stokin 2 (Abi gak yang pilih)

Booties & Mittens (Ummi yang nak sangat)

Baby wipes (beli yang double pack sebab promosi)

Krim untuk ruam lampin

Barut emergency  (barut betul masih ada pada Tok Mamanye)

RM 15 je untuk semua ni. Baby gear brand. Abi pilih masa gi momscare baby carnival.

Toiletries untuk Zuhayr (Ummi skali lah..leh jimat kan?)

Receiving blanket a.k.a bedung. Ummi beli sebab tak mahal =)

Towels

Baju tangan panjang. Satu ni je ade tau. Dahlah kedah bakal berdepan musim hujan. Kesejukan anak Ummi nanti ^_^ Nanti kte beli lagi ye.

Newborn sized rompers. From F.O.S

Ni pulak rompers for 6 months. Baby cepat besar kan?

Baju ber'lubang'. Ingatkan gurun panas. Rupanya nak banjir pulak. Abi pilih oren, Ummi pilih hijau!

Short sleeve shirt dgn seluar panjang Fiffy. Rm10 je ^_^

Baju paling seksi! Again, takut gurun panas.

Stokin 3, 4 5. From F.O.S. Aunty Farah yang pilih.

The only Bib. Tak tahu sejauh mana keperluan bib ni.

Booties, mittens, cap. Mostly chosen by Aunty Farah.

Sedozen lampin.

Dah siap pack (ni untuk bawa balik ke kedah)

Yuyee + Telon. Tapi orang cakap Yuyee diragui kehalalannya. Nanti Ummi research lagi ye? Kalau betul, kte pakai yang HPA je lah. Senang keje ^_^

Kecik-kecik dah ada beg. Beg ni untuk dibawa ke hospital.


Banyak lagi sebenarnye barang besar-besar macam bath tub, pampers dan sebagainya. Tapi Ummi tak larat dah nak ambil gambar satu-satu. Setiap kali rindu nak jumpa Tuan Zuhayr, mesti Ummi pegi amik baju Tuan Zuhayr. Pegang-pegang, cium-cium. Hehe. Mujurlah Abi tak penah nampak lagi.

Hari ni dah cukup 37 minggu. Maknanya dah cukup bulan. Anytime dari sekarang Ummi dan Zuhayr bakal berdepan dengan perjuangan yang semestinya perit (Abi pun skali la kan?)

Let us keep praying for our well being! Ummi sangat takut sebenarnya. Tapi disebabkan Ummi dan Abi nak sangat jumpa kamu, sakit tu boleh diketepikan kot. Ye ke? Harap-harapnya macam tu lah ^_^

Lagipun, takkanlah Allah akan turunkan ayat ni kalau sebaliknya yang dijanjikan, kan?


 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Jom doa banyak-banyak lagi!


...............................................................

November 3, 2011

Tuan Zuhayr @ 36 weeks

Alhamdulillah
Tuan Zuhayr dah 36 minggu!
Maknanya tak lama sangat dah boleh
jumpa ahli keluarga yang lain ^_^
Jom kita tinjau perkembangan semasa Tuan Zuhayr

Tuan Zuhayr dah 36 minggu dalam rahim Ummi.
Dah pusing ke bawah.
Dah engaged pun =)



Hebat kan ciptaan Allah?


Tapi Ummi rasa sama je.
Tuan Zuhayr masih menendang dengan 'sakan'. 
Especially bila Ummi buat kerja di office.
Kalau dah naik kereta, senyap pulak.



Ummi harap sangat bekalan kalsium untuk Tuan Zuhayr cukup
memandangkan Ummi tak minum susu.
Tapi Ummi dah ambil suplemen kalsium di samping makan
banyak sumber kalsium yang lain.
Tuan Zuhayr nak lawan bola dengan Abi kan?
So, tulang mesti kuat!



 Tuan Zuhayr dah sebesar bola Bowling? 
Dah nak cecah 3kg pun. 
Patutlah rasa perut berat semacam je ^_^
 Apapun, Ummi doakan anak Ummi ni dilahirkan dengan kesempurnaan kesihatan. 
Tuan Zuhayr mesti kuat dan sihat. Boleh jaga Abi, Ummi dan adik-adik nanti ^_^


........................................

November 1, 2011

29 days VS 6 days

Apela punye tajuk post kali ni
Gara-gara kebosanan lepas menterjemah macam-macam


29 days to go?
Cuba tengok countdown kat sebelah kanan ni
Masa menunggu untuk jumpa Tuan Zuhayr dah dimulakan dengan '2'
Tak lama sangat dah
Dan disebabkan ramai sangat kawan2 sebaya yang bersalin paling kurang seminggu awal dari EDD
Jadi, nombor tu kemungkinan kurang lagi ^_^
Jadi makin tak sabar kan?


6 days to go?
Apa pulak lagi 6 hari ni?
Hehe ^_^
Lagi 6 hari je kena keje
Lepas tu cuti paaaanjaaang
Bolehlah nak mengemas rumah
Menyental lantai-lantai
Packing bagsss
Dan macam2 persediaan lain lagi


Apapun, moga semuanya berjalan dengan lancar. 
Kalau boleh, tak nak susahkan sesiapa ^_^

Tolong doakan, ya?

...............................

October 31, 2011

Siapa yang tak sabar sebenarnya?

Alhamdulillah semalam 30/10/11 tarikh untuk antenatal check up yang ke berapa pun tak tau dah. Walaupun ramai sangat Ibu-ibu lain (sbb hari Ahad kan), tapi disebabkan teruja nak tahu perkembangan Tuan Zuhayr, hati tetap berbunga-bunga ^_^. Kan Abi? (Abi tak tertidur kali ni. Sbb Ummi dah paksa Abi tidur awal malam tu)

Selesai mendaftar, timbang berat dan cek tekanan darah, ada lagi 6 orang sebelum tiba giliran kami. Jadi, kami pun bersarapan dulu. (Oh ya, berat cuma naik 0.1kg je. Jadi, jumlah keseluruhan berat yang naik dari awal mengandung berjumlah 8.1kg. Bukanlah 10kg macam Ummi fikir. Mungkin mesin timbang di Giant tu rosak agaknya). Lepas sarapan kat kedai Idaman Selera Keluarga (dekat2 dengan klinik), kami pun masuk balik dalam klinik. Lama jugak tunggu. Tapi tak terasa sangat sebab raamaaai sangat anak-anak kecil dalam klinik tu. Macam2 keletah ada. Dalam tgh buat perangai, boleh nampak kecerdasan minda masing-masing. Sambil-sambil tu sempat Ummi doa banyak-banyak agar Tuan Zuhayr dikurniakan kecerdasan akal di samping kesempurnaan kesihatan. Ameen.

Hampir pukul 12 tgh hari, nama Ummi dipanggil. Dr. Khairiah macam biasalah, walaupun muka nampak letih (dek banyak sangat Appointment), tapi tetap tersenyum mesra. Tanya pergerakan baby ok tak, Ummi sihat tak, ada masalah pape ke. Alhamdulillah. Selain sakit-sakit biasa untuk orang mengandung, Ummi tak ada masalah lain. Pendek kata, badan Ummi ni dah boleh cope dengan segala perubahan mendadak yang berlaku. Syukur, Alhamdulillah.

Dr. cakap, sekarang ni puan dah 35++ minggu. Lagi 8 hari je nak cukup bulan. Hati Ummi tambah berbunga-bunga walaupun ada terselit sedikit rasa takut ^_^. Kemudian Dr. wat pemeriksaan rutin untuk cek kedudukan baby. Goyang-goyang perut, tekan-tekan sikit (sambil Tuan Zuhayr tak henti-henti tendang. Abi cakap Zuhayr ni bekeng), Dr. cakap: "Wah, baby dah engaged pun. Ni mesti sakit kan kalau bangun dari tidur?". Hehe..belum sempat Ummi nak tanya, Dr. dah bagitau jawapannye. Baby selalu akan engage bermula dari week 37. Seminggu atau dua minggu, akan keluar tanda bersalin. Tapi Tuan Zuhayr baru nak masuk 36 minggu dah parking. Jadi, Ummi harap sangat Tuan Zuhayr leh tunggu Dr. Khairiah balik dari kampung (Raya Haji), barulah tunjukkan tanda-tanda nak keluar. Tuan Zuhayr kan anak soleh. Hehe..

Ceritanya sakit teramat tu pulak macam ni. Sekarang ni malam-malam memang Ummi tak tidur sangat. 2 jam sekali mesti kena bangun untuk ke toilet. Takde masalah. Tapi malam sebelum check up tu, Ummi takleh nak bangun terus. Bangun sikit, rasa sakit yang teramat. Ummi baring balik. Lepas relax kejap, try lagi. Tak boleh gak. Cuba sedaya upaya tahan sakit tu. Tapi akhirnya 'kalah' jugak. Ummi menangis n kejutkan Abi. Kesian kat Abi kena bangun tgh2 malam kan? Ummi ingat ada masalah kencing kotor. Sebab jangkitan kuman sangat2 biasa untuk ibu-ibu mengandung.

Itulah serba sedikit. Tuan Zuhayr dah ada dalam laluan untuk lahir. Maknanya Ummi tak boleh berjalan terlalu laju atau ubah pergerakan dengan mengejut. Semua kena slow and steady. Ummi ada baca artikel, kalau sakit belakang dah kurang, bermakna kepala baby tak menghimpit tulang belakang lagi dan ini adalah kedudukan yang terbaik untuk memudahkan proses bersalin.

Tiap-tiap kali terjaga Ummi akan ajak Zuhayr untuk doa sama-sama supaya Ummi, Zuhayr dan Abi skali diberikan kekuatan yang cukup untuk melalui salah satu proses 'ajaib' yang diciptakan oleh Allah SWT untuk hamba-hambaNya.

Dah banyak sangat merepek. Nanti Ummi sambung lagi.
Kalau Abi baca post Ummi kali ni,
Ummi nak tanya. Abi dah ready ke? ^_^

p/s: Paling kurang kan Tuan Zuhayr, bagila Ummi cukupkan dos Tetanus dulu 13 Nov ni..hehe ^_^

Wassalam...

..............................................

October 27, 2011

Beratnya saya!

Jadual kenaikan Jisim Badan untuk wanita mengandung (sayalah tu :p)

Cuba perhatikan jadual di atas. Ummi dalam kategori normal. So, rate berat akan naik dari 11kg hingga 16kg. Sampai semalam, Ummi dah naik 10kg (walaupun makan dah kurang sangat sekarang penangan kamu dah himpit segala saluran usus dalam badan Ummi..hehe). Sangat normal untuk orang yang BMI normal macam Ummi dan berada di minggu 35. Abi cakap "haaa, dah nak sama dengan berat abang pun." Hehe..macam manalah nak expect Abi boleh angkat Ummi kalau ada emergency? (Na'uzubillahi min Dzaalik!) Boleh patah pinggang Abi tau!

So, Tuan Zuhayr tolong doakan supaya situasi seperti ni tak terjadi dekat Ummi tau. Kalau boleh, Ummi nak berjalan sendiri dari kereta ke hospital ^_^.

Braxton Hicks Contraction

What are Braxton Hicks contractions?

Braxton Hicks contractions are sporadic uterine contractions that start about 6 weeks into your pregnancy, although you won't be able to feel them that early. You probably won't start to notice them until sometime after mid-pregnancy, if you notice them at all. (Some women don't.) They get their name from John Braxton Hicks, an English doctor who first described them in 1872.


Inside pregnancy: Labor and birth

As your pregnancy progresses, Braxton Hicks contractions tend to come somewhat more often, but until you get to your last few weeks, they'll probably remain infrequent, irregular, and essentially painless. Sometimes, though, Braxton Hicks contractions are hard to distinguish from early signs of preterm labor.

Play it safe and don't try to make the diagnosis yourself. If you haven't hit 37 weeks yet and you're having more than four contractions in an hour — or you have any other signs of preterm labor (see below) — call your caregiver immediately.

By the time you're within a couple of weeks of your due date, your contractions may get more intense and more frequent, and they may cause some discomfort. Unlike the earlier painless and sporadic Braxton Hicks contractions, which caused no obvious cervical changes, these contractions may help your cervix "ripen" — gradually soften and thin out (efface) and maybe even dilate a bit. This period is sometimes referred to as pre-labor.

How can I tell the difference between Braxton Hicks and true labor contractions?

In the days or weeks before labor, Braxton Hicks contractions may intermittently become rhythmic, relatively close together, and even painful, possibly fooling you into thinking you're in labor. But unlike true labor, during this so-called false labor the contractions don't grow consistently longer, stronger, and closer together.

What can I do if my Braxton Hicks contractions are making me uncomfortable?

If you're within a few weeks of your due date, try these measures:
  • Change your activity or position. Sometimes walking provides relief. At other times, resting eases contractions. (True labor contractions, on the other hand, will persist and progress regardless of what you do.)
  • Take a warm bath to help your body relax.
  • Try drinking a couple of glasses of water, since these contractions can sometimes be brought on by dehydration.
  • Try relaxation exercises or slow, deep breathing. This won't stop the Braxton Hicks contractions, but it may help you cope with the discomfort. (Use this opportunity to practice some of the pain-management strategies you've learned in your childbirth preparation class.)

When should I call my doctor or midwife?

Call your caregiver right away if you haven't reached 37 weeks and your contractions are becoming more frequent, rhythmic, or painful, or if you have any of these possible signs of preterm labor:
  • Abdominal pain, menstrual-like cramping, or more than four contractions in an hour (even if they don't hurt)
  • Any vaginal bleeding or spotting
  • An increase in vaginal discharge or a change in the type of discharge — if it becomes watery, mucusy, or bloody (even if it's only pink or blood-tinged)
  • Increased pelvic pressure (a feeling that your baby's pushing down)
  • Low back pain, especially if it's a new problem for you
  • If you're past 37 weeks, there's no need to call your doctor or midwife just for contractions until they last about 60 seconds each and are five minutes apart — unless your caregiver has advised you otherwise.
  •  
Haa.. inilah yang Ummi rasa awal pagi tadi. Pedihnya mencucuk2. Sakitnya naik sampai ke kepala. Hampir menitis air mata jugak. Dalam 10 minit mcm tu.. Kalau inilah yang dikatakan kontraksi main-main, agaknye boleh ke Ummi bertahan untuk kontraksi yang bukan main-main?


لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Ummi mesti boleh kan?
Insha Allaah...


p/s: BTW, kenapala nama contraction ni pelik sangat?

............................

October 24, 2011

Agak-agak boleh tak?

 Ummi bercadang nak pergi 19hb dengan Abi, mama Kini, Khalah As, Khalah Wa dan ramai2 lagi... 
Ajak ramai2 supaya Abi tak gelabah kalau tiba2 Tuan Zuhayr nak lahir =)


18-20 Nov 2011
Agak-agaknya Tuan Zuhayr belum lahir lagi kan?
Boleh tak agaknya kalau Tuan Zuhayr tunggu sikit lagi?
Sebabnya car seat+carrier+rocker yang dijual di sini
Tersangatlah murah
Brand pun bagus2

Masa Zuhayr umur 3 bulan dulu
Abi dan Ummi pun dah survey
Cantik sangat 3-in-1 car seat tu
Harga tak sampai RM200 pun

So, Tuan Zuhayr leh tunggu sikit lagi kan?
Habis-habis pun kuarlah 20.11.2011
Hehe
Boleh la ye, Zuhayr cayang...


p/s: Sekarang ni kan, Abi turutkan je apa yang Ummi nak. Terima kasih Abu Zuhayr ^_^

.......

12 working days to go

As-Salam untuk semua

Alhamdulillah 'Maternity Leave' yang dimohon dah di'approved'
Maknanya Ummi Akan mula bercuti secara rasminya pada 12/11/11
Tinggal lagi 12 hari je
Bertahan ye Ummi ^_^

Tuan Zuhayr makin besar
Orang jawa kata He's growing rapidly
Kalau Ummi lumba dengan kura-kura
For sure Kura-kura tu yang menang

Macam inilah agaknya kedudukan Tuan Zuhayr sekarang..


Kadang-kadang tengah berjalan
Ummi boleh terberhenti
Sebab sakit di bawah perut
Rasanya Tuan Zuhayr dah 'parking'
Bersiap sedia nak jumpa Abi dan Ummi

Tidur Ummi pun tak menentu
Nak pusing dari kiri ke kanan
Ya Allah, seksanya, sakitnya
Paling lama boleh tidur pun
Tak lebih 1 jam
Then mesti terjaga
Sama ada untuk ke tandas
Atau mimpi pelik2
Atau tanpa sebab

Natijahnya, tak bermaya bila kat Office
Mengantuk, letih, muka pucat
Banyak kali dah gi basuh muka
Tapi tak jadi gak

Tapi ada lebih kebaikan dari kesusahannya
Boleh lebihkan ibadah, kan?
Alhamdulillah
Semua yang jadi pasti ada hikmahnya

Countdown untuk ke due date
Dah sampai ke nombor 3
Rasa sekejap sangat masa berlalu

Cerita yang best pulak =)
Masa tengok Terengganu VS Selangor
Tuan Zuhayr tendang sekuat-kuat hati
Pastu siap parking tapak kaki lagi
Kalaulah ada marker pen
Mesti Ummi lukis tanda kenangan
Nampak betul bentuk tapak kaki beliau
Tuan Zuhayr memang tahu nak gembirakan Ummi ^_^

Abi, Zuhayr...
Tolong doakan Ummi bertahan lebih sket lagi ye
Penat sangat kat tempat kerja ni
Walaupun duduk depan PC je
Entahlah kenapa Ummi rasakan
Basuh baju, sidai baju, basuh bilik air
Memasak dan semua kerja rumah
Lebih ringan dari keje kat Office ni

Go! Go! Ummu Zuhayr!

p/s: Abi dah setuju nak pergi bercuti sekejap dan di tempat yang dekat2. Tarikhnya belum ditetapkan. Mengikut kekosongan chalet comel tu, time Raya Haji je yang kosongnye =)

October 21, 2011

Mengidam lagi?

Salam untuk semua!

Ummi dah buat request ni kat Abi
Tapi Abi belum approve lagi
Jadi, Abi cepat-cepatlah approve ye?

Ni dah masuk kes mengidam ni
Teringin sangat sangat sangat nak bercuti
(selain balik Terengganu atau Kedah)
Sebelum Ummi berjuang melahirkan Tuan Zuhayr

Ummi nak tenang dan kosongkan minda
Sebab sekarang dah mula takut
Macam-macam Ummi fikir
2 days out will be worth it!

Boleh la ye Abi?
Rate chalet kat sini pun tak mahal
Affordable kata orang jawa

Boleh tak kalau Ummi nak merayu?
Plz Plz Plz Abi....

Ni tempat yang Ummi nak pergi
Dah research habis-habisan
Jaraknya dalam sejam setengah driving
So, takdela jauh sangat kan?
Ikut Highway utara selatan pulak tu
Dekat sangat dengan jalan nak ke KESAS
So, tak perlu risau kalau Ummi tiba-tiba sakit

So, inilah tempatnya
Bagan Lalang Beach Resort
Petanya pulak kat sini








Tuan Zuhayr...
Doala bagi Abi approve ye?
Saaayang kamu!

October 20, 2011

Checklist (Done)

Alhamdulillaah... Hari ni dah masuk 34 minggu + 1 hari
Penantian Abi dan Ummi bakal tiba ke penghujungnya
Tak lama dah
Ummi pun dah rasa sarat sangat dah
Tapi Ummi bersyukur sangat dapat lalui pengalaman ni
Menambah2 naluri keibuan Ummi
Selain tambahkan rasa penghargaan Ummi
Untuk semua IBU di luar sana

Mulai minggu ni kena recheck kelengkapan cinta hati Abi Ummi ni
Lagi 3 minggu nak mula cuti
Pastu dah boleh masukkan semua dalam kereta siap-siap


So, inilah checklist serba ringkas yang Ummi dah sediakan
Ada yang dah beli, ada yang belum lagi
InsyaAllah by end of this month semuanya akan lengkap
Moga2 tak ada kekalutan yg disebabkan oleh kelengkapan ni




Checklist untuk Tuan Zuhayr



Tuan Zuhayr's

Masih ada beberapa keperluan yang belum dibeli
Tapi basic needs untuk dibawa ke hospital dah ready
Selebihnya tu bolehlah Abi carikan nanti
(Ummi tak larat dah nak bjalan-jalan)





Kelengkapan untuk Breast Feeding
Kelengkapan BF



Dari awal lagi Ummi dah bertekad,
berniat nak fully BF anak-anak Ummi semuanya
So, kelengkapan yang Ummi beli ni ibarat pelaburan jangka masa panjang lah.
Moga orang-orang di sekeliling Ummi akan sokong usaha Ummi ni
Tapi kalau tak sokong pun, Ummi akan teruskan juga! (^_^)





Kelengkapan Ummi pulak =)
 
Ummi's

Kelengkapan untuk Ummi tak banyak pun
Ini je yang Ummi kena sediakan
Selebihnya akan diuruskan oleh Tok Mama
Tapi sebenarnya satu pun belum dibeli lagi
Sebab terlalu excited beli barang baby je
Ummi tak risau pun
Sebab barang2 ni senang nak dibeli
Abi pun leh belikan nanti2
Abi rajin kan ^_^


Tak sabar sangat nak mula cuti
Fokus untuk persiapan bersalin
Persiapan sambut buah hati kesayangan
Tak sabar sangat dah nak jumpa Tuan Zuhayr

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami...
Ameen.

October 19, 2011

Corat Coret

In the Name of Allaah, the Most Gracious, the Most Merciful.
بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama tak menulis, eh menaip ^_^
Sibuk dunia ni tak boleh nak elak lagi
Ke sana, ke sini tak henti2
Tapi nak tak nak
Kena update sesuatu gak kat sini
Untuk rujukan di masa depan


Jumpa Khaalaat (sahabat-sahabat Ummi)

Awal bulan ni
Sahabat-sahabat Ummi pakat turun KL
Untuk amik robe dan menghadiri walimah Khalah Wa n Ammu Nabil

 Di walimah Khalah Wa & Ammu Nabil.
(Merasa jadi pengantin baru lagi)

 Lama dah tak jalan-jalan dengan Khalah Wafa'

Best sangat dapat jumpa ramai-ramai kawan
Paling best,
Khaalaat Kini, As dan Cha datang tido rumah
Esoknye kitorang gi jalan kat Ikea
Abi kena tinggal sebab malam tu Abi dah main futsal
Ummi sempat juga beli beberapa lagi kelengkapan Tuan Zuhayr
Tab mandi, rak untuk bantal, napkin dan soft toys
Then pegi gombak untuk teman Khaalaat sume amik robe
Dan Ummi pun berpeluang amik set untuk buat stok susu nanti
Ummi beli dari seorang senior UIA
Lepas dah puas berjalan
Abi datang amik Ummi di Hentian Putra
Seronok dapat berjalan seharian dengan sahabat2
Walaupun penat, sakit belakang tak terkata
Tapi hati senang! Alhamdulillah (^_^)

IIUM 27th Convocation Day


10.10.11 (Isnin)
Cantik kan tarikh  ni?
Ni tarikh keramat Abi dan Ummi (Tuan Zuhayr sekali)
naik pentas bergraduasi
Hampir setahun dah habis belajar baru konvo
Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar
Nenek, Tok Mama, Tok Ayah dan Paksu datang dari jauh
Untuk raikan konvo Abi dan Ummi
Semuanya hepi2..Alhamdulillah
Abi dan Ummi hadiahkan sijil-sijil ni
Untuk Atuk, Nenek, Tok Ayah, Tok Mama
Sebab mereka tak putus2 sokong Abi dan Ummi
Sepanjang proses pembelajaran
Sepanjang Ummi bawa Tuan Zuhayr dalam rahim Ummi
Ummi makin terasa pengorbanan ibu bapa
Bersusah payah sejak dari awal mengandung lagi

 Hadiah dari Abi dan Ummi untuk Atuk, Nenek, Tok Ayah n Tok Mama


Selesai majlis. Muka seorang ibu mengandung yang kepenatan =)


Intai Tuan Zuhayr lagi (^_^)

17.10.11 (Isnin)
Hari untuk check up di dua2 klinik
KK Tanglin dgn Barakah skali
Tapi disebabkan di Tanglin kena jumpa doktor pakar (lelaki)
Ummi dah tak nak check up di KK lagi
Ummi mintak regular check up dengan Dr. Khairiah di Barakah
Jadi, Mulai minggu ni akan terus ke Barakah
Alhamdulillah, semuanya baik-baik aja =)
Anggaran berat Tuan Zuhayr hampir 2kg
Ukuran kepala, perut, tulang tangan dan tulang peha
Semuanya normal ikut umurnya
Heart beat Tuan Zuhayr pun tip top
Jumlah air ketuban pun ok
Ummi dah amik Tetanus dos 1
Sampai hari ni masih terasa lenguhnya
Bulan depan lagi satu dos
Untuk elakkan kancing gigi
Abi suka betul dapat intai Zuhayr lagi
Tapi Zuhayr tak nak tunjuk muka
Siap tutup dengan tangan lagi
Tak nak Abi n Ummi perasan Zuhayr ikut muka siapa
Nak surprise eh?
Ummi sempat juga tanya macam2
Disebabkan Dr. Khairiah sangat baik dan menyenangkan
Ummi tanya tentang sakit 'contraction'
Jadi, Dr. ceritakan serba sikit
Pastu Ummi tanya apa persediaan Abi
Dr. pun ceritalah satu-satu
Siap bagi buku panduan lagi
Say thank u to Dr. Khairiah ye =)
Next check up 30th Oct ni
Boleh intai2 Tuan Zuhayr lagi

Maternity Leave & Beberapa perancangan lain

Urusan untuk apply cuti bersalin dah selesai
InshaaAllaah Ummi akan mula bercuti pada 14 Nov
Lebih kurang 2 minggu dari due date
Harap-harap cukuplah masa untuk Ummi lebih bersedia
Boleh mengaji sebanyak-banyaknya
Boleh berbakti kepada Abi sebanyak-banyaknya
InshaaAllaah
Kalau cuti sekolah dah mula dan Zuhayr belum keluar
Ummi nak minta Pak Su Hafeez datang teman Ummi
Ikutkan perancangan asal
Ummi akan bersalin di Pusat Bersalin Barakah
Esoknye terus balik ke Kedah
Tapi itulah. Manusia hanya merancang
Allah yang akan tentukan segalanya

Oklah..sekian dulu untuk kali ni
Nanti-nanti Ummi sambung lagi
Zuhayr rajin doa kan?
Doakan Allah permudahkan urusan kita sekeluarga, ya?
Ameen...